Kisah Cipun si Cipan 2

Posted by : AfiqahAR | 20 August 2010 | Published in

Macam biasa, lepas balik kelas saja, Cipun menghadap Facebook. Beria-ia Cipun tuduh kawan beliau addicted pada Facebook tapi hakikatnya takde orang yang boleh lawan keakraban Cipun dengan Facebook. Sampai kadang-kadang Cipun mahu letak nama Cibook ni Facebooknya. Sebab nampak tak macho, Cipun kekalkan nama Cipun.

Bila sorang-sorang dalam bilik sambil dengar suara merdu bunga api dan mercun nyanyi lagu raya, Cipun teringat kisah zaman muda-mudi beliau.

Tak hitam, tak tinggi, tak hodoh, tak kemas, tak Melayu, tak Islam, tak banyak cakap, tak serius, tak masuk kelas Bahasa, tak pandai sukan, tak fotogenik, tak reti cakap Melayu sangat, tak nak cakap dengan Cipun, tak lepas pandang Cipun, tak satu kelas dengan Cipun masa di tingkatan 2, itulah yang Cipun gila-gilakan.

Hari ni kelas Cipun habis pukul 6. Semalam pun kelas Cipun habis pukul 6. Esok pun kemungkinan besar memang tak sah lagi kelas Cipun akan habis pukul 6. Sebab Cipun sekolah petang. Cipun sibuk kemas beg orang lain sibuk keluar kelas. Cipun sibuk keluar kelas, orang lain sibuk tunggu bas. Cipun sibuk jalan di koridor, tak hitam, tak tinggi, tak hodoh, tak kemas, tak Melayu sibuk tunggu hujung koridor. Cipun sibuk turun tangga, tak banyak cakap, tak serius, tak masuk kelas Bahasa, tak pandai sukan sibuk turun tangga bersebelahan dengan Cipun.

Cipun diam. Tak fotogenik pun diam.

Cipun laju. Tak reti cakap Melayu sangat pun laju.

Cipun perlahan. Tak nak cakap dengan Cipun pun perlahan.

Cipun masih diam. Tak lepas pandang Cipun pun masih diam.

Cipun sepantas kilat menuruni tangga. Tak satu kelas dengan Cipun tak mampu nak ikut lalu tertinggal kat belakang.

Sampai gate sekolah, naik bas sekolah, bye bye sekolah, hai hai rumah, Cipun masuk bilik. Cipun mencarut. Kenapa Cipun diam? KENAPA SHAUN DIAM? Demit.


To be continue (Lagu tema melalak...)

(0) Comments

Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr