Magika

Posted by : AfiqahAR | 31 October 2010 | Published in

Hi creatures.


Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sekarang dah tukar host, perasan tak? bukan lagi Maria Tunku Sabri, bukan lagi Serina Redzuawan, tetapi 3 orang gadis sunti bernama Mariani Ali, Nor Fazellah dan Afiqah. Patut ada lagi seorang gadis sunti tapi terpaksa pulang ke Kepong di sisi keluarga tercinta untuk menjaga ibu yang kurang sihat. Nama dia... tak payahlah. *gelakjahatmacamzacktaipan*

The first place Afiqah singgah adalah rumah kenduri. Okay cannot count cannot count. "Kenduri orang jemput, kalau tak dijemput HARAM makan," (Mariani Ali; 2010). Jiran depan rumah Afiqah punya anak sulung berjantina perempuan kahwin dengan orang... hurm. ada makcik tu bagitau tapi Afiqah lupa. Abaikan. Nasi kenduri sedap, walaupun ayam dia hancur-hancur dan tak dapat bunga telur.

Second place, Afiqah telah berjumpa dengan dua orang lagi host, iaitu Mariani Ali dan Nor Fazellah, di Medan Selera Seksyen 7. Oleh kerana Afiqah sudah kenyang makan nasi minyak, hanya Mariani Ali dan Nor Fazellah yang makan di sana. Lauk pauk dekat sana amatlah variety dan sedap-sedap. Yang paling penting, tempat ni MURAH kalau anda semua pandai pilih makcik untuk bayar nasi. Ada yang mencekik darah tu, nasiblah. Afiqah, Mariani Ali dan Nor Fazellah taknak tanggungjawab.

Third place, Mariani Ali bawa Afiqah dan Nor Fazellah makan cendol pulut tapai. Tapi by the time kami sampai, pulut tapai dah habis. So Mariani Ali dan Afiqah pesan cendol pulut dan Nor Fazellah pesan cendol biasa. Cendol dia memang sedap wa habaq lu! Maaf, sila tapis percakapan Afiqah sebentar tadi. Tak patut Afiqah berkomunikasi begitu ketika siaran rakaman. Tapi memang cendol dia best sangat. Anda semua patut cuba. Kedai dia berhampiran dengan tasik Unisel. Anda semua masuk simpang ke tasik Unisel tu dah terus saja kereta atau motor anda sampai jumpa satu lori tulis Cendol Pulut Tapai/Laksa Utara, cepat-cepat matikan enjin. Tengah jalan pun tak apa. Afiqah, Mariani Ali dan Nor Fazellah sekali lagi tak akan bertanggungjawab atas apa yang akan terjadi pada kenderaan anda. Harga cendol pulut yang Afiqah dan Mariani Ali makan adalah RM1.80 manakala harga cendol biasa dilahap oleh Nor Fazellah adalah RM1.50. Berbaloi, murah dan sedap! Ulang banyak kali pasti anda semua akan pergi. Tak tipu. Afiqah, Mariani Ali dan Nor Fazellah bukanlah 3 orang penipu dan tak reti menipu pun. Kami suci je.

Dan tempat terakhir adalah lori cendol pulut tapai dan laksa utara juga tetapi berlainan pemilik. Lori ni di-parking kat depan Unisel tapi takde lah depan sangat. Masuk simpang sebelum simpang Unisel dan terus dan nampak simpang pertama belah kiri dan masuk dan parking bawah pokok sebab Malaysia ni panas ye. Saya ulangi MALAYSIA PANAS. Baru-baru ni lah. mungkin orang-orang yang penuh dosa makin bertambah di Malaysia. Okay sila tapis lagi percakapan ni kerana tak baik kutuk orang negara sendiri. Di lori ni kami tidak lagi makan tapai, tapi kami makan laksa utara. Peh! Memang terangkat! sebab kami tak lepak atas kerusi sebab penuh jadi kami tenggek atas pagar jalan sebelah longkang yang keras lagi keras menyebabkan bontot kami sakit so terangkat-angkat. Okay siapa yang buat skrip ni? Tak patut betul. Harga laksa semangkuk adalah RM3. Banyak dan sedap. memang anda semua patut cuba ye!

Eh ada lagi tempat sebelum JJCM kali ni berakhir. Oleh kerana dah makan laksa, mesti kena cari air kalau tak nak mati tercekik. So Mariani Ali BAWA KAMI KE 7E. DIA YANG BAWA KAMI BUKAN KAMI YANG MAHU. So di sana, Afiqah dan Nor Fazellah terrrrrrr-beli Big Gulp. Tapi Mariani Ali tak beli PADAHAL DIA YANG BAWA OKAY HOST NI KEJI PATUT GANTI DENGAN HOST LAGI SORANG YANG BERADA DI KEPONG WAKTU INI YANG BERNAMA... tak payahlah. Air Big Gulp dah naik harga okay? dulu RM2.10 untuk yang besar, RM1.70 untuk medium dan small tak tahu sebab buat apa beli small baik beli dalam tin kalau nak beli small.

Sedihnya kami dah nak berpisah. Lepas ni masing-masing bawa haluan masing-masing. Tapi Nor Fazellah dan Mariani Ali ada cakap dengan Afiqah yang mereka nak kerja di Bangi bersama-sama Afiqah dan tinggal sebumbung macam zaman muda mudi dulu. Bestnya. Tapi itu cerita beberapa tahun dari sekarang. Kami hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. :)

Oleh kerana Afiqah seorang Diva yang gian karok, Afiqah nak persembahkan lagu tema Magika 1 perenggan:

"Setiap pertemuan,
pasti akan temu detik perpisahan.
Walau kini terpisah,
kenangkanlah saat kita sebagai penyembuh rindu. "

Okay nak stop kalau tidak nanti menangis lalu flu datang balik dan akan penuh tong sampah dengan tisu. Di bawah, Afiqah sertakan gambar-gambar host baru JJCM. Siapa nak berkenalan, sila cari mereka di Facebook. Kalau rezeki, insyaAllah akan di-approve oleh Mariani Ali dan Nor Fazellah. Afiqah memang selalu approve tanpa banyak fikir. *tutupmuka*







Bye creatures!

(6) Comments

  1. Fazellah Husain said...

    hahahhaha..saya la tu nor fazellah..
    comel kan saya?
    oawak lupa tambah..air big gulp tu boleh taruh sampai malam makan dgn nasik lemak jati..:D

    October 31, 2010 at 11:30 PM
  2. AfiqahAR said...

    nasi lemak jati Afiqah takdak. so tak boleh buat rakaman. HAHA.

    October 31, 2010 at 11:32 PM
  3. aRiaNi said...

    waah...suka..suka....

    July 13, 2011 at 1:59 AM
  4. aRiaNi said...

    suka...suka..suka

    July 13, 2011 at 1:59 AM
  5. AfiqahAR said...

    kalau suka pun tak payah lh post komen sampai 2x. lalalala..

    July 13, 2011 at 9:35 AM
  6. aRiaNi said...

    alalaa....ingt x post.rupnye dah submit...hahaaa

    July 14, 2011 at 1:15 AM
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr