..Help Me!..

Posted by : AfiqahAR | 11 June 2009 | Published in

tau tak cerita keliwon kat tv3 yang disiarkan setiap hari khamis pukul 9.30 malam?
er. tujuan aku bukanlah nak cakap pasal cerita tu.
cuma, aku nak tanya. pernah tak korang dengar pasal buatan orang?
hurm. aku pun tak sangka sekarang ni still ada pasal buatan orang ni.

er. bukan aku mahupun family aku yang kena.
tapi, 1 of my best friend punya mak terkena buatan orang baru-baru ni.
aku nak minta jasa baik rakan-rakan bloggers aku.
korang tau tak mana nak cari daun bidara?
tak pun, korang taw tak mana tempat orang berubat untuk mangsa-mangsa buatan orang ni?
aku harap dapat respon yang baik dari korang.

thanks y'all!


Pikalicious said: happy with my result. thanks miss mayu and miss huda. ;)

..Sekarang Tekanan. Mungkin Esok Jua..

Posted by : AfiqahAR | 10 June 2009 | Published in

budak-budak aloq stuck, sila beri perhatian.
akan ku blogkan pengalaman dahsyat aku di tempat ampa.
tapi bukan di entri ini. babai.


Pikalicious said: 1st entri separa siap dari aku.sila jangan bocorkan isu di aloq stuck sehingga entri dikeluarkan ya kawan-kawan?
*sgt letih.ya.kamu tau kenapa.sila jangan buat-buat tak tahu*

..Jr. Pika..

Posted by : AfiqahAR | 07 June 2009 | Published in

saya tak pernah cerita kisah saya masa saya kecik2 dulu.
so, sekarang, saya nak kongsi lah memandangkan saya pun baru tau saya macam tu rupanya masa kecik2 dulu. huhu~

masa kecik2, saya sangat nakal (istilah bagi budak2 yang berperangai ala2 syaitan. er. tapi saya tak lah berperangai syaitan. cuma, jahat sedikit). masa tu saya botak lagi (maknanya, saya kecik lagi dan rambut pun belum tumbuh). abah saya dulu memang suka makan chewing gum (a.k.a singgam) dan akan menyorokkan singgam beliau dalam kabinet. nak dijadikan cerita, saya dengan pandainya dapat tahu tempat persembunyian singgam abah saya lalu mempunyai inisiatif untuk membuka kabinet itu (saya tak tinggi. cuma kabinet tu yang rendah) dan mencuri singgam abah saya. tapi nasib saya baik. saya telah ditangkap mencuri oleh abah saya dan singgam tersebut telah dirampas dengan serta merta. ya. nasib saya baik sebab kalau saya telan singgam tu, mesti saya dah tak berpeluang hidup lagi.

masa kecik2, saya sangat rapat dengan mak saya. ke mana mak saya pergi, saya akan ikut (tapi tak menangis, cuma mahu ikut). ada 1 hari, mak saya masuk toilet. saya nak ikut masuk, pintu telah dikunci. lalu, dengan berusahanya saya, saya telah pergi ke bilik air tersebut dan mengskodeng (melihat melalui celah bahagian bawah pintu) mak saya dan nampak kaki. saya berasa selamat (secure) setelah hanya melihat kaki mak saya melalui celah tersebut. akhirnya, saya akan tertidur di depan pintu bilik air tersebut (bunyi macam comel kan? er. ok. saya perasan).

masa kecik2, saya ingat lagi yang saya memang sangat berusaha gigih dalam mencari makanan. ditakdirkan suatu hari, saya demam. pada tengah malamnya, demam saya sudah kebah (sembuh). oleh kerana saya demam, seharian saya tak makan kerana tiada selera. apabila sudah kebah, saya mula terasa lapar dan mengejut mak saya yang tidur di sebelah. mak saya kata, esok je lah makan sebab mak saya mengantuk dan letih (saya akan ceritakan mengapa mak saya sering letih di lain entri). lalu mak saya menyambung tidurnya. seketika selepas itu, entah macam mana mak saya terjaga dari tidur dan mendapati saya hilang! (ya. sangat saspen!) mak saya mula mencari saya di bilik air, tetapi tiada. kemudian, mak saya turun ke tingkat bawah dan melihat saya sedang makan biskut di meja makan jepun (meja rendah). mak saya sangat sedih melihat keadaan saya yang sangat lapar dan menangis tika tu juga. lalu, mak saya pergi ke dapur dah bancuh air milo untuk saya.


Pikalicious said: banyak sangat cerita yang menarik berlaku dalam life aku tanpa aku sedari. bila aku makan beramai2 dengan famili aku, baru aku tau masa aku kecik2, macam ni rupanya yang berlaku. nanti aku cerita lagi lah kalau aku ada mood. lol~ (kebanyakkan cerita aku telah didengari oleh 3 anak dara serumah ku merangkap kawan baikku. trimas kawan2 kerana sudi dengar dan mereka juga suka bila aku bercerita tentang famili dan life aku masa aku kecik2. :')
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr