Rindu Pada Kehidupan Malam

Posted by : AfiqahAR | 17 February 2011 | Published in

Assalammualaikum.
Hi creatures!

Waktu muda-muda bestkan? Seronok betul menjalani hidup tanpa memikirkan sebarang tanggungjawab dengan bermodalkan duit pinjaman sahaja. HAHA. ehem. Kalau dulu, setiap malam mata mesti tak mau pejam, perut mula rasa lapar, lutut mula menggeletar. Duduk tak kena, diri tak kena, baring lagi lah tak kena. Lepas tu, mula lah jari memainkan peranan menghantar mesej, tweet, wall post kat kawan-kawan sehidup semati (katenyer..) ajak lepak mana-mana. The best part is, misi mengajak kawan-kawan lepak selepas 12 tengah malam jarang (atau tak pernah kot? ke bukan?) gagal. Kalau ada duit lebih sikit dan perlukan suasana yang tenang lagi nyaman dan selesa, McDonald Seksyen 3 adalah tempat lepak yang terbayek! Dah tau kakak counter mana yang best, abang counter mana yang best, dan yang mana tak best. Dah tau port nak lepak, mesti sebelah plug sebab masing-masing lagak macam ahli korporat (ke keparat? ish tak baik) bawak laptop tak pernah lekang. Kalau boleh, tidur pun sebelah laptop. Tak cukup dengan tu, kadang-kadang siap tak off lagi sebab tak suka laptop tidur, nak sentiasa berjaga dengan kita. Konon sehidup semati lepas tu kena rembat dengan perampok Blok 57 harem jaddah sungguh. okay letak emosi di tepi dan fokus pada kehidupan malam. Tapi kalau kat Shah Alam tu, after midnight, McDonald tak pulak kosong macam kat tanah perkuburan. Sentiasa ada orang. Ada yang study (kumpulan ni banyak sungguh sampai aku jadi bingung), ada yang online sebab nakkan wifi free (aku tak kisah sebab rumah pun ada Internet - berlagak) dan ada yang anyam ketupat. Yang lebih tepatnya, aku dan kawan-kawanlah yang anyam ketupat tu. Orang lain aku tak berani nak fitnah atau tuduh sebab aku tak dengar apa yang diorang borak. Kadang-kadang bukanlah anyam ketupat sangat, tapi lebih kepada mengadu domba. Iyalah kan, dah nama aku dah tercampak ke sequence (dalam bahasa melayu aku taktau) yang lain. Nak tak nak, terpaksa lah jumpa sebab cakap dalam telefon memang tak layan. Kena tengok mimik muka terbaik dari kawan-kawan sambil menayangkan mimik muka terbaik diri sendiri kat mereka. Kalau pergi McDonald, tak sah kalau tak pesan ayam goreng McD spicy, taknak wing, taknak drumstick (kalau kakak tu buat muka pelik cakap SAYA NAK DADA YE, DADA!), regular, air coke. Kalau rasa-rasa bajet lebih sikit dalam akaun walaupun duit dalam dompet kurang, orderlah McFlurry ke sundae cone ke choco top ke. Dah jadi rutin wajib kalau datang McDonald, mesti pesan menu yang sama. Kalau abang or kakak tu teliti, mesti dia dah sediakan siap-siap order aku bila nampak aku baru tolak pintu masuk. Kadang-kadang, teringin jugak nak makan prosperity burger (musim dajei sungguh) ke, dabel cheese burger ke, bubur ayam mcd ke. tapi bila cangak depan counter mesti order ayam goreng McD spicy, taknak wing, taknak drumstick (DADA YE, DADA!), regular, air coke. Mesti punyalah. Susah nak explain kenapa. Sebab diri sendiri pun taktau. Rasa macam nak taboh saja diri tapi apa motif? Perut kenyang, duit pun lebur jugak. Dah tu, kalau dah menikmati ayam goreng spicy tu, mesti sampai ke subuh. Bukan sebab makan lembab lah lembab, tapi sebab bergosip dengan kawan-kawan. Kadang-kadang memang hati nak balik awal. Tapi bila teringatkan kena masuk rumah sorang-sorang (Blok 57) takpun kena menapak tingkat 5 sorang-sorang (Blok 55) pada pagi yang manja, terus rasa nak lepak sampai subuh. Sebab sedap sikit hati, kononnya bila dah azan subuh, syaitan semua masuk tidur. So rasa selamat. wadaf..?? Iyalah. Aku penakut. Tapi aku ambil langkah berjaga-jaga jugak. Mana tau ada orang jahat kat blok tu ushar aku balik sorang-sorang depa nak rompak aku lagi. Tak ke papa kedana aku kerana dirompak bertubi-tubi? Tapi kalau dapat makan port atas kusyen kat McDonald tu memang terbayek lah. Boleh lentok kejap. Tapi tak pernah pun sebab saya tak mengantuk kalau tengah 'berkongsi' cerita dalam dan luar dengan kawan-kawan. Tapi tahan sajalah dengan aircond yang sejuk tahap gaban walaupun selalu bermodalkan t-shirt siap kardigan dan jeans kalau rasa nak basuh baru basuh. Oleh sebab dah biasa duduk Aussie, aku berjaya atasi semua tu. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang 'kebetulan' lalu atau datang McDonald masa saya lepak tu mesti cop mohor saya budak jahat dan kutu rayau atau kutu lepak atau awek tak bermoral atau TAK PAYAH JADI MENANTU AKU kan? Tapi jahat ke kalau saya keluar malam-malam sampai subuh dengan kawan-kawan perempuan (lelaki kadang-kadang itu pun dolls. buwek!) berkongsi kisah suka dan duka? Kenapa tak sembang dalam rumah? Saya duduk rumah lain, yang dua orang duduk hostel (konfem tak boleh masuk sebelum pukul 6), yang lagi sorang tinggal Appartment Baiduri. Takkan nak bertandang rumah orang dan huhahuhapotpetpotpet sampai subuh? Mau tarik muka housemate or roommate mereka atau saya kalau lepak berlokasikan rumah masing-masing. Kenapa tak lepak saja waktu siang di kampus? Gila apa! Siang ada kelas. Aku datang kampus nak belajar, bukan nak lepak (katenyerr..) sesuki tanpa berbincang sesuatu di luar edukasi. Plus, kelas kami berlainan. Kalau gabung pun masa kelas Jepun yang perlu konsentrasi sepenuhnya sebab kalau terlepas sikit, sumpah terkejar-kejar terkincit-kincit (kincit tu apa eh? femes betul orang dok pakai sekarang) nak catch up balik. Kalau dah bagi full attention dalam kelas pun lepas tu balik rumah study balik belum tentu tak mati di dunia Jepun atau tengok anime tanpa alih suara atau subtitle. Kenapa tak lepak waktu weekend? Kadang-kadang (sejujurnya selalu) diorang balik rumah mak or kakak di KL. Kehidupan weekend orang mana boleh kacau. Mereka ada keluarga terdekat yang perlu diluangkan masa bersama. So saya lepak dengan kawan-kawan yang lain. Sekarang nampak point yang cuba aku tunjukkan? Sebenarnya nak cakap aku nak keluar lepak McDonald sekarang sampai pukul dua or tiga pagi walaupun esok kerja. Ayat berbunga kat atas tu sebab nak isi kekosongan ruang belog saja.

Baibai.
Assalammualaikum. :))

Alhamdulillah. :)

Posted by : AfiqahAR | 30 January 2011 | Published in

Hi Allah's creatures.

Good morning. Have you guys got your breakfast already? Me, like always, will pass the breakfast since dah biasa makan sekali sehari saja, which is lunch. :)
Alhamdulillah, day by day, I feel like being closer and closer to Allah. I try to kurangkan dosa, baiki cara pakai tudung, cara percakapan, cara pemakaian, cara makan dan segala benda. Thanks to a friend who has showed me the way of true Islam without her conscious. :)

Have a blast Sunday everyone.
Baibai Allah's creatures. Assalammualaikum. :)

Skorpian E-jau (okay malu pulak bila ingat nama ni) ;p

Posted by : AfiqahAR | 24 January 2011 | Published in

Jom kita bring back memories nak? Dah rindu sangat sebabnya. Haishhh. Diorang ni mandrem aku kah? Aku jarang mahu rindu orang ni. Dalam erti kata lain, hati aku kering sikit. Kadang-kadang orang kata rindu kat aku. Tapi aku tanya hati aku balik. Aku rindu ke kat dia? Aku tak rasa pula rindu tu. Kadang-kadang aku hanya senyum. Kadang-kadang aku jawab aku rindu jugak (sorry kalau telah menipu korang, tapi benarlah, kebenaran tu menyakitkan), kadang-kadang aku bergurau. Aku tak tahu lah kalau diorang ambil serius or tak. tapi kadang-kadang dengan cara bergurau tu kita boleh beritahu kebenaran tanpa menyakitkan. psychology tu memang power kan? okay-okay. contoh ayat di bawah. kalau korang pernah kena, sila diam-diam je supaya aku tak rasa bersalah. aku tak rindu, tak bermakna tak sayang okay? rindu dan sayang lain. berbeza. :) P untuk polan, A untuk aku.

P: Aku rindu gila kat kau. Kau tak rindu kat aku ke?
A: Tak pulak. HAHAHA.

P: I rindu u lh.
A: (tak tahu nak jawab apa) :) u dah makan?

P: Aku rindu kau. Rindu aku tak?
A: Rindu.
P: Tipu ah.
A: ish. betullah.

okay contoh perbualan ketiga tu aku dah menipu dua kali. aku mohon maaf sangat. kadang-kadang soalan tu memang susah aku nak jawab. bukanlah kadang-kadang, tapi selalu. di sini aku ulang balik, kalau aku tak rindu, tak bermakna aku tak sayang okay? rindu dan sayang tu berbeza. tolong jangan bosan dengan ayat pengulangan aku. sebab aku dah mula rasa bersalah ni. ish.

TAPI!

kalau aku cakap aku rindu pada mana-mana polan secara tiba-tiba tanpa ditanya, maknanya aku jujur sejujur lagu Radja. macam mana seriusnya Radja nyanyi lagu tu untuk peminat dia, macam tu lah seriusnya aku.

okay, sekarang aku dah rasa rindu pada 3 kawan baik aku yang memang sentiasa (okay tipu. sila baca balik permulaan entri ini) aku rindu, memang sentiasa aku sayang (ini betul).

okay mari kita semak aku ingat ke tidak nama penuh ketiga-tiga orang ni. semuanya perempuan ye? hidup aku back in 2004/2005 susah sikit nak cakap dengan lelaki. tapi tahun 2001-2003 pulak aku tak cakap langsung dengan budak lelaki. boleh tanya kakak aku or kawan kelas aku. kalau ada tu, memang aku dah bangga.

orang pertama yang aku rapat masa mula-mula masuk sekolah teknik (woi lupa nak cakap aku start ada bestfriend bila masuk sekolah teknik kangar, perlis since sebelum-sebelum tu kawan baik aku hanya seorang, iaitu amalina abdul rashid- kakak aku daa. kitorang sekolah sama dari darjah 1, kelas sama dari darjah 5 and aku lompat kelas pun sebab nak sekelas dengan dia. psycho dan obses betul aku pada kakak aku ni) masa form 4. masa tu tahun 2004. nampak kimianya? tingkatan 4 di tahun 2004. nampak? nampak? *bangga*

aku jumpa minah ni dalam surau. masa tu minggu orientasi. bapak busuk aku (baju oren asrama yang buat aku busuk sebenarnya sebab kain dia tebal, kena pakai 7 hari sepanjang orientasi dan takde peluang nak basuh. tambah-tambah aku belum reti basuh baju pakai tangan lagi) time tu. okay bukan nak cerita tahap busuk aku, tapi nak cerita pasal kawan baik aku. nama dia pipah. dia ni ada kembar. kembar seiras. mula-mula memang aku tak dapat cam yang mana satu kawan aku, mana satu adik kawan aku. gila pathetic aku! tapi ada satu benda yang boleh buat aku perasan. okay sebelum aku cerita, aku nak minta ampun kalau hampa (korang) terasa. huhu. sebenarnya, masa awal-awal masuk tu, aku dapat bezakan muka hampa (korang) dengan tengok jumlah jerawat.. okay jom cerita pasal yanah.

yanah aku kenal masa dalam kelas. suara dia agak kuat, dan aku mula kawan dengan dia bila aku dapat tahu dia tinggal kulim, sama dengan aku. so, dalam hati, ada geng nak balik kampung nanti. HAHA. dia rapat dengan widhay (ala macam mana eja nama budak ni, aku tak berapa pasti sebab dia ada campur siam sikit) since diorang satu dorm. aku dan pipah satu dorm. so macam tu kot kalau kita mula-mula rapat dengan seseorang. kena 1 dorm. gila! tapi betul. cuba kau masuk kolej, lepas tu tengok-tengok budak bilik kau sekelas dengan kau. esok nak pergi kelas mesti korang pergi sama-sama, lepas tu duduk sebelah-sebelah dalam kelas. ah! tahu dah. ;p

fattin aku kenal bila kelas dah start. dia ni jenis peramah-gila-peramah. mula-mula dia kawan dengan farah alwani (baru jadi kawan baik aku setelah mula zaman diploma. nanti aku cerita) dan syiha. lagipun fattin tak satu dorm dengan aku, so macam tak berapa nak kenal sangat lah.

ada one time, aku dan pipah mula rapat dengan yanah dan widhay (aku still tak puas hati sebab tak ingat macam mana nak eja nama dia). kitorang ada buat satu prank. prank kenakan half of the class (kelas bukan ramai pun. dalam 18 orang. kecoh je), kononnya senior ada tak puas hati, nak jumpa bawah bangunan. gangster sangat. HAHA. i think I still keep the surat penipuan lah. got to double check. suprisingly, fattin pun kena. hehe. bila kitorang rasa benda dah jadi agak melampau dan keterlaluan, kitorang kantoikan diri sendiri. some of them were acting no heart feeling, but some of them memang marah betul. tambah-tambah aizuddin, memang cukup panas baran. satu kelas takut kat dia, kecuali yanah. HAHA.

i'm not sure bila fattin mula rapat dengan kami. tapi she was the loudest person dalam kelas. then, baru yanah. HAHA. aku? the silentest. ceh ceh.

okay sudahlah tu. macam panjang je. jarang aku nak taip panjang-panjang, sampai sakit dah pinggang ni. okay jom buat sedikit kuiz.

"Apa nama penuh pipah?"

"(tekan buzz!!) Nurafifah bt Abdul Hamid."

"Cantik! Betul tekaan awak. nasib baik je tu. next question,.."

"Kacang je tu."

"Diam! next question, apa nama penuh yanah?"

"(tekan buzz!!) Nurul Diyanah Hashim!"

"Okay nasib memang menyebelahi awak malam ni. Betul juga. next, soalan terakhir.."

"Yes, don't blame me sebab too pandai."

"Diam! soalan terakhir berbunyi, apa nama penuh fattin?"

"(tekan buzz!!) Fattin Abd Azis!"

"Okay dah sila balik dengan hadiah kami. kalau dah pandai, buat apa masuk kuiz ni. balik! balik!"


okay baibai. :)
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr