Rindu Pada Kehidupan Malam

Posted by : AfiqahAR | 17 February 2011 | Published in

Assalammualaikum.
Hi creatures!

Waktu muda-muda bestkan? Seronok betul menjalani hidup tanpa memikirkan sebarang tanggungjawab dengan bermodalkan duit pinjaman sahaja. HAHA. ehem. Kalau dulu, setiap malam mata mesti tak mau pejam, perut mula rasa lapar, lutut mula menggeletar. Duduk tak kena, diri tak kena, baring lagi lah tak kena. Lepas tu, mula lah jari memainkan peranan menghantar mesej, tweet, wall post kat kawan-kawan sehidup semati (katenyer..) ajak lepak mana-mana. The best part is, misi mengajak kawan-kawan lepak selepas 12 tengah malam jarang (atau tak pernah kot? ke bukan?) gagal. Kalau ada duit lebih sikit dan perlukan suasana yang tenang lagi nyaman dan selesa, McDonald Seksyen 3 adalah tempat lepak yang terbayek! Dah tau kakak counter mana yang best, abang counter mana yang best, dan yang mana tak best. Dah tau port nak lepak, mesti sebelah plug sebab masing-masing lagak macam ahli korporat (ke keparat? ish tak baik) bawak laptop tak pernah lekang. Kalau boleh, tidur pun sebelah laptop. Tak cukup dengan tu, kadang-kadang siap tak off lagi sebab tak suka laptop tidur, nak sentiasa berjaga dengan kita. Konon sehidup semati lepas tu kena rembat dengan perampok Blok 57 harem jaddah sungguh. okay letak emosi di tepi dan fokus pada kehidupan malam. Tapi kalau kat Shah Alam tu, after midnight, McDonald tak pulak kosong macam kat tanah perkuburan. Sentiasa ada orang. Ada yang study (kumpulan ni banyak sungguh sampai aku jadi bingung), ada yang online sebab nakkan wifi free (aku tak kisah sebab rumah pun ada Internet - berlagak) dan ada yang anyam ketupat. Yang lebih tepatnya, aku dan kawan-kawanlah yang anyam ketupat tu. Orang lain aku tak berani nak fitnah atau tuduh sebab aku tak dengar apa yang diorang borak. Kadang-kadang bukanlah anyam ketupat sangat, tapi lebih kepada mengadu domba. Iyalah kan, dah nama aku dah tercampak ke sequence (dalam bahasa melayu aku taktau) yang lain. Nak tak nak, terpaksa lah jumpa sebab cakap dalam telefon memang tak layan. Kena tengok mimik muka terbaik dari kawan-kawan sambil menayangkan mimik muka terbaik diri sendiri kat mereka. Kalau pergi McDonald, tak sah kalau tak pesan ayam goreng McD spicy, taknak wing, taknak drumstick (kalau kakak tu buat muka pelik cakap SAYA NAK DADA YE, DADA!), regular, air coke. Kalau rasa-rasa bajet lebih sikit dalam akaun walaupun duit dalam dompet kurang, orderlah McFlurry ke sundae cone ke choco top ke. Dah jadi rutin wajib kalau datang McDonald, mesti pesan menu yang sama. Kalau abang or kakak tu teliti, mesti dia dah sediakan siap-siap order aku bila nampak aku baru tolak pintu masuk. Kadang-kadang, teringin jugak nak makan prosperity burger (musim dajei sungguh) ke, dabel cheese burger ke, bubur ayam mcd ke. tapi bila cangak depan counter mesti order ayam goreng McD spicy, taknak wing, taknak drumstick (DADA YE, DADA!), regular, air coke. Mesti punyalah. Susah nak explain kenapa. Sebab diri sendiri pun taktau. Rasa macam nak taboh saja diri tapi apa motif? Perut kenyang, duit pun lebur jugak. Dah tu, kalau dah menikmati ayam goreng spicy tu, mesti sampai ke subuh. Bukan sebab makan lembab lah lembab, tapi sebab bergosip dengan kawan-kawan. Kadang-kadang memang hati nak balik awal. Tapi bila teringatkan kena masuk rumah sorang-sorang (Blok 57) takpun kena menapak tingkat 5 sorang-sorang (Blok 55) pada pagi yang manja, terus rasa nak lepak sampai subuh. Sebab sedap sikit hati, kononnya bila dah azan subuh, syaitan semua masuk tidur. So rasa selamat. wadaf..?? Iyalah. Aku penakut. Tapi aku ambil langkah berjaga-jaga jugak. Mana tau ada orang jahat kat blok tu ushar aku balik sorang-sorang depa nak rompak aku lagi. Tak ke papa kedana aku kerana dirompak bertubi-tubi? Tapi kalau dapat makan port atas kusyen kat McDonald tu memang terbayek lah. Boleh lentok kejap. Tapi tak pernah pun sebab saya tak mengantuk kalau tengah 'berkongsi' cerita dalam dan luar dengan kawan-kawan. Tapi tahan sajalah dengan aircond yang sejuk tahap gaban walaupun selalu bermodalkan t-shirt siap kardigan dan jeans kalau rasa nak basuh baru basuh. Oleh sebab dah biasa duduk Aussie, aku berjaya atasi semua tu. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang 'kebetulan' lalu atau datang McDonald masa saya lepak tu mesti cop mohor saya budak jahat dan kutu rayau atau kutu lepak atau awek tak bermoral atau TAK PAYAH JADI MENANTU AKU kan? Tapi jahat ke kalau saya keluar malam-malam sampai subuh dengan kawan-kawan perempuan (lelaki kadang-kadang itu pun dolls. buwek!) berkongsi kisah suka dan duka? Kenapa tak sembang dalam rumah? Saya duduk rumah lain, yang dua orang duduk hostel (konfem tak boleh masuk sebelum pukul 6), yang lagi sorang tinggal Appartment Baiduri. Takkan nak bertandang rumah orang dan huhahuhapotpetpotpet sampai subuh? Mau tarik muka housemate or roommate mereka atau saya kalau lepak berlokasikan rumah masing-masing. Kenapa tak lepak saja waktu siang di kampus? Gila apa! Siang ada kelas. Aku datang kampus nak belajar, bukan nak lepak (katenyerr..) sesuki tanpa berbincang sesuatu di luar edukasi. Plus, kelas kami berlainan. Kalau gabung pun masa kelas Jepun yang perlu konsentrasi sepenuhnya sebab kalau terlepas sikit, sumpah terkejar-kejar terkincit-kincit (kincit tu apa eh? femes betul orang dok pakai sekarang) nak catch up balik. Kalau dah bagi full attention dalam kelas pun lepas tu balik rumah study balik belum tentu tak mati di dunia Jepun atau tengok anime tanpa alih suara atau subtitle. Kenapa tak lepak waktu weekend? Kadang-kadang (sejujurnya selalu) diorang balik rumah mak or kakak di KL. Kehidupan weekend orang mana boleh kacau. Mereka ada keluarga terdekat yang perlu diluangkan masa bersama. So saya lepak dengan kawan-kawan yang lain. Sekarang nampak point yang cuba aku tunjukkan? Sebenarnya nak cakap aku nak keluar lepak McDonald sekarang sampai pukul dua or tiga pagi walaupun esok kerja. Ayat berbunga kat atas tu sebab nak isi kekosongan ruang belog saja.

Baibai.
Assalammualaikum. :))
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr