What is An Ordinary Actually?

Posted by : AfiqahAR | 19 March 2011 | Published in

I don't have lots of money.
But I do have money to buy cheap food.

I don't have the look.
But I do have perfect body parts. Alhamdulillah.

I don't have lots of guts.
But I do have guts to live independently.

I don't have family here.
But I do have them supporting me always.

I don't have many friends.
But I do have friends that really can be relied on.

I don't have lots of skills.
But I do have skills to get some money.

I don't have a boyfriend.
But I do have social networking accounts.












HAHA. Those are parts of my life. What kind of life do you lead? :))

Ordinary Obstacle

Posted by : AfiqahAR | 06 March 2011 | Published in

Hi creatures.

It is hard for me to write lately. I'm in the process of writing a love novel. But, to be honest, I don't have any experience. None! Zero! Now I am stuck. Problem aroused and I don't have the solution. Damn!

I need to do some research on romance movies I guess. Catch you later!

Bye!

Ordinary morning

Posted by : AfiqahAR | 03 March 2011 | Published in

Hi people.

And good morning of course. Just get into the office. Sitting in front of the computer while typing this shit. How was your morning? Well, my morning started with nothing extraordinary. I woke up at 7.47 AM, went to the toilet, put some make up on, iron the baju kurung, put on the baju kurung and hijab, went out from bedroom and started the car engine and stuffs like that.

As I was driving to the office, a mad driver who drove Kelisa, my most favourite car was driving crazily. He (I bet) almost crashed my car and the Myvi, which drove side by side with my car. Luckily (alhamdulillah), I pressed the brake pedal. So, my car slowed down and he immediately potong us.

I just hope he will die in a car accident. But, I know it is not fair for me to put the fate on him. It is Allah's. Like I said, Allah Maha Adil. So, you better be careful because you cannot survive by driving like a stuntman at a peace small road in the breezy morning.

Bye people.

An ordinary person who leads an ordinary life.

Posted by : AfiqahAR | 01 March 2011 | Published in

Hai.

Mari buat pengakuan. Walaupun ianya memang langsung tidak seronok, tapi itulah hakikat. Hidup kat dunia, bukannya semata-mata hidup dengan penuh harapan yang palsu. Tapi, kita kena hidup dengan hakikat yang Tuhan dah beri.

Saya dilahirkan sebagai seorang perempuan. Perempuan yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Saya pernah ada abah, saya ada mak. Pernah. Abah dan mak cerai waktu saya kecil lagi. Budak umur 8 tahun mana tahu pasal cerai. Sebelum cerai, mak sempat rasa hidup bermadu. Mak cakap, saya ada mak baru. Satu hari, lepas sekolah, mak ambil saya dan kakak kat sekolah. Dalam kereta mak pesan, kalau mak baru bagi gula-gula, ambillah. Jangan tolak. Lepas tu, mak bawa kami pergi pejabat mak. Lepas tu, saya dan kakak pergi pejabat abah pulak. Satu bangunan saja pun. Mak tingkat bawah, abah tingkat 4. Pusat inkubator. Seingat saya orang panggil pejabat abah saya dengan nama pusat inkubator.

Kat pejabat abah, saya dan kakak jumpa mak baru. Rupanya, mak baru pekerja abah. Mak baru sambut kami dengan baik. Lepas tu, dia bagi saya dan kakak lolipop. Saya ingat pesan mak. Saya dan kakak ambil lolipop tu dan makan. Tapi, tak lama lepas tu, tiap-tiap malam mak menangis. Walaupun mak tak tunjuk, tapi kami dengar. Saya bukak pintu bilik dan nampak abah marah mak sambil mak nangis-nangis. Walaupun saya tak pernah kena marah dengan abah, tapi saya takut dengan abah. Abah garang. Lebih daripada garang. Abang saya kena lempang. Abang saya lagi sorang kena tendang. Kalau abah bukak tali pinggang, saya pun tak berani nak cerita.

Tiap-tiap malam abah keluar rumah. Abah mungkin ke rumah mak baru. Along cerita mak baru takut tinggal sorang. Dia nampak hantu api keliling rumah dia. Lepas tu, nangis-nangis telefon abah. Jadi, abah pergi ke rumah dia. Tengah malam baru abah balik.

Dalam akhir tahun 1997, mak cakap nak balik Semenanjung. Mak suruh saya, abang-abang dan kakak-kakak ikut dia. Tapi, saya tak mahu. Abah suruh tinggal dengan abah. Abah kata kalau saya tinggal dengan abah, abah nak mandikan saya dengan gula-gula. Nak mandikan saya dengan ais krim. Saya nak ikut abah. Tapi, mak cakap saya kena ikut mak. Saya sedih. Bila mak cakap saya kena ikut mak, abah sikit pun tak halang mak. Sampai di airport, abah sikit pun tak halang mak. Sampai di Semenanjung, abah sikit pun tak halang mak. Mungkin abah tak sayang saya.

Di Semenanjung, mak bawa kami tinggal dengan tok. Tok tinggal sorang-sorang. Mak daftarkan saya sekolah dekat dengan rumah tok. Mak suruh saya naik van sekolah. Pakcik van sekolah tu kawan arwah wan saya. Saya panggil dia Tok Chik. Dia baik. Dekat sekolah, saya masuk kelas nombor dua. Sebab kelas nombor satu dah penuh. Semua orang nak kawan dengan saya. Sebab saya pandai. Setiap hari, diorang tiru saya. Semua nak duduk sebelah saya. Bukan sorang dua yang tiru, tapi satu kelas. Kecuali budak lelaki ni. Nama dia Nazri. Saya suka dia. Dia tak pernah tiru saya. Dia baik. Dia pendiam. Dia pandai lukis. Saya suka. Tapi, dia tak pandai.

Hari-hari saya semangat nak pergi sekolah. Saya suka pakai cekak. Lepas tu, rambut depan saya biar berjuntai. Ala macam rambut depan Sailormoon. Saya rasa saya comel buat macam tu. Nazri pun cakap saya comel. Sebab tu saya buat. Bukan dia sorang saja cakap saya comel. Ketua darjah saya pun cakap saya comel. Nama dia Azizul Khamis. Dia kelakar. Saya selalu gelak bila dengar lawak dia. Tapi saya tak suka penolong dia. Penolong dia gatal. Sudahlah gatal, tak hensem pulak. Nama dia Farhan Malik. Lepas tu, buat benda-benda mengarut sebab nak tunjuk hebat. Dia pernah makan batu tar lepas tu cop diri dia hebat. Menyampah!

Satu hari lepas sekolah, dia nak belanja saya ais krim coklat. Saya taknak. Saya tak suka dia. Dia beli jugak dan bagi kat saya. Saya kata saya taknak kat dia. Tapi dia degil. Nak bagi jugak. Saya lari. Dia kejar. Saya lari satu padang. Dia kejar satu padang. Saya lari sampai van sekolah saya sampai. Dia masih kejar saya. Saya lari dan terus masuk dalam van. Dia duduk kat luar van sambil pegang ais krim. Padan muka.

Bila saya darjah tiga, saya masuk kelas nombor satu. Sekali dengan ketua darjah saya dan penolong dia. Bencinya. Nazri dah tak ada. Saya ingat dia masuk kelas nombor dua. Tapi, rupanya dia dah pindah sekolah. Saya tak kenal budak-budak kelas nombor satu. Diorang budak pandai. Saya rasa bodoh pulak. Lepas tu, saya kawan dengan seorang budak perempuan. Dia sangat baik dan sangat kurus. Nama dia Atikah Ibrahim. Saya kawan pulak dengan anak kawan mak saya. Nama dia Alif Ishak. Mak dia jual apam cogam. Sedap. Mak saya selalu pesan apam cogam kat mak Alif Ishak. Saya rapat dengan dia. Satu hari masa bulan puasa, saya penat sangat. Saya duduk belakang sekali. Waktu rehat, dia datang kat saya dan buat lawak. Saya tak jadi penat. Saya rasa segar lepas ketawa. Dia kawan baik saya masa itu. Dia juga pergi mengaji sekali dengan saya.

Saya lulus ujian PTS. Saya gembira betul sebab akan sekelas dengan kakak saya. Tapi, saya sedih nak tinggalkan kawan-kawan sebaya saya. Kat kelas, kami femes. Sebab belum pernah lagi adik-beradik bukan kembar tapi sekelas. Sampai diorang buat lagu untuk kami berdua, "A****** dangdut, adik dia gendut". Kurang ajar kan kawan-kawan kakak saya? Masa tu, saya seorang saja yang terima tawaran untuk lompat kelas. Sejak dari itu, saya mula rapat dengan kakak. Kami macam kembar. Kawan baik kami pun kembar jugak. Nama diorang Norhayati dan Noraini. Diorang sangat cantik dan sangat putih. Seorang daripada mereka pengawas.

Banyak juga kawan baru bila saya naik darjah lima terus. Ada sorang budak lelaki ni, nama dia Shazwan. Dia sangat kelakar. Lagi kelakar daripada Azizul Khamis dan Alif Ishak. Dia pendek, hitam dan tak hensem. Dia ada kawan baik. Pun kelakar setahap dengan dia. Nama dia Lokman. Lokman anak orang kaya. Dia pernah jadi model untuk baju sekolah 'Canggih' masa dia kecil. Lepas tu, ada sorang budak ni selalu bergaduh dengan kakak saya. Saya syak dia suka kakak saya. Nama dia Azidi Anuar. Dia selalu pukul kakak saya dengan botol mineral kosong. Satu hari, kami kena bawa raket untuk PJK. Kakak saya geram sangat, dia pukul Azidi Anuar dengan raket dia. Lepas tu, diorang terus bergaduh tak baik-baik.

Kawan saya seorang ni orang kaya juga. Nama dia Amira Farhana. Dia selalu pakai jam besar. Walaupun, dia sangat kurus. Sangat kurus. Kurus sangat-sangat kurus. Dia pengawas. Dia baik. Dan pendiam. Sorang budak kelas saya ada penyakit kudis buta. Nama dia saya tak nak sebut. Dia sangat baik. Tapi, semua orang taknak kawan dengan dia. Saya, kakak saya dan amira farhana saja nak kawan dengan dia. Mak saya cakap, kawanlah dengan dia, tapi jangan dekat-dekat sebab penyakit dia boleh berjangkit. Saya ikut cakap mak saya.

Saya dapat 4A 1B untuk UPSR. B saya Bahasa Inggeris. Saya tak pandai Bahasa Inggeris. Tapi, saya sayang Sir saya. Nama dia Sir Senggar. Walaupun semua orang suka kutuk cara dia berjalan dan cara dia bercakap. Setiap kali Hari Guru, saya dan kakak saya selalu bagi hadiah kat dia. Mak suruh buat pilihan. Dia tanya saya nak masuk MRSM, SBP, SGGS atau High School BM. Sebab mak cakap, sekolah-sekolah tu sekolah terbaik memandangkan result saya pun baik. Pada mulanya, saya nak masuk SGGS sebab Norhayati dan Noraini dapat SGGS, tapi kami tak dapat. Mak daftarkan saya dan kakak saya kat High School BM, satu sekolah dengan abang-abang saya.

Bila masuk High School BM, kami ditempatkan di kelas yang sama. Sebab dia tak tengok pada result UPSR. Saya dan kakak saya duduk dalam kelas yang ketujuh, Tingkatan 1 Unggul. Masuk sekolah menengah, saya mula jadi pendiam. Saya mula jadi pemalu. Saya tak bercakap dengan lelaki. Kalau dulu, kawan baik saya lelaki, tapi sejak masuk High School BM, saya tak ada keyakinan diri. Mungkin saya hodoh, selekeh dan gemuk. Kawan saya hanyalah kakak saya. Lama sikit, baru saya mula cakap dengan pelajar perempuan dalam kelas saya.

Mula-mula saya kenal Farahin. Dia nak pinjam pen saya. Sejak tu, saya kawan dengan dia. Tapi saya tak suka cara dia bergaul dengan lelaki. Lagi-lagi, cara dia bergaul dengan lelaki yang saya suka. Nama dia Shaun Prakash. Mula-mula saya nampak dia, saya ingat dia Melayu. Rupanya, campuran. India dan Cina agaknya. Dia kelakar. Sangat kelakar. Mungkin sebab tu saya suka dia. Saya cakap dia hensem. Kakak saya cakap saya juling.

Saya ada kawan baik berbangsa Cina. Nama dia Khor Pei Cher. Kadang-kadang dia ajar saya nyanyi lagu Mandarin. Dia juga ajar saya tulisan Cina. Dia pendiam. Tapi, dia baik. Dalam kelas, dia duduk belakang saya. Sebelah dia, ada seorang budak lelaki Cina yang selalu kena buli. Shaun Prakash dan kawan baik dia, Shahlan, selalu buli budak tu. Saya tak suka Shahlan. Mulut dia bising. Lepas tu, selalu cari pasal dan tunjuk diri dia hebat. Macam Farhan Malik. Cuma dia tak makan batu tar. Oh, masa saya tingkatan satu, saya hanya cakap dengan sorang saja budak lelaki. Nama dia Zulhairy. Dia baik sangat. Dia peramah sangat. Tapi, dia pindah masa saya masuk tingkatan dua.

Bila naik tingkatan dua, saya dapat kelas nombor tiga. Tingkatan 2 Cemerlang. Saya sedih sebab kakak saya dapat kelas nombor lima. Tingkatan 2 Fikrah. Saya sedih jugak bila Shaun Prakash dapat kelas nombor dua. Tingkatan 2 Bestari. Saya marah diri sendiri sebab tak pandai dan tak masuk kelas nombor dua. Tapi, saya taklah tak seronok duduk dalam kelas 2 Cemerlang. Saya ramai kawan jugak.

Kawan baik saya masa tingkatan dua ada dua orang. Nama diorang Huwaina dan Syahidah. Huwaina banyak cakap dan peramah. Dia jenis cakap lepas. Tapi, baik. Syahidah lebih pendiam dan periang. Bila saya dah lain kelas dengan kakak saya, baru saya ada kawan baik. Kadang-kadang kami bergaduh, sebab cemburu bila masing-masing dah ada kawan baru.

Ketua tingkatan saya pun baik dan peramah. Nama dia Tan Jo Gene. Dia seorang yang bertanggungjawab. Adakalanya orang tak suka dia. Biasalah, mesti ada juga yang tak puas hati pada ketua tingkatan yang berdisiplin dan bertanggungjawab macam dia. Tapi, saya suka dia. Kawan baik dia nama Chia Ming (kot?). Dia pun peramah. Selalu bawa semua buku teks setiap hari ke sekolah. Dia cakap dia takut lupa bawa salah satu buku teks, jadi dia bawa semua. Sudahlah pendek, bawa beg berat pulak. Kesian dia.

Masa tingkatan dua, saya pernah dapat markah terendah untuk subjek sejarah. Malunya Tuhan saja yang tahu. Saya memang tak suka Sejarah. Saya tak suka subjek membaca. Saya juga tak suka PJK. Mak saya cakap saya ada lelah. Tapi, bila saya lari sikit pun, saya akan mengah. Lelah lah tu kot. Takpun sebab bawa badan berat sangat. Entahlah. Bila ada ujian PJK, saya mula tak ada mood. Saya malu sebab saya tak boleh lari. Semua kawan-kawan saya lari keliling padang dan dapat markah tinggi. Saya hanya jalan keliling padang. Sudahlah padang penuh dengan budak-budak lelaki main bola. Termasuk Shaun Prakash. Saya tak kisah sangat kalau budak lelaki lain nak ejek atau hina saya, tapi saya malu kat Shaun Prakash.

Akhir tahun 2002, mak cakap nak pindah rumah. Mak dah beli rumah kat Kulim. Mak cakap rumah sana murah. Jadi, saya dan kakak saya kena pindah sekolah. Saya diam. Saya sedih. Saya tak tahu nak buat apa. Saya taknak pindah sekolah. Saya suka sekolah High School Bukit Mertajam. Saya taknak jauh dengan Shaun Prakash. Walaupun saya tak pernah cakap dengan dia dalam masa dua tahun saya sekolah sama dengan dia, dia pula digosipkan dengan kembar Cina nama Josephine, dia pun tak pernah cakap dengan saya, dia kawan dengan orang yang saya tak suka, kawan saya cakap dia kurang ajar, kakak saya cakap dia selekeh dan tak hensem, saya tetap suka dia.

Saya dah penat menaip lah. Okay tak cerpen saya?

Okay baibai.
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr