Lepak semalam was awesome. Jumpa habis semua kawan-kawan kat Melaka dulu. Lama gila tak jumpa. Sampai buat lawak assignments pun rasa kelakar.
Starting from aku ambil mok dekat rumah dia and terus pergi lepak Ikano sebab aku teringin dah nak makan durian crepes tu. Alhamdulillah ada dan benda tu memang sedap gila habaq hang! Aku rasa sekejap saja RM10 aku berenang-renang terus masuk dalam perut.
*Sumptuous Durian Crepes*
Then, we ate nasi ayam yang memang sedap dan banyak. Nama dia aku tak ingat tapi kalau pergi Ikano, mungkin aku boleh tunjukkan. Lepas makan, jumpa Padin and lepak dengan kawan-kawan dia kejap (ok aku malu gila sebab semua lelaki dan tak kenal tetapi peramah. okeylah tu) kat Kenny Rogers. Oleh sebab Mariani dah tunggu lama kat Kelana Jaya, kitorang pun say bye-bye kat kawan-kawan Padin.
Lepas ambil Mariani, kitorang terus gerak ke Shah Alam ambil Syafil pulak. Bersyukurlah Syafil tahu jalan nak ke Pusat Sukan Pensonic (aku pun tak pasti nama tempat ni apa) sebab kitorang semua tak tahu dan Reymy pulak kalut suruh datang seawal pukul 6 petang. Kitorang sampai dalam pukul 6.30 petang sebab jam gila dekat pintu belakang UiTM since ramai orang luar nak pergi i-City. Hmmm... Dah sampai pukul 6.30 petang tu, Reymy tak ada pulak sebab dia tengah busy handle event tu. So kitorang dibawa masuk oleh Ayol.
*camwhore dulu*
At first, kitorang duduk kat kerusi media. Third row belah kiri stage. Memang dekat tapi bawah kren kamera. Agak risau jugaklah. Dan nervous. Semua orang pegang kamera, kitorang je yang datang ala-ala makcik pergi shopping. Tak lama lepas tu, kitorang pindah tempat sebab Reymy dah reserved tempat untuk kitorang tempat yang lebih baik iaitu di sebelah skrin. Third row jugak tapi belah kanan stage.
*thank you Reymy muah-muah*
Show final Idola Kecil 5 memang best. Walaupun aku tak follow, tapi aku rasa semua finalis suara sedap kecuali Ben. Tapi Ben ada gaya tersendiri. Aku tak hairan kalau dia ramai geng yang pakai kaca mata besar berbingkai hitam tanpa cermin. Seriously, aku rasa gaya tu bodoh sangat. Orang rabun tak nak pakai spek, orang yang tak rabun nak pakai spek tak bercermin sebab style. Well, maybe aku bukan seorang yang ikut trend.
Okey, hari Ahad nak jalan-jalan lagi. Seronoknya habiskan duit! *phuuuuui*
Bye, creatures!