cuti ni banyak sangat aku belajar since aku baru dapat anak buah.
2 kali aku n mak aku berulang-alik ke langkawi untuk menjenguk plus menjaga alesya n along aku.
oleh kerana membazir masa+membazir wang+membazir cuti mak aku+membazir tenaga+susah hendak mencari sebarang ubat-ubatan tradisional, maka, aku dan mak aku tekad untuk membawa along aku bersama-sama anaknya pulang ke kampung halaman iaitu kulim.
sepanjang percutian aku di langkawi, banyak yang aku pelajari tentang penjagaan seorang bayi baru lahir. antaranya:
1. cara-cara mengangkat bayi yang baru lahir
sebenarnya, ada cara untuk mengangkat bayi semuda 10 hari (lol). yang paling penting dalam mengangkat beliau adalah dengan menjaga bahagian leher beliau kerana pada peringkat usia ini, lehernya tidak boleh menampung keberatan jisim kepalanya (aku cakap betul. kepala dia berat dari dumb bell aku. kebas tangan woo~).
2. cara-cara menyusu bayi yang baru lahir
sekiranya umi beliau (along aku) tidak berupaya untuk menyusu beliau kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan oleh seorang perempuan yang dalam pantang, tugas untuk menyusu alesya diberikan kepada makcik-makcik beliau (err.guna susu botol lh!). untuk menyusu beliau, tegakkn sedikit badan beliau untuk mengelakkan alesya tersedak ketika minum.
3. cara-cara membuat bayi sendawa untuk mengelakkan "temuak"/muntah:
selepas minum susu, wajib untuk bayi tersebut sendawa untuk mengelakkan daripada muntah keluar susu yang telah diminum. tegakkan badan beliau secara sedikit terbalik dengan memegang bahagian sisi kepala beliau dan mengusap-usap bahagian belakang/ menepuk dengan perlahan. pastikan sebelum perbuatan ini dilakukan, bayi tersebut hendaklah diberi minum air masak untuk mengelakkan dari bayi tersebut daripada 'sedu"/hiccup.
4. cara-cara menukar lampin bayi yang baru lahir:
secara peribadi, saya merasakan tugas ini paling mencabar kerana perlu berhadapan dengan satu fenomena yang dipanggil "berak"/"kencing"/makna pantangan. selepas membuka pampers, ambil beberapa helai baby wipe (tisu basah dari brand pureen, anakku dan sebagainya) dan lapkan "bontot"/"pinggul"/makna pantangan beliau sehingga bersih. kemudian, bedak akan ditaburkan sedikit untuk mengelakkan "makan air"/melecet. akhir sekali, pakaikan lampin yang baru. AMARAN KERAS KEPADA BAYI LELAKI: JANGAN SEKALI-KALI MENDEKATKAN MUKA ANDA KEPADA BAYI KETIKA MENUKAR LAMPIN KERANA BESAR KEMUNGKINANNYA BELIAU AKAN "PANCUT"!
mencabar, bukan? tapi, setelah melakukan perbuatan-perbuatan seperti di atas berulang kali, aku rasa dah biasa lah jugak (walaupun kemalasan aku memang tahap maksima untuk melakukannya).
Pikalicious said: teringat kata-kata kawan aku: "kalau kau dah ada anak buah, lain rasanya." aku setuju dengan kau!
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI
5 days ago
hahahahaa....mcm mak ayam dah.lol
amik ika..jga dia ni huh..
bising je.
haha.
meh. give it to me.
there would be 2 possibilities:
she's gonna be a good girl or i'm going crazy.
lol.
cehh, nampak macam dah boleh jadi mak.hahah :D
hehe.
mo taw r.
kau kene blaja dr aku lh tecik! :P
pergh, bertambah busy.
I takot gila nak pegang baby. even yang 5 bulan pun, gerun gak.
huhu. why?