Hi, creatures!
Jujur aku kata aku tak suka pindah. Tapi aku tau dalam hidup mesti akan pindah. Tak kiralah pindah rumah ke, pindah sekolah ke... atau pindah kerja.
Aku tak pernah terfikir untuk pindah kerja walaupun ramai yang pujuk atau nasihat aku untuk pindah sebelum ni. Ya, gaji aku sekarang memang sikit. Lagi-lagi aku duduk di kawasan orang-orang kaya. Nak tak nak, terpaksa ikat perut dan berjimat. Lebih tension, dah ikat perut pun tak kurus-kurus. Hmmm...
Tapi aku sangat berharap aku dapat kerja ni. Terima kasih kepada kawan yang minta aku hantar resume kat dia supaya dia boleh terus bagi pada bos dia. Aku tak pernah sebegini yakin dalam cari kerja. Sebab aku tak pernah fikir untuk pindah kerja kurang daripada 3 tahun.
Well, kalau dapat mungkin dah rezeki aku. Kalau tak dapat, aku masih gembira bekerja di syarikat sekarang. Walaupun gaji sikit dan benefit aku kira tak berbaloi, sekurang-kurangnya aku buat benda yang aku minat dan persekitaran pejabat yang amat selesa dan bertimbang rasa. Oleh sebab itu, aku masih stay.
Bye, creatures!
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI
5 days ago
wah
lepas nih kaya la hang Pikah
nanti aku pula bagi resume dkt hang
aku nak buat apa dengan resume hang? buat lap bontot? HAHA. belum dapat lagi lh. :p