A walk to remember: Legoland & Singapore Part 1

Posted by : AfiqahAR | 06 February 2013 | Published in

Hello, creatures!

Sebenarnya, aku dah pergi Legoland dan Singapore ni dah lama. Around bulan Oktober tahun lepas. Ingat nak terus update lepas dah balik Bangi, but I olls agak busy. Dan memandangkan sekarang belum busy (sebenarnya mood bulan ni equal to malas), aku jadi rajin pula nak update entri masa aku holiday hari tu. Hari ni, aku ingat aku kongsi fasal hari pertama jelah dulu. Sebab rajin aku ni pun bukannya rajin sangat. Memang jarang benar kalau aku rajin. Kalau aku betul-betul rajin, aku boleh redecor bilik aku siap basuh baju dan sental bilik air sekali gus. Belum cerita bab masak, tengok TV, main game, cuci kipas, lipat kain dan sebagainya. Tapi memang tak nak cerita pun. Sebab tak menarik. So, let's begin!

Aku ada kawan yang memang gila sangat dengan GroupOn. So pada satu hari di pejabat, dia pun menyuarakan pendapat nak pergi Legoland dan Singapore memandangkan dia dapat tiket masuk ke Legoland, USS dan Hippo Boat for only RM295. Aku pun memang excitedlah since aku memang dah lama teringin nak pergi USS. Tanya punya tanya, last-last aku pergi dengan kawan aku yang gila GroupOn berdua je. Nama dia lain, tapi aku panggil Kak Yana.

*aku dan Kak Yana kat Broga*

Kitorang pergi backpacking. 100% backpacking. So aku memang gelabah sikitlah sebab tempat orang, so budaya dia mesti lain daripada kita. Sebulan sebelum pergi, memang aku dah buat research siap-siap dah fasal jadual untuk pergi ke Legoland dan Singapore. At last, kitorang decide nak pergi 4 hari berjalan dan 3 hari bermalam di Tune Hotel (murah dan selesa).

*tangkapan bilik Tune yang paling senonoh boleh aku tunjuk*

Hari pertama mengikut jadual yang aku buat, kitorang akan masuk Legoland. Yay! Expectation aku sangat tinggi memandangkan iklan yang tersembul keluar di TV pun sangatlah kerap dan gempak. Kitorang gerak dari Bangi dalam pukul 7 pagi lebih-lebih. Sampai Nusajaya (dengan bantuan housemate orang Johor terima kasih) dalam pukul 11 nak dekat pukul 12. Aku tak sangka Johor sangat panas. Kak Yana kata memang makin selatan, makin panas. Dia kata lagi, Singapore lagi panas. Something about garisan iklim. Entah aku tak tahu sangat. Tapi tak apalah. Standard melancong. Kena terimalah cuaca macam mana pun. Memandangkan aku ada silau sikit, aku pakai shades sepanjang masa untuk mengelakkan sakit kepala melampau. So semua gambar aku memang tak nampak mata harap maklum.

*gambar cantik sebab cuaca panas*

Okey, mai aku cerita sikit tentang Legoland lepas pengalaman aku masuk sana. Bagi aku, Legoland tak sesuai dengan jiwa aku. Jiwa aku macam mana? Aku pun tak reti nak put into words sebenarnya. Tapi aku tak berapa minat dengan tempat ni. Mungkin games dia tak in dengan taste aku. Pendapat aku, games at Legoland hanya untuk kanak-kanak. Certain yang thrill seperti Project X dan The Dragon saja mungkin sesuai untuk dewasa (tapi tak sesuai untuk aku sebab aku tak minat roller coaster hehe). Other than thrill games tu, Legoland aku dapat simpulkan sebagai 'muzium' yang cantik. Banyak 'barang' pameran dan memang best untuk bergambar. Serius aku sangat kagum dengan setiap binaan lego yang ada dalam Legoland ni. Sangat detail, sangat kreatif dan sangat cantik. Dan setiap binaan lego ada sound, music atau suara. Hanya itu saja yang best bagi aku di Legoland. Plus, banyak gila games yang belum siap, under construction atau close for maintenance  Termasuklah waterpark dia. Masa aku datang, kawasan waterpark tu nampak banyak 'foreigner' je tengah angkat simen. Air takde lagi. So not coollah bagi aku bila diorang buat iklan memang gempak gila tapi datang-datang, hampeh. Aku sarankan kepada siapa-siapa yang nak pergi, boleh cuba nasib pergi pertengahan atau akhir tahun ni. Lagi best, mungkin boleh datang tahun depan. Tapi kalau takde orang datang tahun ni, macam mana construction nak siap, ye dok? (:
Legoland terbahagi kepada beberapa bahagian. Serupa macam theme park yang lain. Untuk memudahkan perjalanan, silalah kutip dua map di pintu masuk sebelum mula bergembira. Kenapa dua? Satu untuk guide korang sepanjang jalan (confrim lunyai) dan satu lagi boleh simpan atau tampal kat dinding buat kenangan terindah. Mai aku share sikit gambar-gambar sepanjang aku berada di Legoland.

*we don't have to go through this step hehe*

*quite few people*

*from inside*

*waterpark construction*

*locker. not sure if you have to pay to use it or not*

*the ticket collecting gate*

*mini market for shopping*

*I took 5 or 6 hehe*

*all souvenirs are sold here*

*Project X*

*Technic Twister*

*my whole life is a lie*

*Aquazone Wave Racer*

*menyerap kebijaksanaan Einstein*

*they really talked!*

*he asked me to help him*

*Observation Tower*

*kalau aku baling Kak Yana macam best je*

*he talked too!*

*aku tak boleh naik since aku pakai skirt*

*the only air-con building*

*this is my housemate, Kak Bib with her hand beg*

*3D or 4D? lupa dah*

*tengok cerita apa pun aku dah lupa*

*berlindung sambil teruja dengan ke-detail-annya*

*amazing kan?*

*close-up. kau mampu?*

*eaten by a lion - Train*

*I'm not really sure kat mana but don't worry, memang ada surau di sini*

*they played good music*

*haystack dryer untuk mengeringkan peluh pun boleh*

*aku rasa macam tak coollah permainan funfair ada kat sini. hadiah angry bird lak tu. like seriously?*

*close for maintenance. macam tahi je*

*safe to ride*

*for adults with kids*

*hot kan?*

*games for kids*

*last show around 6.10 PM*

*for kids*

*train untuk pusing satu Legoland*

*we ate here*

*the food is not bad, quite sedap and banyak*

*one of the stage shows. this girl is awesome!*





*some of the lego structures that are nice to capture*



Ni hanya sebahagian daripada game yang ada kat Legoland. Memandangkan ada yang aku tak main and ada yang aku main sampai lupa nak ambil gambar (seperti membawa boat sendiri), so gambar pun tak ada. Ini adalah komen lain fasal Legoland:
1. Food sedap dan banyak pilihan. Quite mahal but it's okay. Lapar punya fasal, takde hallah.
2. Stage show dia quite bodoh and immature. Only the girl stunts je yang quite interesting.
3. Souvenirs mahal. Aku tak beli apa pun.
4. Ada photographer akan ambil gambar korang. So pilih tempat yang cantik sikit. Kitorang tak sempat pilih tempat cantik. Gambar boleh beli sebelum nak balik atau sebelum Legoland tutup.

*tak cantik kan?*

5. Surau dan toilet ada. Don't worry.
6. Kalau boleh, tak perlu bawa beg berat-berat sangat. Susah nak berjalan. Atau kalau terpaksa, gunalah locker yang disediakan di entrance.
7. Kalau nak ambil gambar structures, please ambil gambar awal sikit. Sebab park tu besar sangat and sangat banyak structures with scenes yang menarik. Aku tak sempat ambil semua gambar. Sedih jugalah.
8. Harga tiket agak mencekik darah. RM140 for banyak benda tak siap. So better buat macam aku. Cari deals kat GroupOn.
9. Panas. Silalah pakai topi or bawak kipas or pakai baju cotton serap peluh or something yang buat korang selesa. Legoland ni walaupun tak besar sangat, but still letih sebab panas sangat.
10. TOLONG DATANG AKHIR TAHUN NI ATAU TAHUN DEPAN.

Setakat tu saja kot fasal Legoland. Kitorang memang jalan sakan sampai maghrib baru keluar. Tu pun sebab Legoland dah nak tutup. Lepas beli Cool Blog kat dalam mall depan Legoland, kitorang pusing-pusing cari tempat makan dulu untuk breakfast esok since esoknya nak jalan jauh sebelum check-in Tune Hotel. Next day, kitorang akan pergi ke USS. Yay!


Bye, creatures!

(0) Comments

Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr