..'Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya'..

Posted by : AfiqahAR | 28 February 2010 | Published in



kenapa kau bertanya?
mestilah aku nak jawab dengan jujur.
sebab kanda orang jujur.

ok. mari dengar orang jujur berkata-kata. first sekali, aku tak pernah ada or memiliki kamera. sebab? sebab aku belum jadi jutawan. haha. kalau aku dah ada, takda pekdah aku nak jawab soalan Mr. Superman ni. kenal dia pun tidak.

Mr. Superman juga PATUT (wah! caps dan bold gitew! nasib baik tak italic.) bagi aku kamera digital sebab aku baru belajar basic pasal kamera manual or DSLR masa aku diploma dulu. kalau beliau bagi DSLR memang lah aku tak reti nak guna. dah sah-sah aku pandang kamera tu dalam-dalam. lepas tu, mengeluh. kalau Mr. Superman bagi aku kamera digital, reti lah juga aku guna. at least, picit zoom in, zoom out, snap picture dan tengok gambar. ok lah tu. tapi kalau kau bagi DSLR pun, aku terima juga. aku bersyukur. lepas tu, aku pergi jual.

aku bukan expert photographer or jurugambar tegar yang tangkap gambar pengantin sampai nasi kenduri pun tak sempat rasa, gambar model dalam studio sebab kalau luar studio muka kau macam Nek Nak, gambar lipan berjalan atas daun di mana lipan nampak jelas dan daun nampak kabur or blur, gambar matahari terbit dan terbenam sampai kena bangun sebelum Subuh dan tertinggal solat Subuh sebab matahari dah terbit baru nak snap. tapi teringin nak tangkap gambar muka sendiri tanpa badan sebab kalau nampak badan terus aku delete sebab tak boleh terima kenyataan badan tak kurus, tangkap gambar mamat yang aku minat lepas tu zoom sampai nampak tahi lalat dekat muka dia (comel! haish.), tangkap gambar budak kelas aku yang tidur masa kelas Thomas Hobbs and Encik Nimay Uba, tangkap gambar couple bertiga-tigaan depan rumah aku lepas tu pass kat JAIS. eyh, tak. aku bukan jiran pen-sibuk. aku tak buat kerja-kerja tu... kecuali dibayar.

dah lah. penat menaip. aku sebenarnya nak menaip pasal ketidakpuasan hati sepanjang hari ni. hari ni saja. kalau termasuk kelmarin sehingga minggu lepas, baik aku buat novel. lepas tu jual. dapat royalty. jadi jutawan ke mana tahu? ok. merepek. tapi Mr. Superman, mungkin juga kalau kau bagi aku kamera, boleh buat aku gembira? terus aku tak jadi tulis entri ketidakpuasan hati aku tu. tapi kalau kau tak bagi, mungkin kau akan jadi watak sampingan dalam entri ketidakpuasan hati aku. ok. tak. aku tipu. aku tipu je weyh! serius aku tipu! sila jangan report ISA.

Pikalicious said: I'm entering the kau-bacalah-tajuk-entri-ini-sendiri contest. tak payah baca pun takpe. so that korang tak akan tahu pasal contest ni dan peluang aku untuk menang adalah tebal. taklah. aku tipu. ok, mungkin separa tipu. siapa tak mahu menang, ye tak? baibai!

..Lepak. Makan. Shooping..

Posted by : AfiqahAR | 27 February 2010 | Published in

3 benda aku suka buat.
tapi 3 benda ni lah buat duit aku habis banyak. haha.

semalam baru pergi tengok wayang dengan Faiz, Hanis, Yanto dan Putat (malas nak link).
asalnya nak tengok cerita My Name is Khan sebab Hanis tergedik-gedik nak tengok cerita tu dari cuti Raya Cina hari tu lagi.
so, dah sampai counter TGV Sunway Pyramid, ale-ale panggung tu ada 4 je tempat kosong. sedangkan kitorang berlima.
so, cancel! cansel! haha.
then, Faiz pula nak tengok Valentine's Day. kononnya sebab ada Taylor Swift.
ale-ale seat depan sekali saja ada kosong.
HAMPEH! baik takyah tengok.
last choice adalah Niyang Rapik. so, sla tengok review filem tu kat blog Hanis.
aku tak pandai buat review filem.
habis tengok wayang, Faiz ajak main archery sebab dia kata dah lama sangat dia teringin main benda tu.
aku pun tak pernah main or tahu kewujudan archery tu. sebab baru 3 kali pergi Sunway.
aku sangat hebat man archery. ok. itu je boleh tulis. tak boleh tulis panjang-panjang. nanti ada unsur riak.
maghrib baru sampai rumah and rush untuk pergi dinner Publishing.
the food was good. dan seperti cabutan-cabutan bertuah yang lepas, aku selalu tak bertuah. cam tahi!
balik awal sebab tak ramai pergi dinner tu.
pukul 4 pagi baru tido.


Pikalicious said: nak pergi makan. Yanto dah tunggu. baibai.

..Sibuklah..

Posted by : AfiqahAR | 22 February 2010 | Published in

minggu ni sibuk.
sebab minggu lepas tak sibuk.
sebab dua minggu lepas pun tak sibuk.
sebab baru nak buat kerja yang diberi sejak awal semester. =.="

1. Contemporary Issue
2. Summarize Thomas Hobbs
3. Poster/Banner Event

nampak sikit, tapi cuba kau buat? pfft.


Pikalicious said: tapi kena makan dulu sebelum buat semua kerja.
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr