..Korban Yok!..

Posted by : AfiqahAR | 28 November 2009 | Published in

hari ni hari raya aidiladha.
semua umat Islam sambut. termasuklah aku dan keluarga.

pagi-pagi lagi mak aku dah kejut suruh bangun sebab nak pergi beraya kat rumah tok aku dulu.
since tahun ni semua anak-anak dia tak balik, plus dia masak sangat banyak (entah kenapa), mak aku sebagai anak yang tinggal berdekatan ada lah inisiatif nak balik beraya kat sana.
kesian aku tengok tok aku. semua taknak balik.
dah jadi kebiasaan keluarga aku yang wajib balik pada setiap perayaan (yang kami sambut).

dalam pukul 11 kami pun sampai lah kat rumah tok (bukan jauh sangat pun. bertolak dalam pukul 10 lebih, sebab tu lambat sampai).
selang beberapa minit, keluarga Cik Mah (adik mak aku) pun datang.
dia pun dok dekat ja. cuma jarang balik sebab suami dia macam tak suka datang rumah tok aku.
dia lebih suka pergi rumah mak dia. begitu juga dengan anak dia (sebaya aku) yang juga berperangai pelik seperti abah dia (tak suka datang rumah tok. eyh! sedar sikit. dia tok kau juga! jangan nak kerek sangat!)
cuma Cik Mah dan adik minah kerek ni ja yang berperangai normal.
hati memang panas tengok perangai anak beranak yang abahnya tak sabar-sabar nak balik. nak sembahyang Jumaat kat tempat dia lah (padahal time tu dah pukul 12) dan si anak yang sibuk bermesej-mesejan (hp aku lagi canggih lah!) hingga tak reti-reti nak salam orang. haish.
bila mereka dah balik, memang aman.
at least, mata aku tak semak!

selepas bangdik selesai sembahyang Jumaat, kami pun keluar sekejap untuk beli bahan-bahan untuk hantaran bangah aku yang bakal berkahwin hujung bulan 12 nanti (insyaAllah).
sungguh penat tak payah nak cakap lah. dah lah bershopping pakai baju kurung. masuk pulak kedai pengantin yang kecil sebab ingatkan bahan-bahan kat sana murah.
tapi hampeh! mahal juga. "ini ar? sepuluh ringgit. itu ar? sepuluh ringgit. i bagi diskaun lah, lapan ringgit," macam hampeh ja aunty ni.
aku rasa patut aunty ni letak sign board depan kedai dia "Kedai RM10". tak payah kami masuk sebab dah tahu semua barang dia rm10. memang hampeh!

selesai shopping dalam pukul 5. singgah rumah tok sekejap dan terus balik kulim.
hari ni, taman aku belum lagi buat upacara korban.
dijadualkan keesokkan harinya baru nak korban (28hb November 2009).
dalam pukul 9 malam tadi, kakak aku dikejutkan oleh mak aku bahawa dia dah daftarkan nama kakak aku untuk pegang tali pada upacara korban esok.
menangis-nangis dia taknak. aku pun taknak kalau diikutkan hati. ngeri beb!
kalau terdetik hati kesian kat lembu tu, memang haram kita makan daging dia.
itu apa yang aku dengar lah.
dalam hidup aku, cukuplah aku pernah tengok sekali ja. time tu korban kat rumah tok aku.
walauapapun, aku harap kakak aku tak kena pegang tali esok sebab pegang tali hanya Sunnat (abi aku cakap).
kalau kakak aku kena esok, maknanya, AKU AKAN KENA TAHUN DEPAN! haish. (T-T)
minta-minta benda ini takkan berlaku. amin!

walaupun dah terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua tak kira di mana korang sambut.
terus terang aku cakap, sambutan famili aku tak berapa meriah kalau hari raya korban. huhu.
apa yang aku dengar, orang pantai timur lah yang sambut meriah, lebih daripada raya aidilfitri. betul kan? ke aku salah? biarlah. aku dengar orang cakap. bukan aku yang cakap.


Pikalicious said: bila mahu kerja part time ni? arghhhhhhhhhhhhhhhh! (agak-agak siapa nak terima aku bekerja? muka aku bukan muka rezeki. dah nasib badan. haish.)

..Mary Shaw, Frankeinstein, Jackson Curtis..

Posted by : AfiqahAR | 17 November 2009 | Published in

Beware the stare of Mary Shaw
She had no children only dolls
And if you see her in your dreams
You must not scream
For she is taking revenge upon all
Who had silenced her and made her fall
Sending out 101 dolls to rip out their tongues
So none of them will utter a single word again
Beady little eyes, turning every way you go
Leave them in the dark and you never know
Forever they wil place you down, in eternal sleep
With a picture of horror, your own blood will seep
And gone forever, she will take
All your loved ones and family
Beware of Mary Shaw
She's very angry
And whatever you do, don't appear scared
For she will murder you and leave your blood there
Her ghost is kept inside one doll
Dug from her grave, you will lose it all
Just don't say her name
Don't ask her why
She'll take your loved ones and she won't cry
Beware of the stare of Mary Shaw
Her spirit lives on


Pikalicious said: 3 movies in a week i watched- Dead Silence (2007), Death Race (2008) and 2012 (2009). all of them are marvelous! meletop2! haish. cuti sem ini sangat seronok!

..Dah Rindu..

Posted by : AfiqahAR | 15 November 2009 | Published in

haish.
baru balik, dah rindu kat kawan-kawan.
sebab?
excited sangat nak balik, tapi bila balik, things happen. sigh.
then terus teringat kawan-kawan yang tak berapa nak comel di Shit Alam itu. haish.

bila dah rindu, mula lah nak cerita pasal kawan-kawan saya.
but for this time being, saya mahu cerita pasal kawan-kawan yang saya kenali di Lendu suatu ketika dahulu. *senyum*

ingat lagi.
1st class diploma dulu adalah kelas BEL101 with Mr. Basyir.
saya taknak cerita pasal Mr. Basyir sebab dia bukan kawan saya, dia lecturer saya yang sangat baik. selalu tanya khabar saya. juga bagi saya markah banyak-banyak-banyak.
eh eh. tercerita pasal Mr. Basyir pulak.
dalam kelas tu, saya tak pernah nampak pun muka mereka masa MMS (Minggu Mesra Siswa/Siswi).
so, saya agak cool & steady di situ.
berjalan-jalan masuk ke kelas kat DM (Dewan Makan) sebelah D'Ehsan tiba-tiba ada seorang perempuan tegur saya.
dia lah Che Wan Nurul Ain Shuhada Che Wan Razlan. orang pertama yang saya kenali dalam kelas DMC1B.
saya sebenarnya agak kekok nak berkawan dengan dia since dia agak vouge di situ memakai baju kebaya purple dan berkasut tumit tinggi. ye lah. sebelum ni saya sekolah kampung. takde kawan yang free hair dan bergaya seperti beliau.
kami duduk di belakang sekali. tak sure kenapa. maybe masuk lambat.

bila Mr. Basyir suruh perkenalkan nama, saya notice ada dua orang pelajar, lelaki dan perempuan, duduk berdua time tu di meja depan saya.
di sini saya agak kekok jugak sebab saya sekolah kampung. duduk dengan perempuan je. tak pernah duduk dengan laki. so bila nampak situasi macam tu, rasa lain macam sikit.
si perempuan perkenalkan nama. "Assalammualaikum. My name is Zurashida Muhammad." diteruskan dengan si lelaki yang berbadan gempal & ketot.
bergaya dengan spek mata dan memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Nasrul Faiz Abu Azal serta memberitahu yang dia dan si perempuan dari sekolah yang sama.

setelah sesi perkenalan selesai, semua masih duduk di kelas.
Faiz sangat ramah. bertanyakan aku dari mana. aku pun menjelaskan aku dari Kulim.
lepas tu, dia cakap, "Dari Kulim? ni dari Perlis," sambil menuding jari ke arah seorang perempuan berbaju kurung depan meja beliau. namanya Juliana Yahya.

keesokan harinya, ada kelas CTU with Ustaz Hayyun (kegemaran semua orang) di kelas bawah blok B (sekarang dah jadi bilik). Ustaz Hayyun menugaskan pelajar-pelajarnya supaya form satu group untuk group assignment seramai 9-10 orang (kalau tak silap aku). aku dan Ain mendiamkan diri since kami hanya kenal antara satu sama lain.
kemudian, Mariani Ali dan Nor Fazellah Che Husain menepuk belakang kami bertanyakan kami dah ada group ke tak.
selepas itu, kami mengajak Julia, Zura dan Faiz. diikuti pula dengan Nor Reymy Salikin. sudah lapan orang semuanya.
kami ternampak seorang perempuan duduk di depan aku berseorangan tanpa menoleh atau bercakap apa-apa mengenai group assignment ni.
lalu, kami pun mengajak Ezzati Mohd Esah sebagai pelengkap orang yang ke-9 dalam group tersebut. dengan secara tidak sengaja juga, Faiz telah menamakan kami sebagai "Whatever".

bermula dari tindakan yang tak disengajakan, persahabatan kami makin lama makin akrab.
tetapi, persahabatan tu tak kekal lama. persahabatan tu hanya bertahan sehingga Part 5. sebab? nanti lah aku cerita.

special kat sini aku dedikasi kat korang berlapan 1st expression aku pada korang dulu. haha. tapi ekspresi ni just aku rasa masa aku tengok korang mula-mula dulu. mungkin sekarang tidak. mungkin juga ya. biarlah aku je yang tahu ye? x)
1. Che Wan Nurul Ain Shuhada Che Wan Razlan: ain cantik, tinggi, kurus, hot, bergaya. ramah dan baik.
2. Zurashida Muhammad: kau sombong. kau taknak cakap dengan orang lain selain drpd faiz. mentang-mentanglah dari sekolah yang sama.
3. Mohd Nasrul Faiz Abu Azal: kau sangat lawak! aku paling suka lawak kau berbunyi- "Pika, cantik kau hari ni. Macam Emylia Rosnaida..... punya orang gaji!" dan kau juga sangat ramah. ouh! aku juga ingat kau rabun.
4. Juliana Yahya: ank peramah. ank suka suruh aku, Ella or Mariani beli breakfast untuk ank kat Intekma bila kelas Ustaz Hayyun. kononnya, blok kami dekat dgn Intekma.
5. Mariani Ali: kau sangat peramah. lawak gila. plus, kau tak munasabah orangnya. baru kenal aku, dah terjah bilik aku tanpa ketuk pintu sebab nak ajak pergi tengok jadual waktu dengan Hadi (Samdu) dan Ella pukul 12 tgh malam merentasi tasik!
6. Nor Fazellah Che Husain: aku rasa paling senang bergaul dengan ank. since kita boleh cakap utara. tapi aku tak tahan perangai ank yang suka pasang skandal sangat banyak dan akhirnya mengadu kat aku dalam kelas Ustaz Hayyun.
7. Nor Reymy Salikin: aku tak tahu kalau-kalau aku pernah ada 1st expression pada kau. takde kot.
8. Ezzati Mohd Esah: kau sangat periang dan baik. masa mula-mula kenal aku, kau dah peluk aku. aku agak kekok di situ.

haish. pengalaman dengan korang berlapan sangat banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak!
ouh. lupa. "Whatever" ada pertambahan ahli apabila seorang daripada kami berpacaran (wah. berpacaran. couple dalam bahasa omputeh) dengan seorang budak kelas yang juga menjadikannya sebahagian daripada kenangan "Whatever". nanti aku cerita lagi. baibai.


Pikalicious: aku malas nak upload gambar since ada kenangan yang telah aku delete. maafkan aku. sebahagiannya sangat menyakitkan hati. tapi aku tetap ingat "Whatever" sampai mati.

37+25+8+30=100!

Posted by : AfiqahAR | 13 November 2009 | Published in

yeay!
ini post yg ke-100!
yang tu je nak bagitau.

ouh! lagi satu.
esok pagi aku balik kulim.
yeay! baibai shit alam.
u will miss me. i know.
nanti aku pikir-pikir balik ye nak datang ke tak sem depan.


Pikalicious said: mesti korang suke layout baru aku kan? hahahaha. semua orang sukaaaaaaaaaaaaaaa (kecuali Shamil)! haha.

..Random Thoughts..

Posted by : AfiqahAR | 10 November 2009 | Published in

Lokasi: di mana-mana.
Masa: pada bila-bila.
Syarat: tak memikirkan benda yang penting.

1. Manusia tak malu ke mandi atau berak dalam bilik air yang ada serangga seperti labah-labah atau lipas?

2. Labah-labah tu pikir apa ek bila tengok manusia buat aktiviti-aktiviti tu?

3. Apa jadi kat semut lepas kena flush hidup-hidup? atau hanyut dalam air sebab kena jirus dengan aku?

4. Kenapa nyamuk gigit aku walaupun dah nampak kawan dia dah mati kena tampar?

5. Labah-labah takde aktiviti lain ke selain cari makan, buat sarang dan sebagainya? main Internet ke misalnya. pergi sekolah ke.

6. Labah-labah yang ada dalam bilik air aku tu tak teringin ke nak pergi luar negara dan jumpa labah-labah jenis lain seperti tarantula misalnya? paling kuat pun pergi rumah sebelah ke.

7. Tarzan (lelaki beruk) yang takde tamadun, tak faham bahasa, cakap bahasa beruk tu, wujud tak?

8. dekat facebook tu, betul ke yang tu page zayed khan?

9. apa perasaan artis ek kalau takde orang komen status kat facebook, blog, twitter dan sebagainya? padahal fan sampai beribu.

10. ada tak orang yang popular dari golongan tak berduit, atau dalam bahasa kasarnya, miskin?


Pikalicious said: kadang-kadang aku pikir pasal benda-benda yang berkaitan dengan Agama jugak. tapi taknak pikir atau soal dalam-dalam. takut aku murtad. haha. baibai.

..Main Hoon Na..

Posted by : AfiqahAR | 08 November 2009 | Published in

Kiska hai yeh tumko intezaar main hoon na
Dekhlo idhar to ek baar
main hoon na
Khamosh kyu ho jo bhi kehna hai kaho
Dil chahe jitna pyar utna maanglo..ho..
Tumko milega utna pyar
main hoon na..

Kehne ki ho dil me koi baat mujhse kaho
Koi pal ho din ho ya ho raat mujhse kaho
Koi mushkil koi pareshaani aaye
Tumhe lage kuch theek nahi haalaat mujhse kaho
Koi ho tamanna ya ho koi aarzoo(2)
Ho..rehna kabhi na bekaraar
main hoon na..


Pikalicious said: .... (main hoon na)
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr