semua umat Islam sambut. termasuklah aku dan keluarga.
pagi-pagi lagi mak aku dah kejut suruh bangun sebab nak pergi beraya kat rumah tok aku dulu.
since tahun ni semua anak-anak dia tak balik, plus dia masak sangat banyak (entah kenapa), mak aku sebagai anak yang tinggal berdekatan ada lah inisiatif nak balik beraya kat sana.
kesian aku tengok tok aku. semua taknak balik.
dah jadi kebiasaan keluarga aku yang wajib balik pada setiap perayaan (yang kami sambut).
dalam pukul 11 kami pun sampai lah kat rumah tok (bukan jauh sangat pun. bertolak dalam pukul 10 lebih, sebab tu lambat sampai).
selang beberapa minit, keluarga Cik Mah (adik mak aku) pun datang.
dia pun dok dekat ja. cuma jarang balik sebab suami dia macam tak suka datang rumah tok aku.
dia lebih suka pergi rumah mak dia. begitu juga dengan anak dia (sebaya aku) yang juga berperangai pelik seperti abah dia (tak suka datang rumah tok. eyh! sedar sikit. dia tok kau juga! jangan nak kerek sangat!)
cuma Cik Mah dan adik minah kerek ni ja yang berperangai normal.
hati memang panas tengok perangai anak beranak yang abahnya tak sabar-sabar nak balik. nak sembahyang Jumaat kat tempat dia lah (padahal time tu dah pukul 12) dan si anak yang sibuk bermesej-mesejan (hp aku lagi canggih lah!) hingga tak reti-reti nak salam orang. haish.
bila mereka dah balik, memang aman.
at least, mata aku tak semak!
selepas bangdik selesai sembahyang Jumaat, kami pun keluar sekejap untuk beli bahan-bahan untuk hantaran bangah aku yang bakal berkahwin hujung bulan 12 nanti (insyaAllah).
sungguh penat tak payah nak cakap lah. dah lah bershopping pakai baju kurung. masuk pulak kedai pengantin yang kecil sebab ingatkan bahan-bahan kat sana murah.
tapi hampeh! mahal juga. "ini ar? sepuluh ringgit. itu ar? sepuluh ringgit. i bagi diskaun lah, lapan ringgit," macam hampeh ja aunty ni.
aku rasa patut aunty ni letak sign board depan kedai dia "Kedai RM10". tak payah kami masuk sebab dah tahu semua barang dia rm10. memang hampeh!
selesai shopping dalam pukul 5. singgah rumah tok sekejap dan terus balik kulim.
hari ni, taman aku belum lagi buat upacara korban.
dijadualkan keesokkan harinya baru nak korban (28hb November 2009).
dalam pukul 9 malam tadi, kakak aku dikejutkan oleh mak aku bahawa dia dah daftarkan nama kakak aku untuk pegang tali pada upacara korban esok.
menangis-nangis dia taknak. aku pun taknak kalau diikutkan hati. ngeri beb!
kalau terdetik hati kesian kat lembu tu, memang haram kita makan daging dia.
itu apa yang aku dengar lah.
dalam hidup aku, cukuplah aku pernah tengok sekali ja. time tu korban kat rumah tok aku.
walauapapun, aku harap kakak aku tak kena pegang tali esok sebab pegang tali hanya Sunnat (abi aku cakap).
kalau kakak aku kena esok, maknanya, AKU AKAN KENA TAHUN DEPAN! haish. (T-T)
minta-minta benda ini takkan berlaku. amin!
walaupun dah terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua tak kira di mana korang sambut.
terus terang aku cakap, sambutan famili aku tak berapa meriah kalau hari raya korban. huhu.
apa yang aku dengar, orang pantai timur lah yang sambut meriah, lebih daripada raya aidilfitri. betul kan? ke aku salah? biarlah. aku dengar orang cakap. bukan aku yang cakap.
Pikalicious said: bila mahu kerja part time ni? arghhhhhhhhhhhhhhhh! (agak-agak siapa nak terima aku bekerja? muka aku bukan muka rezeki. dah nasib badan. haish.)
cuti ni byk cerita syiok woh!
rasa macam mahu pasang piring astro di rumah sewa sajork. haha.
hahaha
kelantan dgn terengganu meriah raya korban
tu lah pasai. huhu.
aku dh x larat makan daging. haish.
lol...konfius pulak aku ngan blog template ko ni...:P
haha.
dh skg sume addicted gn fb, aku pn letak lh template fb jugak. haha.