Kisah Cipun si Cipan

Posted by : AfiqahAR | 20 August 2010 | Published in

Hari ni Cipun online seperti biasa. Cipun buka Facebook, notification Cipun ada 1. Cipun baca sambil senyum. "Mohd. Aizam Matsaman Aico has approved your friend request." Cipun buka page Mohd. Aizam Matsaman Aico. Cipun tengok gambar satu-satu. Cipun marah bila tengok ada perempuan tangkap gambar dengan Mohd. Aizam Matsaman Aico. Cipun gigit-gigit coklat rokok milik roommate beliau. Butang pangkah warna merah ditekan.

Cipun tengok icon Yahoo Messenger melompat-lompat.

*Click* Keluar nama Muhammad Dali.

"Kau buat apa?"

"Tunggu Azan. Nak terawikh."

"Oh. Jom keluar?"

"Mana?"

"Sunway Pyramid."

"Woh! Jauhnya. Ada apa sana?"

"Tengok wayang. Aku belanja."

Cipun terus capai contact lens dan pakai. Cipun memang suka baca atau dengar perkataan "Aku belanja". Kalau "Kau belanja" terus Cipun tak reply mesej.

"Dengan siapa lagi?"

"Takde siapa. Tapi kalau kau nak ajak kawan kau, aku tak kisah."

Cipun right click nama Jakun dan mula buat Voice Conference. Cipun ajak Jakun teman. Kebetulan Mirun dan Fanun ada belakang Jakun. Cipun ajak mereka sekali.

Sampai dekat TGV, Fanun nak keluarkan duit. Mirun dan Jakun teman. Muhammad Dali dan Cipun terus ke kaunter untuk beli tiket wayang cerita Tekken. Abang kaunter mula bertanya soalan.

"Cerita apa?"

"Tekken."

"Couple seat ke?"

Cipun malu. Muka Cipun merah. Hati Cipun dah jadi lain. Muhammad Dali mungkin rasa apa yang Cipun rasa. Serentak mereka menjawab:

"Tak tak. Kami 5 orang."


To be continue (Lagu tema berkumandang)...

(2) Comments

  1. Fazellah Husain said...

    cehhhh
    sape jakun tuh?

    August 20, 2010 at 4:41 AM
  2. Afiqah Abdul Rashid said...

    jakun is like you know who. HAHA.

    August 20, 2010 at 5:07 AM
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr