Weekend Activities

Posted by : AfiqahAR | 14 August 2010 | Published in

Hi kejis.


Today is Saturday. And I am all alone at home. Zaza and Kak Long awal-awal dah balik Melaka. Leave us with no signs. HAHA. Maya pulak balik Sungai Buloh after kelas semalam. Yan pulak balik Bangi pagi tadi. So bangun-bangun tengahari (ke petang?) tadi baru sedar diri ini dah jadi pria kesepian terus pasang lagu Sheila on 7 Pria Kesepian. Okay tak, tipu.

So dah keseorangan tu mulalah nak rindu kawan bagai. Bila ada depan mata, taknak pelum ciom ke apa. Memang dasar kawan sejati bila mereka tiada. Tsk tsk. T.T

For buka puasa tonight ingatkan nak makan maggi saja sebab sahur dah melantak nasi goreng cili padi yang sedap lagi pedas masakan sendiri. Heh heh. Plus, duduk sorang-sorang kat rumah, tak logik pulak kalau nak masak ayam golek dengan masak lemak cili api ketam. Kalau duduk ramai-ramai pun, belum tentu aku masak. Sebab aku bukannya pandai masak sangat pun. Motto perut aku: "Janji masuk perut". Tsk tsk.

Bangun-bangun "tengahari" tadi, jenguklah kejap kawan baik setiap masa bersama untuk bertanya khabar. Tekan-tekan kelik-kelik badan dia, tersampai dekat Facebook. Kebetulan Hanis pun keseorangan untuk berbuka. So dia pun dengan berbesar hati ingin belanja aku makan sebab dia sedih aku nak makan maggi saja for berbuka (aku makan maggi sebenarnya nak diet + jimat. Bak kata motto perut aku: janji masuk perut). Lepas tu, ajak Yat dan boyfienya sekali berbuka dekat seksyen 2. Banyak betul makan (hilang diet oh-oh) sebab orang belanja. Heh heh. Bila balik, perut kembung, solat pun berpeluh-peluh. Tapi tak apa, rezeki aku alhamdulillah bulan puasa ni agak murah. Terima kasih pada-Mu. :)

Okay sekarang baru lepas habis solat terawikh. Sakit perut kenyang tak hilang lagi. Minta-minta sakit perut ni bertahan sampai raya. Tak adalah aku sibuk-sibuk nak beli juadah berbuka dan masak untuk sahur. HAHA.


Bye kejis!

(2) Comments

  1. armouris said...

    info tentang perut kembung di SIHAT SELALU - Masalah Perut Kembung

    August 15, 2010 at 12:43 AM
  2. Afiqah Abdul Rashid said...

    heh?

    August 15, 2010 at 1:09 PM
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr