Assalammualaikum.
Kerdilnya diri ini.
Di bulan-bulan lain, aku melupakanMu.
Di bulan Ramadhan, aku sering teringatkanMu.
Kerdilnya diri ini.
Di bulan-bulan lain, aku abaikan solat-solat sunnat.
Di bulan Ramadhan, aku kejar-kejarkan untuk melakukan solat-solat sunnat.
Kerdilnya diri ini.
Di bulan-bulan lain, aku hilang entah ke mana di malam Jumaat.
Di bulan Ramadhan, aku gelisah sekiranya tidak membaca Surah Yassin di malam Jumaat.
Kerdilnya diri ini.
Di bulan-bulan lain, aku jarang sekali menyentuh kitab suci Al-Quran.
Di bulan Ramadhan, aku seperti tidak mahu melepaskannya.
Kerdilnya diri ini.
Di bulan-bulan lain, aku memanjatkan doa kepadaMu sekadar begitu sahaja.
Di bulan Ramadhan, aku berdoa kepadaMu dengan bersungguh-sungguh.
Adakah ini dikatakan kebaikan bulan Ramadhan?
Manusia mula mencari-cariMu. Manusia mula bertaubat. Manusia mula melakukan amal jariah.
Tetapi, sedarkah betapa jahilnya kita untuk mengingati-Nya hanya di bulan Ramadhan, tetapi tidak di bulan-bulan lain?
Benar bulan Ramadhan ada keistimewaannya sendiri. Tetapi, tiada batasan untuk kita melakukan kebaikan serta mengingati Maha Pencipta.
Betapa aku sedar aku insan yang lemah selemah-lemahnya walaupun aku dijadikan sebagai sebaik-sebaik mahkluk ciptaan-Nya, iaitu manusia.
Aku takut pada neraka jahanamMu, aku dambakan syurgaMu.
Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingatimu dan tidak lalai dalam segala perbuatan, percakapan dan niatku. Amin.
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI
5 days ago
wow!
P/S : Itulah Bro! Kalau Nak Drift Tu Tutuplah Cermin Tingkap Kereta Tu Dulu! Kan Ker Ekau Dah Malu! Kahkahkahkahkah!
awatnya?