..5 Days to Go..

Posted by : AfiqahAR | 30 June 2009 | Published in

yup.
kalau korang betul2 budak uitm sejati, korang mesti taw apa akan jadi pada 5 hari yg akan datang.
so, preparation mesti dibuat sebelum melangkah ke dunia baru.
sebab tu aku sangat bz skrg ni. (yup. bz dgn saving plan aku skali. lol~)
sini aku senaraikan apa yg perlu aku buat sebelum berangkat ke shah alam.

1. Muat turun segala borang yang diperlukan untuk hari pendaftaran nanti.
2. Cetak kesemua borang n manual untuk hari pendaftaran nanti.
3. Isi segala borang yang telah dicetak.
4. Isi borang pinjaman juga.
5. Membuat salinan segala bentuk dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran n juga untuk pinjaman.
6. Membuat senarai barang yang nak dibeli untuk memulakan hidup baru.
7. Membeli barang2 yang telah disenaraikan.
8. Pemeriksaan kesihatan. yup. dah buat separuh. esok nak habiskan apa yg tak buat lagi.
9. Sumbatkan baju2 n barang2 keperluan yang lain ke dalam beg besar.
10. dan BERAMBUSSSS KE SHAH ALAM!!!


Pikalicious said: nak sambung belajar pun susah! (T-T)

..Bodoh!..

Posted by : AfiqahAR | 26 June 2009 | Published in

aku benci orang perasan! (ok. aku perasan kadang2 tapi xketerlaluan)
ha! padankan muka dah kena buzz!
bodoh! cermin diri, bukak telinga luas2 sebelum nak ngaku, "Saya boleh tiru sebijik suara Mus (May)."
konfiden kot! sore cam katak! ada hati nak kata boleh tiru SEBIJIK sore Mus!
adoi~ bodoh! bodoh!


Pikalicious said: sedang tonton Aiyoh! Mus suara sangat lunak dan nyanyi live x pecah weh! bodoh punya budak! pigi balek daaa~ *annoy* x(

..Cara Mudah Buat Duit! Yeay!..

Posted by : AfiqahAR | 22 June 2009 | Published in



Yeay! Keliklaaaaaaaaaa.. hehe!


Pikalicious said: marilah join. marilah join.

..Akhirnya Si Tembun Pulang ke Tempat Asal..

Posted by : AfiqahAR | 18 June 2009 | Published in

esok alesya nak balik langkawi dah dengan umi n abah dia (along aku dah lepas pantang).


Pikalicious said: sedihnya... moksu rindu alesya... :'(

..Modal Sikit, Untung Banyak!..

Posted by : AfiqahAR | | Published in

Korang still ingat pasal produk resdung yang aku post kan 4 hari lepas?
itu salah satu untuk dapat duit iaitu dengan menjual produk.
ada lagi satu cara untuk dapat untung yang sangat banyak!

caranya mudah. lagi banyak simpanan korang, lagi banyak untung korang akan dapat!(minimum rm38)

korang hanya perlu keluarkan rm38 (1 produk-minimum) setiap bulan selama 24 bulan.
n korang boleh dapat untung: rm2,012!!
korang nak tau macam mana cara ni berhasil?

sila add aku di YM (sila lihat bahagian kanan blog aku) untuk aku explainkan pada korang or, emailkan aku ok?


Pikalicious said: mari kaya sama-sama. *aku tak kedekut* (^-^)v

..Kecewa a Bit But I'm Ok..

Posted by : AfiqahAR | 15 June 2009 | Published in

hai.
saya afiqah abdul rashid.
tadi baru saya check di portal pelajar UiTM dan saya telah berjaya mengikuti Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Penerbitan), Komunikasi dan Pengajian Mediam, Kampus UiTM Shah Alam.
Alhamdulillah kerana ianya merupakan pilihan pertama saya. Tetapi, sebenarnya, saya juga mengharapkan saya dapat mengikuti Program Instructional Media (kalau tak silap) sebab saya nak belajar tentang Actionscript Flash dengan lebih mendalam lagi.
Tambahan pula, Cik Mayudia akan mengajar subjek Flash tersebut di Shah Alam.
Saya sangat suka dia mengajar dan mengharapkan dia akan mengajar saya lagi.
Tapi apakan daya, saya mendapat kos lain.
Tapi tak mengapa! Kerana saya juga sangat meminati kos Penerbitan!

Kepada kawan-kawan, jumpa lagi kita di Shah Alam ok? Kalau memang takde hajat nak jumpa saya, sila jangan tegur saya di Shah Alam. Saya tak kisah. Hihi.


Pikalicious said: Sila undi saya untuk jadi SUPERSTAR ye? (cari nickname Pikalicious, bertajuk CHIPSTER: EXPERIENCE IT!) Terima kasih kawan-kawan! *dah nak masuk degree, ada hati lagi nak masuk pertandingan. sabar je lah*

..Product For You..

Posted by : AfiqahAR | 14 June 2009 | Published in

hai korang.
dis past two days sangat best dalam hidup aku sebab bandeq aku yang dah lama xbalik kulim, akhirnya pulang jua! (siyes punya hepi!)
besides bawa balik anaknya zafran yang comel (+agresif sangat ok!) dan kak aisyah, aku tengok dia macam dah lain sikit.
KULIT DIA LICIN DARI AKU OK!!
aku sibuk2 tanya dia n dia pun kenalkan lah aku dengan 1 produk ni (dah pandai guna produk rupanya abang aku ni).


PIL MINDA & BEDAK RESDUNG ZANITA: RM38

1. PIL MINDA:
menurut abang aku, pil ni boleh kuatkan badan bagi siapa-siapa yang salu lemah badan. pastu, pil ni jugak boleh meningkatkan daya ingatan (ok. sangat sesuai untuk aku), boleh buat kita berfikiran cerdas (wah! ayat aku sangat mantop), boleh cegah kemurungan and also boleh melancarkan proses penghadaman (macam aku tiada masalah penghadaman.haha!)




2. BEDAK RESDUNG:
bedak resdung ni pulak boleh menghapuskan jerawat (kalau ada resdung, sure jerawat banyak), menghaluskan kulit, boleh menghilangkan penyakit kulit, bisul, KAYAP, gatal-gatal dan yang paling penting, boleh memulihkan resdung!



Ok. the advantage instead of buying this product is to heal the resdung problem, ada lagi advantage yang korang boleh dapat sebagai buyer!
1. Bila korang dah beli 1 set produk ni, korang akan diberi insentif pengguna sebanyak rm2 setiap bulan berturut-turut selama 24 BULAN (korang pandai math kan? darab lah sendiri.*ayat rikhman*lol) TANPA jual or promote produk ni pada orang lain. best kan?
2. Korang juga boleh jadi dealer atau penjual produk ni yang boleh jadi side income korang. Korang sure akan dapat balik modal korang (+untung RM10) kalau dah takde langsung beli dari korang pun (again, do the math! xP)




Pikalicious said: siapa berminat, sila beritahu aku ok? thanks!

..Beware of Me!..

Posted by : AfiqahAR | | Published in

kalau mak korang nampak apa yang aku dah buat hari ni, sure korang akan dipaksa jadik menantu mak aku.


Pikalicious said: aku serius ok?!

..Help Me!..

Posted by : AfiqahAR | 11 June 2009 | Published in

tau tak cerita keliwon kat tv3 yang disiarkan setiap hari khamis pukul 9.30 malam?
er. tujuan aku bukanlah nak cakap pasal cerita tu.
cuma, aku nak tanya. pernah tak korang dengar pasal buatan orang?
hurm. aku pun tak sangka sekarang ni still ada pasal buatan orang ni.

er. bukan aku mahupun family aku yang kena.
tapi, 1 of my best friend punya mak terkena buatan orang baru-baru ni.
aku nak minta jasa baik rakan-rakan bloggers aku.
korang tau tak mana nak cari daun bidara?
tak pun, korang taw tak mana tempat orang berubat untuk mangsa-mangsa buatan orang ni?
aku harap dapat respon yang baik dari korang.

thanks y'all!


Pikalicious said: happy with my result. thanks miss mayu and miss huda. ;)

..Sekarang Tekanan. Mungkin Esok Jua..

Posted by : AfiqahAR | 10 June 2009 | Published in

budak-budak aloq stuck, sila beri perhatian.
akan ku blogkan pengalaman dahsyat aku di tempat ampa.
tapi bukan di entri ini. babai.


Pikalicious said: 1st entri separa siap dari aku.sila jangan bocorkan isu di aloq stuck sehingga entri dikeluarkan ya kawan-kawan?
*sgt letih.ya.kamu tau kenapa.sila jangan buat-buat tak tahu*

..Jr. Pika..

Posted by : AfiqahAR | 07 June 2009 | Published in

saya tak pernah cerita kisah saya masa saya kecik2 dulu.
so, sekarang, saya nak kongsi lah memandangkan saya pun baru tau saya macam tu rupanya masa kecik2 dulu. huhu~

masa kecik2, saya sangat nakal (istilah bagi budak2 yang berperangai ala2 syaitan. er. tapi saya tak lah berperangai syaitan. cuma, jahat sedikit). masa tu saya botak lagi (maknanya, saya kecik lagi dan rambut pun belum tumbuh). abah saya dulu memang suka makan chewing gum (a.k.a singgam) dan akan menyorokkan singgam beliau dalam kabinet. nak dijadikan cerita, saya dengan pandainya dapat tahu tempat persembunyian singgam abah saya lalu mempunyai inisiatif untuk membuka kabinet itu (saya tak tinggi. cuma kabinet tu yang rendah) dan mencuri singgam abah saya. tapi nasib saya baik. saya telah ditangkap mencuri oleh abah saya dan singgam tersebut telah dirampas dengan serta merta. ya. nasib saya baik sebab kalau saya telan singgam tu, mesti saya dah tak berpeluang hidup lagi.

masa kecik2, saya sangat rapat dengan mak saya. ke mana mak saya pergi, saya akan ikut (tapi tak menangis, cuma mahu ikut). ada 1 hari, mak saya masuk toilet. saya nak ikut masuk, pintu telah dikunci. lalu, dengan berusahanya saya, saya telah pergi ke bilik air tersebut dan mengskodeng (melihat melalui celah bahagian bawah pintu) mak saya dan nampak kaki. saya berasa selamat (secure) setelah hanya melihat kaki mak saya melalui celah tersebut. akhirnya, saya akan tertidur di depan pintu bilik air tersebut (bunyi macam comel kan? er. ok. saya perasan).

masa kecik2, saya ingat lagi yang saya memang sangat berusaha gigih dalam mencari makanan. ditakdirkan suatu hari, saya demam. pada tengah malamnya, demam saya sudah kebah (sembuh). oleh kerana saya demam, seharian saya tak makan kerana tiada selera. apabila sudah kebah, saya mula terasa lapar dan mengejut mak saya yang tidur di sebelah. mak saya kata, esok je lah makan sebab mak saya mengantuk dan letih (saya akan ceritakan mengapa mak saya sering letih di lain entri). lalu mak saya menyambung tidurnya. seketika selepas itu, entah macam mana mak saya terjaga dari tidur dan mendapati saya hilang! (ya. sangat saspen!) mak saya mula mencari saya di bilik air, tetapi tiada. kemudian, mak saya turun ke tingkat bawah dan melihat saya sedang makan biskut di meja makan jepun (meja rendah). mak saya sangat sedih melihat keadaan saya yang sangat lapar dan menangis tika tu juga. lalu, mak saya pergi ke dapur dah bancuh air milo untuk saya.


Pikalicious said: banyak sangat cerita yang menarik berlaku dalam life aku tanpa aku sedari. bila aku makan beramai2 dengan famili aku, baru aku tau masa aku kecik2, macam ni rupanya yang berlaku. nanti aku cerita lagi lah kalau aku ada mood. lol~ (kebanyakkan cerita aku telah didengari oleh 3 anak dara serumah ku merangkap kawan baikku. trimas kawan2 kerana sudi dengar dan mereka juga suka bila aku bercerita tentang famili dan life aku masa aku kecik2. :')
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr