tahun 1989.
cukup lengkap keluarga aku 7 beranak (mak, abah, along, bangah, bangdik, akak dan aku). not including my abi.
masa tu kami tinggal di kuantan.
aku tak ingat apa-apa lagi kenangan di kuantan sebab time tu aku masih botak, belum boleh bercakap dan tidak pandai berjalan.
but some of the moments my mak and siblings cerita yang baru aku tahu.
tahun 1994.
ketika tu, aku masih di tadika.
tadika yang sama dengan akak. tadika perpaduan.
mak dan abah ada beli rumah di taman kota permai, area bukit minyak kot. i'm not sure.
rumah teres setingkat, agak besar dan selesa. cuma ada sarang ular senduk dan agak "keras" sedikit.
jiran-jiran kami terdiri daripada cina, india dan melayu.
aku masih ingat jiran yang paling kami rapat adalah auntie puspa, kawan baik mak.
setiap deepavali, mesti pergi rumah beliau.
dan benda paling aku tak boleh lupa adalah anak kepada jiran melayu aku.
aku tak pernah tahu nama dia. sebab aku benci dia.
dah menjadi kebiasaan, aku dan akak main basikal depan rumah petang-petang.
anak kepada jiran aku ni juga menjadi kebiasaan dia untuk main basikal pada waktu kami main basikal.
tapi sibuk nak main dekat-dekat dengan rumah kami.
tahu lah dia ada knee guard, siku guard, helmet bagai. benci aku tengok dia.
kadang-kadang kalau dia tak main basikal pun, dia mandi kolam yang boleh tiup-tiup tu dengan bisingnya. benci. sampai sekarang. haha.
tahun 1997.
abah dinaikkan pangkat dan di-transferkan ke kota kinabalu, sabah.
kami tinggal di rumah teres dua tingkat kat taman asli.
rumah mewah. sebab mara bagi elaun. haha.
time ni aku darjah dua. aku sekolah di sekolah kebangsaan sri gaya. of course, dengan akak.
bangdik dan bangah masa ni dah masuk tingkatan 1 dan bersekolah di maktab sabah. tapi masa darjah 5 dan 6, diorang sekolah yang sama dengan kami juga, iaitu sk sri gaya.
time ni paling aku suka. time ni lah nak merasa dapat nombor 1 secara berturut-turut. kalau boleh masuk laci doraemon, time ni lah yang akan aku pilih. haha.
tapi aku tahu, keseronokan dapat nombor 1 berturut-turut dalam kelas tak dapat menang dengan kesedihan mak dan abah bercerai dengan hadirnya orang ketiga.
time ni aku memang tak rasa sangat kesedihan tu sebab aku masih darjah dua.
hanya mak dan along saja yang rasa.
kerana mulianya hati mak, mak bawa kami berlima tinggal bersamanya ke rumah tok di pulau pinang.
time tu kami susah sangat. rumah takda. kereta lagi lah. mak pergi kerja dengan bas.
bila cuti-cuti, mak sewa kereta dan bawa kami keluar berjalan-jalan sebab kesiankan anak-anak beliau yang menghabiskan cuti-cuti duduk di rumah.
DI SINILAH PENTINGNYA LESEN MEMANDU YA KAWAN-KAWAN!!
bila dah ada duit sikit, mak sewa rumah dalam taman yang sama dengan tok. dan mak beli kereta kancil.
bermula dari sinilah, along, bangah dan bangdik mula masuk asrama.
along masuk mrsm langkawi, dan bangah bangdik masuk sekolah teknik langkawi.
tak hairanlah, aku dan akak sangat rapat.
kebanyakan masa kami tinggal berdua kerana mak kerja dari pagi hingga lewat petang.
tahun 2003.
mak beli rumah di kulim. sebab sewa rumah lama sangat mahal.
mak kata rumah kat kulim murah-murah.
jadi, kami anak-beranak terpaksa pindah rumah. juga pindah sekolah.
kami tak pernah bersekolah di sekolah yang sama lebih daripada 3 tahun.
kami sering berpindah. sebab tu kami takda kawan-kawan rapat dari zaman sekolah dulu.
kalau ada pun, semua dah lupa yang kami pernah bersekolah di sekolah tu. abaikan.
Pikalicious said: penat pula taip banyak-banyak. sambung nanti lah. haha.
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI
5 days ago
bukan snng nak tgok ang taip panjang2 ni
haha
sebenarnya sedih sebab semua dah kahwin dan jarang jumpa.
cuma aku dan akak je belum. hehe.
hanis: nak kata aku pemalas lh tu. ceit.