bila 1 Ramadhan mesti semua orang tawu kan?
cuba sebot 1 Zulhijjah ke, 1 Zulkaedah ke, 1 Safar ke, 1 Rabiulawal ke, 1 Rabiulakhir ke, SUMPAH korang tak tahu! ye. aku tahu sangat.
bila 1 Ramadhan mesti semua orang excited nak puasa kan?
tapi aku minta maaf lah bagi korang yg peod. sila jauhkan diri dari meja orang bersahur n berbuka nanti.
korang akan dikuarantin sebab tak puasa.
tapi bila dah 10 Ramadhan nanti, mesti orang (bukan aku) dah tak excited nak puasa.
time tu ada lah yang nak ponteng.
gastrik, dehydration adalah alasan yang biasa digunakan.
tapi tu semua hal korang dengan Tuhan lah.
aku malas nak amek port.
bila 1 Ramadhan mesti semua orang semangat bangun sahur kan?
sekali kejut je, mesti dah bangun n terus pergi gosok gigi n basuh muka.
ada yang lebih semangat, mandi terus! tapi abi aku mandi sebelum sahur bukan sebab mempunyai semangat yang sama dengan korang. dia nak sembahyang sunat. katanya lebih suci. abi aku memang bagus, tapi anak tiri dia tak. haha.
bila dah gosok gigi, sure korang dah terpacak depan meja makan.
bukan nak tolong mak korang sediakan lauk pauk. ish3.
makan pun mesti banyak kan? maklumlah, tak pernah2 korang bangun sebelum subuh n makan bersama2 famili.
kalau bangun pukul 10 pun dah dikira sangat awal! haha.
kalau dah makan banyak tu, jangan lupa rehatkan perut n sembahyang subuh ye? ;)
bila 1 Ramadhan mesti semua orang suka tengok tv kan?
banyak gila rancangan memasak sempena bulan Ramadhan.
ni 1 hal yang dr dulu aku tak faham.
apa motif korang masak depan aku? apa motif korang buat aku rasa lapar? apa motif korang buat aku rasa dahaga? apa motif korang buat aku rasa macam nak makan? apa motif korang buat aku rasa macam nak bukak peti ais dan meneguk air kosong AIS? apa motif korang? apa motif korang? tanggung lah dosa sebab buat aku ada motif macam2.
tapi tak baik kita fikir macam tu.
orang tu berhati mulia ajar kita masak juadah berbuka, ajar buat kuih raya, ajar cara kita menahan nafsu. haha.
TAPI AKU STILL TAK FAHAM APA MOTIF KORANG!!!
bila 1 Ramadhan mesti semua orang bernafsu besar kan?
tapi ada jugak orang bernafsu besar tiap2 hari. tp aku tak kisah. perut korang, bukan perut aku.
mesti korang dah terfikir2 nak berbuka dengan apa nanti, nak beli kat bazaar ramadhan, nak beli air berbungkus2, kuih muih lagi, "oh ayam goreng, ayam golek" mesti wajib, "nasi tomato ke nasi ayam? ah! beli dua2 lah."
korang nak melantak ke menketedarah ke, sila lah.
tapi terawih jangan lupa ya? oh! maghrib, isya', subuh, zuhur n asar pun jangan lah buat lupa sebab benda tu wajib. :P
bila 1 Ramadhan mesti semua orang semangat nak buat terawih kan?
sebenarnya tak sempat nak buat terawih malam sebelum puasa sebab naik bas balik kedah tiket pukul 9.30 malam. sampai kulim dah pukul 5 pagi. huhu!
"hari ni nak terawih kat surau/masjid lah. sebab dapat MORE!" haha. aku tau sangat.
kalau takde more, takde korang semangat nak pergi kan?
tapi aku tak. sebab selalu rumah aku dah banyak makanan.
tak payah amek makanan masjid. biarlah budak2 je yang berebut2 (ayat poyo).
sebenarnya sebab aku malas nak pergi masjid. haha.
kenapa aku malas? sebab masjid buat 20. kalau buat 8 kat masjid, mesti dipandang slack n tak dapat more sebab balik awal gara2 malu. haha.
tapi kalau buat kat rumah pun, tak salah kan? hehe.
oh lagi satu! kalau pergi masjid nak buat terawih, jaga selipar jepun korang tu taw! sebab time ni lah pencuri selipar nak buat kerja. haih~
walauapapun apa pun yang terjadi, nikmatilah bulan Ramadhan dengan sebaik2nya.
korang pun taw bulan Ramadhan datang sekali dalam setahun je.
sekali setahun lah kita nak bangun sebelum subuh n makan bersama2 famili.
sekali setahun lah kita nak berpuasa wajib bagi orang yang malas berpuasa sunat (bukan aku).
sekali setahun lah kita nak menahan nafsu dari perkara2 yang tak baik (makan, minum, korek2, gosip, menipu, tikam orang dari belakang, fitnah, taboh orang, tengok blue, sepak kucing, pijak lipas dsb. sebab nanti kononnya tak berkat puasa).
sekali setahun lah kita nak tengok rancangan orang buat kuih raya.
sekali setahun lah kita nak rasa suasana bazaar ramadhan.
sekali setahun lah kita nak sembahyang terawih.
sekali setahun lah kita nak makan bubur lambuk.
sekali setahun lah kita nak rasa nikmat makan setelah sehari tak makan.
sekali setahun lah kita nak niat puasa bulan Ramadhan.
sekali setahun lah aku nak post entri pasal bulan Ramadhan. haha.
Pikalicious said: oh lagi 1. sekali dalam seumur hidup lah Izyan Aqilah Abdul Rani nak sambut birthday dia pada 1 Ramadhan. happy birthday sahabat! sayang kamu! moga kamu bahagia n Allah memberkati hidupmu. part domino's jangan lupa ya? haha!
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI
5 days ago
sebenarnya tatawu nak tulis apa utk rasional memilih buku utk redesign.
selamat berpuasa pika. oh, happy birthday yan.
camat berpose shamil.
jangan tinggal pose makan ikan goreng n tempe lak. :P
puasa korang..tengok2x uztazah pika marah.lol
happy fasting pikalicious *larikk
haha. cis! sebot lg pikalicious.
haih~ sebot lh afiqah abdul rashid.
sedap sikit dgr. :P
pika: hehehe..
thanks pikato..
sayang kamu juga..
tapi sayang aku xdpt menikmati 1 ramadhan tu..huh..rugi2.. =)
shamil: thanks shamil..hadiah??
hehehehehe...
same2. nt banje aku domino's ek? :D