..'Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya'..

Posted by : AfiqahAR | 28 February 2010 | Published in



kenapa kau bertanya?
mestilah aku nak jawab dengan jujur.
sebab kanda orang jujur.

ok. mari dengar orang jujur berkata-kata. first sekali, aku tak pernah ada or memiliki kamera. sebab? sebab aku belum jadi jutawan. haha. kalau aku dah ada, takda pekdah aku nak jawab soalan Mr. Superman ni. kenal dia pun tidak.

Mr. Superman juga PATUT (wah! caps dan bold gitew! nasib baik tak italic.) bagi aku kamera digital sebab aku baru belajar basic pasal kamera manual or DSLR masa aku diploma dulu. kalau beliau bagi DSLR memang lah aku tak reti nak guna. dah sah-sah aku pandang kamera tu dalam-dalam. lepas tu, mengeluh. kalau Mr. Superman bagi aku kamera digital, reti lah juga aku guna. at least, picit zoom in, zoom out, snap picture dan tengok gambar. ok lah tu. tapi kalau kau bagi DSLR pun, aku terima juga. aku bersyukur. lepas tu, aku pergi jual.

aku bukan expert photographer or jurugambar tegar yang tangkap gambar pengantin sampai nasi kenduri pun tak sempat rasa, gambar model dalam studio sebab kalau luar studio muka kau macam Nek Nak, gambar lipan berjalan atas daun di mana lipan nampak jelas dan daun nampak kabur or blur, gambar matahari terbit dan terbenam sampai kena bangun sebelum Subuh dan tertinggal solat Subuh sebab matahari dah terbit baru nak snap. tapi teringin nak tangkap gambar muka sendiri tanpa badan sebab kalau nampak badan terus aku delete sebab tak boleh terima kenyataan badan tak kurus, tangkap gambar mamat yang aku minat lepas tu zoom sampai nampak tahi lalat dekat muka dia (comel! haish.), tangkap gambar budak kelas aku yang tidur masa kelas Thomas Hobbs and Encik Nimay Uba, tangkap gambar couple bertiga-tigaan depan rumah aku lepas tu pass kat JAIS. eyh, tak. aku bukan jiran pen-sibuk. aku tak buat kerja-kerja tu... kecuali dibayar.

dah lah. penat menaip. aku sebenarnya nak menaip pasal ketidakpuasan hati sepanjang hari ni. hari ni saja. kalau termasuk kelmarin sehingga minggu lepas, baik aku buat novel. lepas tu jual. dapat royalty. jadi jutawan ke mana tahu? ok. merepek. tapi Mr. Superman, mungkin juga kalau kau bagi aku kamera, boleh buat aku gembira? terus aku tak jadi tulis entri ketidakpuasan hati aku tu. tapi kalau kau tak bagi, mungkin kau akan jadi watak sampingan dalam entri ketidakpuasan hati aku. ok. tak. aku tipu. aku tipu je weyh! serius aku tipu! sila jangan report ISA.

Pikalicious said: I'm entering the kau-bacalah-tajuk-entri-ini-sendiri contest. tak payah baca pun takpe. so that korang tak akan tahu pasal contest ni dan peluang aku untuk menang adalah tebal. taklah. aku tipu. ok, mungkin separa tipu. siapa tak mahu menang, ye tak? baibai!

..Lepak. Makan. Shooping..

Posted by : AfiqahAR | 27 February 2010 | Published in

3 benda aku suka buat.
tapi 3 benda ni lah buat duit aku habis banyak. haha.

semalam baru pergi tengok wayang dengan Faiz, Hanis, Yanto dan Putat (malas nak link).
asalnya nak tengok cerita My Name is Khan sebab Hanis tergedik-gedik nak tengok cerita tu dari cuti Raya Cina hari tu lagi.
so, dah sampai counter TGV Sunway Pyramid, ale-ale panggung tu ada 4 je tempat kosong. sedangkan kitorang berlima.
so, cancel! cansel! haha.
then, Faiz pula nak tengok Valentine's Day. kononnya sebab ada Taylor Swift.
ale-ale seat depan sekali saja ada kosong.
HAMPEH! baik takyah tengok.
last choice adalah Niyang Rapik. so, sla tengok review filem tu kat blog Hanis.
aku tak pandai buat review filem.
habis tengok wayang, Faiz ajak main archery sebab dia kata dah lama sangat dia teringin main benda tu.
aku pun tak pernah main or tahu kewujudan archery tu. sebab baru 3 kali pergi Sunway.
aku sangat hebat man archery. ok. itu je boleh tulis. tak boleh tulis panjang-panjang. nanti ada unsur riak.
maghrib baru sampai rumah and rush untuk pergi dinner Publishing.
the food was good. dan seperti cabutan-cabutan bertuah yang lepas, aku selalu tak bertuah. cam tahi!
balik awal sebab tak ramai pergi dinner tu.
pukul 4 pagi baru tido.


Pikalicious said: nak pergi makan. Yanto dah tunggu. baibai.

..Sibuklah..

Posted by : AfiqahAR | 22 February 2010 | Published in

minggu ni sibuk.
sebab minggu lepas tak sibuk.
sebab dua minggu lepas pun tak sibuk.
sebab baru nak buat kerja yang diberi sejak awal semester. =.="

1. Contemporary Issue
2. Summarize Thomas Hobbs
3. Poster/Banner Event

nampak sikit, tapi cuba kau buat? pfft.


Pikalicious said: tapi kena makan dulu sebelum buat semua kerja.

..Bah! Bah! Bah! Lik!..

Posted by : AfiqahAR | 20 February 2010 | Published in

pejam, celik, pejam, celik, dah hari sabtu.
bencinya! rasa macam sekejap gila!
almost all things I couldn't finished yet.

1. Jumpa the Tembuns
2. Layan ASTRO
3. Karaoke
4. Contemporary Issue
5. Summarize Thomas Hobbs
6. Book Proposal (Encik Jamaluddin)
7. Media Law (ISA & OSA)
8. Photocopying (Editorial Management)
9. Sketching Encik Dean
10. Main game =.="

I've got 3 days to finish some of the assignments before the deadline. or else, I'm dead.


Pikalicious said: selak-selak buku, terjumpa ayat, "Awak, all da bez". thanks to Mr. Anonymous. x)

..Kelantan Best!..

Posted by : AfiqahAR | 19 February 2010 | Published in

semua benda bersebab.
begitu juga dengan tajuk entri aku ni.
takkan lah aku orang Kedah tiba-tiba cakap Kelantan best pula kan?
boleh. tapi nanti orang kampung aku kecik hati. =.="

kenapa aku cakap Kelantan best?
cuba kau pergi Pasar Siti Khadijah. kau tak payah tengok barang-barang. kau tengok orang yang lalu-lalang. yang tengah makan pun kau tengok juga. semua bukan orang Kelantan. semua orang luar. orang luar saja yang banyak menempek kat Pasar tu. sebab apa? sebab Kelantan best.

kenapa aku cakap Kelantan best?
cuba kau pergi Rantau Panjang. tersekat pula dengan traffic jam. sebab banyak sangat kereta. dah tentu-tentu ramai orang. kau tak payah tengok jenama kereta, rim dia cantik ke tak, pemandu dia hensem ke hodoh. kau tengok nombor plat kereta-kereta yang menyemak tu. tak payah susah-susah tengok nombor belakang. kau tengok huruf depan apa? P, K, A kan? kan? ada korang nampak D? ada. memang ada. kalau takda, korang bukan kat Kelantan lah. tapi tak banyak. banyak dari luar. sebab apa? sebab Kelantan best.

kenapa aku cakap Kelantan best?
cuba aku cakap Kelantan tak best, terang-terang aku takkan menang contest ni. haha. aku baru pergi Kelantan sekali saja. kalau aku menang, jadi dua kali. aku tak sure kalau aku letak ini dan ini aku dikira pemenang atau tak. =.="


Pikalicious said: dah pukul 3.20 pagi. kenapa aku masih menaip? sebab aku seorang pelajar. tengok! semua benda ada sebab musabab dia! *emo tibatiba*

..True Meaning of Love..

Posted by : AfiqahAR | | Published in

sejak Valentine's Day pada beberapa hari lepas (Valentine's Day bila eyh? aku tak ingat lah tarikh dia), banyak sungguh entry bloggers post tentang definisi Valentine's Day, kenapa haram sambut, kenapa tak haram sambut, aku suka awek bermata sepet, inner beauty vs outer beauty, lagu cinta yang aku suka, cinta pada mak ayah dan cinta dan cinta.

... tak kurang juga dengan contest. hehe.

yang aku membebel panjang atas tu sebab aku nak bagitau, aku masuk satu contest yang mewajibkan aku tulis ayat ni: "entry ini untuk contest weekend @ sheffield (linkkan weekend @sheffield ke link entry ini".
kalau aku tak letak ayat ni, sah-sah aku tak menang.

true meaning of love? hurm. aku cintan cintun ni takda pengalaman sangat.
aku dok dengar pengalaman orang banyak lah. tapi tak syok lah kalau aku tulis pengalaman orang dalam entry ni. sebab nanti aku ter-menipu pula since watak utama bukan aku. dan aku kena bayar royalti kat diorang pula. =.="

cinta dalam hidup aku ni tak limit. asal aku rasa cinta, aku cinta lah. (ayat apa ini?) first, aku cinta duit. peh! dalam gila cinta aku pada duit. tapi aku senang nak bagi cinta aku kat orang. pagi, aku sarapan, aku bagi cinta kat kakak kafe untuk makaroni dan telur mata. tengahari, aku lunch, aku bagi cinta kat kakak McD untuk ayam goreng spicy, taknak wing, taknak drumstick, tambahan Sundae coklat separuh harga. malam, aku dinner, aku bagi cinta kat abang Vicchuda untuk nasi goreng patayya dan sambal belacan. bak kata orang, aku spread the love around lah. haha.
dan sebab cinta lah aku boleh hidup. chewah! tapi aku tak kisah sangat bagi cinta kat orang lain. sebab cinta tu akan muncul lagi dalam akaun aku tiap-tiap bulan.
kira macam aku dan cinta tak boleh dipisahkan lah.

second, cinta aku pada gadget. dalam banyak-banyak gadget, aku paling cinta Laptop, Handphone dan PSP. cinta aku pada laptop dah berakhir. sebab ada perompak dah jatuh cinta pada laptop aku. pergi rembat laptop aku pula nakharam dajei sungguh! sampai sekarang aku takda pengganti. so, kalau ada laptop yang berminat, sila lah mengorat aku ye? Cik Apple lagi bagus. hehe. sekarang aku pasang skandal je dengan PC lama rumah aku tu. body memang lawa, tapi dalam tak cukup power lah nak pikat aku. kalau ada laptop yang berjaya mengorat aku, aku tinggalkan terus PC tu! betul! tak tipu!
aku cinta handphone aku. tapi aku cepat bosan. sebab? sebab bosan. hari tu aku dah mengorat Abang BB tu, tapi dia tak layan aku. mana dia nak orang belum-jutawan macam aku ni.
aku cinta PSP. tapi PSP tu kawan aku punya. takkan aku nak rampas cinta dia pula kan? aku ada juga mengorat Abang PSP hari tu. guna taktik yang sama masa aku mengorat Abang BB dulu. tapi tak dapat juga. alasan dia bagi sama. sebab aku belum-jutawan kononnya. mungkin aku tak patut spread the love banyak-banyak sangat kot. =.="

dah lah. aku taknak cerita panjang-panjang. kang aku kantoi, semua cinta aku tinggalkan aku. aku takda niat nak pasang banyak. cuma, macam aku cakap, kalau aku dah rasa cinta, aku cinta lah.

...sebab cinta juga lah aku masuk contest ni. ehek?! (^-^)v


Pikalicious said: aku taknak cakap. aku nak menang.

..Oh Assignment Encik Jamaluddin Abdul Rashid Merangkap Abang Longku..

Posted by : AfiqahAR | 18 February 2010 | Published in

dari petang kelmarin.
bawa ke malam.
dari malam semalam.
bawa ke pagi.
dari pagi tadi.
bawa ke petang.
akhirnya, aku berjaya tulis sesuatu.


tulis tajuk. =.="


Pikalicious said: aku tidur kejap. nanti aku fikir content dia pula. baibai.

..Random Thoughts 3..

Posted by : AfiqahAR | 17 February 2010 | Published in

Lokasi: Dalam kereta kancil EX850.
Masa: Memandu.
Syarat: Mood mesti tidak baik punya.

1. kau lembab. sila ke kiri. mungkin kau tak pernah baca signboard "ikut kiri kalau lembab".

2. kereta kau besar. aku tak kagum. sebab signal kau rosak. masuk simpang tak pernah menyala. pergi matilah.

3. double park tak salah. kalau kau tak angkat handbreak. mungkin kau tak reti tolak kereta. sebab tu kau angkat jari tengah pada aku sebab block kereta kau.

4. kau jenguk ke kanan. ada kereta, kau ke kiri balik. kau jenguk ke kanan lagi. tiada kereta. kau ke kiri balik. motif? potong sajalah sial!

5. selalunya orang baik akan ditimpa bencana jika buat hanya sekali kesilapan. tak pergi kelas, ada kuiz. tak pergi kelas, tak masuk suratkhabar. langgar lampu merah, hampir dilanggar motor.

6. rupanya gelap dalam kereta bila drive sorang-sorang waktu malam.

7. tak suka pada penunggang motosikal. maaf.

8. kenapa kalau baru masuk gear 2 kadang-kadang rasa macam naik kuda?

9. kalau ada penumpang dalam kereta, tayar memang akan nampak kembung bahagian bawah eyh?

10. kalau dah nama duduk depan sekali, standby lah siap-siap nak jalan. ni tak. terhegeh-hegeh baru nak masuk gear 1, turunkan handbreak bila dah hijau.


Pikalicious said: aku pemandu yang tak berhemah sangat. aku akan cuba memandu dalam keadaan yang selamat pada masa akan datang. insyaAllah. sebab kalau laju sangat, minyak pun nak jalan laju seiring. =.="

..Aried, Romantik itu bukan MIMPI..

Posted by : AfiqahAR | 16 February 2010 | Published in



betul Aried. romantik itu bukan mimpi, romantik itu geli. bagi aku. haha.
ok, sori. mukadimah terkeluar tajuk. mai aku cerita kisah yang aku rasa romantik. tanpa unsur geli.

1. bila aku tanya bilik pengetua mana kat kau pada hari pertama berjumpa, aku rasa ianya romantik. sebab kau tanya nama aku.
2. bila aku malu nak tegur kau, aku rasa ianya romantik. sebab kau tak pernah miss untuk greet aku dengan perkataan "Hello" ataupun sekadar wave (lambaian tangan).
3. bila aku duduk sebelah kau dalam kelas, aku rasa ianya romantik. sebab aku boleh usyar muka kau tanpa segan silu bila kau tidur masa cikgu mengajar.
4. bila aku kongsi kerusi dengan kau kerana tak cukup kerusi, aku rasa ianya romantik. sebab bontot kau bertemu bontot aku. eyh. tak-tak. kensel2. blog aku umum.
5. bila aku ajak kau ambil cawan untuk minum masa rehat, aku rasa ianya romantik. sebab lepas tu, kau ambil cawan untuk aku, bukannya untuk kau.
6. bila aku tanya sedap tak nasi lemak yang kau makan, aku rasa ianya romantik. sebab lepas tu kau suapkan aku.
7. bila aku tak minta no telefon kau, aku rasa ianya romantik. sebab kau yang minta no telefon aku.
8. bila aku nak balik sekolah naik bas sorang-sorang, aku rasa ianya romantik. sebab lepas tu kau ajak aku balik sekali naik kereta berhawa dingin milik ayah kau.
9. bila aku bahan kau, aku rasa ianya romantik. sebab itu hanya alasan untuk berkomunikasi dengan kau setiap hari.
10. bila aku tengok buku latihan kau, aku rasa ianya romantik. sebab aku dapat selongkar dan tahu kau tu macam mana orangnya. eyh. aku tengok je, tak tiru pun!

bila aku ceritakan semua ni kat kawan aku, dia keluarkan statement, "tolonglah cari orang yang straight. yang jantan sikit!" aku rasa statement dia romantik. sebab kalau aku tak include statement ni, mesti orang tak tahu yang aku suka pada orang yang minat pada jantina sejenis kan?

dan bila aku baca balik entri ni, aku rasa ianya romantik. sebab dia berkelakuan seperti seorang jantan. yang romantik. :)


Pikalicious said: peh! aku sayang dia. lepas ni, korang boleh muntah. sebab aku pun dah rasa mual. ouh, btw, I'm entering kau-baca-tajuk-entri-ni-sendiri contest. seperti biasa, aku sarankan korang tak payah masuk. biar aku saja yang menang. deal?

..Contest: If I Were A Millionnaire..

Posted by : AfiqahAR | 15 February 2010 | Published in

If someone ask me, "If you are a millionaire, what would you do?"
My answer will be:
1. Bantu orang miskin.
2. Beli baju untuk kakak dan abang. asal dorang tunjuk yang mana berkenan, aku belikan.
3. Belanja kawan-kawan makan Baskin tiap-tiap hari.
4. Sign up untuk London Weight Management.
5. Beli buku teks setiap semester. satu kelas aku belanja.
6. Tiap-tiap hari makan Manhattan Fish Market, McD, Secret Recipe (for desert) etc.
7. Pagi di Malaysia, malam di New York, esok pulak di Jepun, lusa baru balik Malaysia sebab ada kelas.
8. Beli kereta paling mahal di dunia.
9. Beli mansion (macam Prof Klon duduk tu).
10. Setiap minggu, tukar handphone, tukar laptop.

...not! kalau aku buat benda di atas, aku akan melingkupkan diri. last-last sekali aku yang bankrupt. terus menagih. terus buat muka kesian, pegang mangkuk tin, duduk tengah-tengah pasar malam.

Actually, I'm a gadget-lover @ kipas susah mati gejet person. Bila aku ada duit yang banyak, first benda yang aku terfikir adalah laptop. Sebab baru-baru ni, aku jadi mangsa rompak, laptop hilang, so, korang kena faham kenapa aku tak bagi duit kat orang miskin. Laptop yang aku teringin nak beli adalah Alienware M17x. sila jangan google. nanti korang terliur, aku yang dosa.

then, aku nak pakai BB. BB tu BlackBerry, bukan Baby Botak. BB nampak esklusif weyh! function terbaik! ok. tipu. sebenarnya, aku tak reti sangat pakai benda alah tu, tapi budak kelas aku ada pakai. nampak kaya weyh! haha. niat tak betul, tapi aku nak pakai juga! kalau aku seorang jutawan lah. standard jutawan lah. takkan nak pakai Sony Ericsson W508 lak kan? hehe.

next, aku nak beli PSP. woh! seriously weyh, aku sangat terpengaruh dengan budak kelas aku lagi sorang ni. dia ada PSP. aduh! serious weyh. kalau aku ada, dah lama aku main game time kelas Thomas Hobbs and Encik Nimay Uba. haha. bosan dowh kelas dorang ni. baik main game. kepuasan tu ada. daripada tidur, ye tak?

I'm done with those gadget. mai nak ceghita pasai benda lain lak yang aku mahu, kesetiaan dan kejujuran, kasih sayang yang tak bersempadan. oh tidak! benda ni tidak boleh dibeli dengan duit. aku teringin nak buat manicure and pedicure. nak buat regularly supaya nanti nak nikah, suami sarung cincin tak tersekat-sekat dengan kekasaran kulit.

aku nak juga naik cruise. macam titanic. titanic? hurm. tak jadilah. kensel2.

aku nak pergi New York Skin Solution boleh? hehe. muka makin lama makin teruk lah. dok harap tempekkan make up saja. kalau make up takda, memang muka aku mirip Nek Nak. ok, maybe tak seteruk itu. nak kuruskan badan, tapi taknak pergi London Weight Management or Slim World. aku nak kurus semulajadi. maybe sign up for gym kot. hehe.

kalau aku banyak duit, mesti tiap-tiap malam aku tak payah garu kepala fikir nak makan mana. kalau silap kedai (Bun-D), dapat makan nasi ciput dengan harga yang mahal dan servis yang teruk. haha. mesti aku dah pergi makan Manhattan Fish Market kat Subang Parade tu ke (sedap woh!). tapi mesti aku pergi sorang-sorang, takda orang nak teman, sebab aku sorang je kaya, kawan-kawan aku tak. belanja dorang? mau botak kepala kalau hari-hari belanja orang! tapi aku boleh lah belanja satu semester sekali. sebab orang kata kalau kedekut, rezeki kena tarik. hehe.

aku akan bagi duit kat mak aku, untuk apa yang dia dah korbankan untuk aku. memang tak terbalas. aku tau. tapi mungkin duit yang aku bagi boleh ringankan beban dia akan datang. kat abah aku juga. ayat propa sangat, tapi ini serius. aku akan bagi. kalau aku jutawan. kalau aku tak jutawan pun, aku bagi. tapi amaun yang aku mampu lah. hehe.

dah lah. malas taip panjang-panjang. aku taip pun bukan korang boleh jadikan aku jutawan pun kan? kalau tengok entry aku yang lepas-lepas pun, semua ciput-ciput. macam nasi goreng luar biasa kat kedai Bun-D. hehe. "puji" lagi. kesian. tapi aku sedar, kalau aku menang contest ni, aku dapat topup woh! siapa nak bagi kau topup RM30 free-free? ado? ado? nan-hado!

Pikalicious said: oh. i'm entering aduka's contest. do u think this entry will win an RM30 topup? i do. haha. korang tak payah join lah. bukan menang sejuta pun. *dengki*

..Jika kau baca ini, maka kau tak payah tanya banyak soalan..

Posted by : AfiqahAR | 01 February 2010 | Published in

aku "bercuti".
blog bakal bersawang.
aku serius.


Pikalicious said: sebab bercuti, duit pun habis. (T-T)
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr