sejak Valentine's Day pada beberapa hari lepas (Valentine's Day bila eyh? aku tak ingat lah tarikh dia), banyak sungguh entry bloggers post tentang definisi Valentine's Day, kenapa haram sambut, kenapa tak haram sambut, aku suka awek bermata sepet, inner beauty vs outer beauty, lagu cinta yang aku suka, cinta pada mak ayah dan cinta dan cinta.
... tak kurang juga dengan contest. hehe.
yang aku membebel panjang atas tu sebab aku nak bagitau, aku masuk satu contest yang mewajibkan aku tulis ayat ni: "entry ini untuk contest weekend @ sheffield (linkkan weekend @sheffield ke link entry ini".
kalau aku tak letak ayat ni, sah-sah aku tak menang.
true meaning of love? hurm. aku cintan cintun ni takda pengalaman sangat.
aku dok dengar pengalaman orang banyak lah. tapi tak syok lah kalau aku tulis pengalaman orang dalam entry ni. sebab nanti aku ter-menipu pula since watak utama bukan aku. dan aku kena bayar royalti kat diorang pula. =.="
cinta dalam hidup aku ni tak limit. asal aku rasa cinta, aku cinta lah. (ayat apa ini?) first, aku cinta duit. peh! dalam gila cinta aku pada duit. tapi aku senang nak bagi cinta aku kat orang. pagi, aku sarapan, aku bagi cinta kat kakak kafe untuk makaroni dan telur mata. tengahari, aku lunch, aku bagi cinta kat kakak McD untuk ayam goreng spicy, taknak wing, taknak drumstick, tambahan Sundae coklat separuh harga. malam, aku dinner, aku bagi cinta kat abang Vicchuda untuk nasi goreng patayya dan sambal belacan. bak kata orang, aku spread the love around lah. haha.
dan sebab cinta lah aku boleh hidup. chewah! tapi aku tak kisah sangat bagi cinta kat orang lain. sebab cinta tu akan muncul lagi dalam akaun aku tiap-tiap bulan.
kira macam aku dan cinta tak boleh dipisahkan lah.
second, cinta aku pada gadget. dalam banyak-banyak gadget, aku paling cinta Laptop, Handphone dan PSP. cinta aku pada laptop dah berakhir. sebab ada perompak dah jatuh cinta pada laptop aku. pergi rembat laptop aku pula nakharam dajei sungguh! sampai sekarang aku takda pengganti. so, kalau ada laptop yang berminat, sila lah mengorat aku ye? Cik Apple lagi bagus. hehe. sekarang aku pasang skandal je dengan PC lama rumah aku tu. body memang lawa, tapi dalam tak cukup power lah nak pikat aku. kalau ada laptop yang berjaya mengorat aku, aku tinggalkan terus PC tu! betul! tak tipu!
aku cinta handphone aku. tapi aku cepat bosan. sebab? sebab bosan. hari tu aku dah mengorat Abang BB tu, tapi dia tak layan aku. mana dia nak orang belum-jutawan macam aku ni.
aku cinta PSP. tapi PSP tu kawan aku punya. takkan aku nak rampas cinta dia pula kan? aku ada juga mengorat Abang PSP hari tu. guna taktik yang sama masa aku mengorat Abang BB dulu. tapi tak dapat juga. alasan dia bagi sama. sebab aku belum-jutawan kononnya. mungkin aku tak patut spread the love banyak-banyak sangat kot. =.="
dah lah. aku taknak cerita panjang-panjang. kang aku kantoi, semua cinta aku tinggalkan aku. aku takda niat nak pasang banyak. cuma, macam aku cakap, kalau aku dah rasa cinta, aku cinta lah.
...sebab cinta juga lah aku masuk contest ni. ehek?! (^-^)v
Pikalicious said: aku taknak cakap. aku nak menang.
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI
1 week ago
macam2 jenis cinta.......
itulah. huhu.
parah dah ni.
dah jatuh cinta, ter-setia lah pulak. =.="
hohoho
okess
da linkkan da
nanti ku buat review ya
;)
wokeh! thanks. x)
hee
da baca abess da
hoho
da buat review
ni link dia
http://joegrimjow.blogspot.com/2010/02/perkenalkan-hakim-contest.html
ok. thanks. x)
keptusan da diumumkan;)
terima kasih sebab join