12hb Julai 2009.
Aku macam biasa lah.
Online: bukak blog, myspace, friendster, tagged, facebook, myfwen, ym n sebagainya.
Then, tiba2 aku dibuzz oleh fyan lantas beliau mengajak aku keluar p OU.
Katanya nak jalan2 n lepak.
Aku pun on lah sebab dah takde buat apa kat rumah ni except online.
Kesimpulannya, hari ni aku jalan2 p OU.
15hb Julai 2009.
Sedapnye dapat tidur setelah kelas pack macam hape ntah.
*Tenettt.. Tenettt.." ada orang call pulak.
Tengok nama, U Kak De. Ok, jawab lah.
"Anti Pika, Anti Pika buat apa?" Kak De.
"Anti Pika tengah tidur lah. ngantok. huhu. kenapa Kak de?" Aku.
"Oh. Kak De nak ajak Anti Pika tengok wayang kat Sunway Piramid. nak ikot tak?" Kak De.
"Er, tengok wayang. Dengan sape?" Aku.
"Dengan Kiya." Kak De.
"Sape Kiya?" Aku.
"Boifren Kak De lah." Kak De.
"Oh. haha. sori tak kenal. huhu." Aku.
"Huhu. Anti Pika ajak lah Yan sekali. kita p 4 orang." Kak De.
"Ok2. nanti Anti Pika mesej Kak De lain ye?" Aku.
Setelah menekan butang End Call, aku pun call yan untuk menyampaikan hasrat Kak De.
Then, Yan setuju. aku pun setuju lah. aku rasa sangat bangga kerana berjaya korbankan waktu tidur aku. Ye, aku suka tido. so?
Kesimpulannya, aku tengok wayang cerita Ice Age 3 3D n membeli 2 pasang sandal untuk ke kelas.
*Oh. Lupa tangkap gambar time ni. haha*
17hb Julai 2009.
Selepas pulang dari kelas, senior aku datang amik.
Then, diorang kata nak keluar makan kat Putrajaya sambil gelak2 ala2 tak serius gitu.
Aku pun no hal lah sebab aku mengikut je. huhu.
So, lepas balik rumah, mandi n ciap2, terus keluar p Plaza PKNS sebab Kak As nak anta barang untuk boifrennya di Jepun. aku pun nak anta dokumen2 untuk pinjaman aku.
Then, kami makan tengahari dekat Ani Sup, SACC Mall.
Sesudahnya makan, terus kami memecut ke Putrajaya untuk bergambar motif utamanya. haha.
Kata orang, ramai filem or drama shoot kat Putrajaya.
So teringin rasanya bagaimana pemandangan Putrajaya tu kerana tak pernah pijak bumi Putrajaya, kami pun mengambil banyak gambar. Sangat cantik! Rasa seperti pelancong. lol~
Kesimpulannya, kami ke Putrajaya dan hanya mampu minum di sana kerana sangat mahal.
18hb Julai 2009.
Bangun seawal 7 pagi untuk bersiap sedia ke Air Terjun Sg. Gabai, Hulu Langat, Selangor.
Antara makanan yang ada seperti bihun goreng, sandwich sardin, keropok corntoz, air kotak dan sebagainya.
Tambah tolak sesat dan mencari Taman Midah, akhirnya kami tiba ke destinasi lebih kurang dalam pukul 11 lebih.
Walaupun baru pukul 11 pagi, orang ramai macam ada perlawanan Manchester United vs Malaysia yang berlangsung di ibu negara beberapa petang semalam.
Parking takde, so terpaksa parking kereta kancil milik Kak Izzah di bahagian bawah kawasan air terjun tersebut.
Lalu kami terpaksa menapak ke atas untuk mendapat port yang sesuai.
Malangnya, aku tak mandi kerana tiada keyakinan diri melihat kakak2 senior tak mandi.
Jadi, aku hanya berendam sahaja bersama Cik Katak yang berwarna seperti batu yang mampu memperbodohkan diri aku yang sedia pandai ni.
Kesimpulannya, makan sangat banyak. Mendaki juga tak kurang banyaknya. Sangat penat dan seronok!
19hb Julai 2009.
Bangun seawal 9 pagi setelah mendapat mesej daripada Ella suruh bangun dan bersiap untuk menonton wayang Harry Potter and The Half-Blood Prince n Skrip 7707.
Dengan semangat, terus bangun, iron baju n tudung, mandi dan mekap.
Perjalanan agak mencabar kerana 1st time ke Jusco Bukit Raja n menaiki bas ke sana dengan mengikut petua daripada senior rumahku.
Tetapi petuanya gagal dilakukan oleh kami kerana agak tidak logik untuk melintas jalan melalui pembahu jalan sebuah highway.
Lalu, kami turun di stesen bas Kelang n mengambil teksi untuk ke Jusco.
Oh, bagi sesiapa yang belum menonton wayang Harry Potter and The Half-Blood Prince, silalah jangan tengok n simpan sedikit kesabaran untuk menontonnya di Astro HBO or Star Movies kerana agak tidak berbaloi untuk menonton wayang untuk filem ini.
Prof Dumbledore mati ok? haha. Sori, tercerita klimaks pulak. xP
Untuk filem Skrip 7707 juga sangat bosan n tidak seram langsung sebaliknya unsur lawak jenaka mampu menghilangkan keseraman filem tersebut.
Kesimpulannya, teksi dari Jusco ke UiTM, Seksyen 2 n 7 berharga RM10 ya? Oh. Takde bas dari Jusco ke Shah Alam melainkan bas ke stesen bas Kelang.
Pikalicious said: This week sangat seronok dan penat! Duit juga banyak habis tapi amat berbaloi untuk menghabiskannya bersama kawan2 tersayang. ;)
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI
5 days ago
roomate ku tuh.
lepak pak li tak ajak.lol
haha.
time tu ur parents dtg lh.
die kate sume housemate kua.
termasuklah shamil, wan n daniel.
*ohh! slu lepak pak li ye? patut r kate shah alam mahal. cubalah p vicchuda. kan murah. xP*
aiyo bz nye duk shah alam.
bz kua jalan2 hehe :P
chendol: huhu. aku ni pantang diajak. mesti nk kua. huhu!