..May-dee-curl Che'-cup..

Posted by : AfiqahAR | 01 July 2009 | Published in

semalam tido pukul 5 pg sebab hari ni kena p buat pemeriksaan kesihatan pd pukul 2 ptg (padahal lupa).
then, td bangun pukul 12.30 tgh hari (yup. lunch time! tp aku breakfast) sebab mak call tanya dh bangun ke belum.
sempat berpesan, jangan lupa jumpa haji rahim (kawan abi aku) or aunty sham (kawan mak aku) kt sana nanti.
minta tolong uruskan pasal pemeriksaan kesihatan yg x buat lg.
lepas dikejut mak, aku kalut2 p iron baju (well.. nama pun artis, kena lah jaga penampilan <-- ayat dibenci ani, zura n ella. lol~) n tudung. dah habis, terus mandi (akak pun baru bangun sebab dipaksa teman oleh adik yg comel).

TING! TONG! (Pukul 2 Petang)
"mak, kami dah kua" klik butang send ke bunda cayunk.
*dari sini ke bintang2. perjalanannya sungguh panjang* berselang-seli dgn vibrate.
mak kata, "ok".

TING! TONG! (Pukul 2.30 Petang)
yeay! dah sampai ke hospital sg. b***p (ex tempat kerja abi aku).
dial no mak utk tanya apa tindakan yg perlu dibuat seterusnya.
"helo mak," -aku.
"helo. ha iqah! dah sampai ke?" -mak.
"dah. lepas jumpa haji rahim, nak cakap apa kt dia mak?" -aku.
"ala. bg je borang laporan kesihatan tu kat dia. pandai2 lah," -mak.
"dia kenal iqah ke?" -aku.
"try call abi. soh abi call haji rahim," -mak.
"ok," -aku.

then, aku call abi aku lak (agak kisah sebenarnya nak call sebab bukan dlm Teman 20. hahahaha!
xpa. pasang niat: call mesti x sampai 1 minit, tapi hajat x sampai sebab abi xangkat telefon. ok, better dr niat aku. lol~)

dengan lajunya, aku ke kaunter pertanyaan pesakit luar sebab sangat panas petang td.
sampai2, aku pun ikot cakap mak: jumpa haji rahim.
"eh, nak buat medical check-up kat sapa2 pun buleh. buat kat pakcik ni nah?" -haji rahim.
all of nurses @ MAs gelakkan aku. hurm. fine. aku ketawa sekali. whatever~
then, aku tunjuk borang n surat tawaran.
"nak buat medical check-up ya?" -pakcik MA.
"aah. tapi dah buat x-ray n urine test hari tu. rini nak ambil laporan keputusan x-ray," -aku.
"laaa.. p amek x-ray dulu. pastu, p check mata kat bilik 12. pastu, baru dtg sini," -pakcik MA (nada hish-menyusahkan-aku-lah-budak-ni kedengaran).
"oh ok. terima kasih," -aku (senyum).
pergi x-ray punya tempat pulak.
then, amek x-ray punya keputusan n patah balik ke bilik 12 untuk check mata.

"ya dik. nak buat apa?" -nurse 1.
"nak check mata. utk medical check-up. amik nombor kat sini ka?" -aku.
"aah. masuk2. amik nombor kat sana (sambil tunjuk kt nurse 2)" -nurse 1.
"ok. terima kasih," -aku.

* * * * *

"saya nak amik nombor," -aku.
(diam sambil menggaris2 dalam buku log beliau. -nurse 2.
(tunggu dengan sabar). -aku.

30 SAAT BERLALU..

"mai borang," -nurse 2.
(bagi borang). -aku.
"tunggu kat luaq," -nurse 2.
"ok" (mula berjalan nak p ke luar). -aku.
"tunggu2," -nurse 2.
(berhenti berjalan n tunggu di situ). -aku.
"tunggu kat luaq! tunggu kat luaq!" (nada ank-tak-reti-bahasa-ka-budak? kedengaran). -nurse 2.
"er.. ok" (bodoh kau!! cakap putar belit!!). -aku.

* * * * *

aku merungut kat kakak aku yg sedang tunggu di luar bilik 12.
cerita apa yang terjadi dalam bilik 12 tadi.
"bodohnye!" -akak aku.
"tu lah. bodoh kan?" (kesabaran dah semakin tipis). -aku.


10 MINIT BERLALU...


"Afiqah.." -nurse 1.
aku pun masuk dalam bilik 12 kembali dan menjalankan pemeriksaan mata.
selepas selesai, aku n akak bergegas ke kaunter pertanyaan pesakit luar semula utk berjumpa dengan Pakcik MA.


"pakcik, dah habis buat dah," -aku.
(membelek semua dokumen2..) -Pakcik MA.
"ok. tunggu depan ni nah? satgi bila doktor panggil masuk, masuk nah?" -Pakcik MA.
"depan ni? xda nombor ka?" -aku.
"xyah amik nombor. tunggu ja. nanti dia panggil," -Pakcik MA.
"oh ok2. terima kasih," -aku.


kami pun tunggu lah seiring seduduk dengan pesakit2 lain.
dari pandangan aku, aku ada lah nampak 2 3 kumpulan yg aku agak sedang buat pemeriksaan kesihatan gak.
antara kumpulan2 yg sedang menunggu, aku konfiden yg aku adalah yg paling awal yg datang.


tiba2, ada seorang makcik di kaunter pendaftaran (sebelah kaunter pertanyaan pesakit luar) panggil aku.
aku pun p lah. dah orang panggil.
"afiqah, anak wan 'aini kan?" -makcik.
"ya, saya," -aku.
"kenai makcik x?" -makcik.
"er. xknai lah. sapa ek?" -aku.
"ala.. xknai ka? ni kawan baik mak ni," -makcik.
(tiba2 teringat mak pesan soh jumpa haji rahim atau aunty sham.. aunty sham..kot?) makcik sham ek?" -aku.
"ha! kenai pun. ingat xkenai td," -makcik sham.
sebenarnya aku x kenai pun dia. cuma teringat kata2 mak aku awal pagi td.
so, aku teka ja lh. haha!


TING! TONG! (Pukul 4.30 Petang)
sedang menunggu.. menunggu dengan tidak sabar.
kalau ada hospital berdekatan yg lain, dah lama aku cabut. (mcm dalam game Theme Hospital)
* * * * *
"nor hisyam.." -nurse 3.
(tergamam! er bodoh lah kau!! aku datang dulu dari mamat ni kot?! aku baru nak check mata, dia baru nak buat x-ray. aku dah habis check mata, dia baru nk p check mata. apa ampa mmg x ikot giliran kah buta?!) -aku.
memang darah aku menyirap tahap gaban ah masa tu.
aku memang x boleh marah+geram sangat.
nanti aku akan... nanti... aku akan.. nanti aku.. akan... nanti aku akan... MENANGIS!!

aku segera bawa kua hp sony ericson k700i n dial no mak aku.
"mak.. x boleh ke buat kat klinik?" -aku.
"mana boleh. kena buat kat hospital. kenapa?" -mak.
"diorang ni x adil lah mak. iqah sampai dulu dari budak depan iqah ni. tp nama dia kena panggil dulu. benci lah iqah mak," -aku.
"xpa lh. sabar ja lh. satgi dia panggil lah tu. cuba call abi. suruh dia minta tolong kawan2 dia tengok2kan," -mak.
"ye lah," -aku.
kali ni dah x kisah pasal kredit aku. kena call abi jugak!

"assalammualaikum. dah habis dah?" -abi.
"waalaikummussalam. x abis lagi. nurse tu panggil budak depan iqah ni dulu padahal iqah datang dulu," -aku.
"eh mana aci macam tu! nak kena diorang ni. hurm. xpa lah. tunggu ja lah. nanti kalau apa2 call abi balik," -abi.
"ok," -aku.
then, baru nama aku dipanggil.
nasib baik kau panggil nama aku. kalau x...
"iqah, tengok tu: adakah anda mempunyai masalah dengan perkhidmatan kami? jom kita call. kita call pengarah terus! haha," -akak.


Pikalicious said: balik terus makan KFC. n abiskan duit beli gincu nude gold kat avon. another gincu... (T-T)

(6) Comments

  1. Namhkir said...

    HAHAHAHA....
    sighhh.
    speechless

    July 2, 2009 at 1:56 AM
  2. Pikato ezorA said...

    u xbc lh 2.
    skrol down n comment.
    cbb 2 speechless.
    lol~

    July 2, 2009 at 2:09 AM
  3. hans said...

    gila lembab hospital tu...
    aku teman am ari tu senang ja
    am rabun pun nurse tu tulis mata dia ok...
    hahaha
    lain kali usaha sendiri
    jgn pakai orang dalam

    July 2, 2009 at 2:50 PM
  4. Pikato ezorA said...

    oi2.
    aku usaha sendiri lah tu.
    apa kena mengena gn org dlm?
    time tu aku n akak aku ja kot.
    mana ada sapa tolong.
    hosp tu mmg teruk.

    July 2, 2009 at 3:22 PM
  5. DicKiE aDaMs said...

    haha pdn muke rick pecah lubang!

    haha

    erm ko nak wat kat sepital pesal! kehun!

    aku wat kt klinik xsmpai 30 min.. byr 65 je.. huhu

    July 2, 2009 at 5:19 PM
  6. Pikato ezorA said...

    mak aku xbg.
    soh wt kt hosp tu jugak.
    aku lah yg menanggungnya.
    xpe lh.
    aku xbyr sesen pn.
    huhuhu~

    July 2, 2009 at 9:06 PM
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr