betul Aried. romantik itu bukan mimpi, romantik itu geli. bagi aku. haha.
ok, sori. mukadimah terkeluar tajuk. mai aku cerita kisah yang aku rasa romantik. tanpa unsur geli.
1. bila aku
tanya bilik pengetua mana kat kau pada hari pertama berjumpa, aku rasa ianya romantik. sebab kau tanya nama aku.
2. bila aku
malu nak tegur kau, aku rasa ianya romantik. sebab kau tak pernah miss untuk greet aku dengan perkataan "Hello" ataupun sekadar wave (lambaian tangan).
3. bila aku
duduk sebelah kau dalam kelas, aku rasa ianya romantik. sebab aku boleh usyar muka kau tanpa segan silu bila kau tidur masa cikgu mengajar.
4. bila aku
kongsi kerusi dengan kau kerana tak cukup kerusi, aku rasa ianya romantik. sebab bontot kau bertemu bontot aku. eyh. tak-tak. kensel2. blog aku umum.
5. bila aku
ajak kau ambil cawan untuk minum masa rehat, aku rasa ianya romantik. sebab lepas tu, kau ambil cawan untuk aku, bukannya untuk kau.
6. bila aku
tanya sedap tak nasi lemak yang kau makan, aku rasa ianya romantik. sebab lepas tu kau suapkan aku.
7. bila aku
tak minta no telefon kau, aku rasa ianya romantik. sebab kau yang minta no telefon aku.
8. bila aku nak balik sekolah
naik bas sorang-sorang, aku rasa ianya romantik. sebab lepas tu kau ajak aku balik sekali naik kereta berhawa dingin milik ayah kau.
9. bila aku
bahan kau, aku rasa ianya romantik. sebab itu hanya alasan untuk berkomunikasi dengan kau setiap hari.
10. bila aku
tengok buku latihan kau, aku rasa ianya romantik. sebab aku dapat selongkar dan tahu kau tu macam mana orangnya. eyh. aku tengok je, tak tiru pun!
bila aku
ceritakan semua ni kat kawan aku, dia keluarkan statement, "tolonglah cari orang yang straight. yang jantan sikit!" aku rasa statement dia romantik. sebab kalau aku tak include statement ni, mesti orang tak tahu yang aku suka pada orang yang minat pada jantina sejenis kan?
dan bila aku
baca balik entri ni, aku rasa ianya romantik. sebab dia berkelakuan seperti seorang jantan. yang romantik. :)
Pikalicious said: peh! aku sayang dia. lepas ni, korang boleh muntah. sebab aku pun dah rasa mual. ouh, btw, I'm entering kau-baca-tajuk-entri-ni-sendiri contest. seperti biasa, aku sarankan korang tak payah masuk. biar aku saja yang menang. deal?
tergendala lagi entri ketidakpuasan hati aku.
last-last, aku dah tak larat nak menaip. =.="
hahahahahah
aku tahu siapa orangnya
diam lah gila!
hahahaha.
aku mana bising pun
hahaha
I like no.4! Hahaha! Adoi..skt pwot gelak!
hanis: ok2. maintain sengap gitu. haha.
farah: haha. bab2 lucah suka ank noh!