Hi creatures.
Semalam aku agak emo dan update kemarahan.
Hari ni aku update entri mengenang jasa pula. :)
Mak aku dah banyak berkorban demi anak-anak. Dia adalah mak yang terbaik di dunia.
Sejak mak dan abah bercerai, mak amek semua anak-anak bawah jagaan dia. Seorang pun abah aku tak amek. Masa kecik-kecik aku tak faham itu semua. Aku ingat mak jahat sebab nak pisahkan abah dan aku. Sebab masa aku kecik-kecik dulu aku paling rapat dengan abah. Semua salah yang aku buat, orang lain yang kena tali pinggang. HAHA.
Dulu tiap-tiap hari aku menangis macam orang putus cinta. Ok betullah putus cinta aku pada abah. Sebab mak bawa kami tinggal di rumah tok since mak tak mampu lagi untuk menyewa rumah. Gaji mak sepenuhnya diberikan kepada abah masa diorang masih bersama dulu. So mak takde saving.
Bila mak ada kursus kat mana-mana, mak tak pernah lupa bawa balik buah tangan kat aku dan Amalina since kami paling kecik dalam keluarga. Selalunya, mak ada outstation kat Langkawi. So mak bawa balik coklat dan teddy bear. Penuh teddy bear atas almari bilik aku tu. Aku rasa macam nak wakafkan pada si botak-si botak tapi sayang sebab mak bagi.
Bila ada duit lebih, mak sewa kereta dan bawa kami pergi jalan-jalan. Eyh, eyh macam pernah sebut saja pasal ni dalam entri yang lepas-lepas. Tapi tak salah kalau sekadar nak mengenang jasa mak.
Lepas SPM, mak dapat transfer ke IKM Balik Pulau. Kat sana takde apa. Siaran TV pun tak dapat. Laptop takde. Lesen takde. Kereta lagilah. Tiap-tiap hari kami merungut. Biasalah. Budak-budak memang mengada sikit. So mak beli ASTRO. Itulah kali pertama aku merasa pakai ASTRO.
Dah masuk Diploma, laptop yang along aku bagi rosak dan tak boleh masuk software-software design. Kebetulan, mak dapat saguhati RM1000 bekerja dengan MARA selama 25 tahun. Mak bagi aku semua duit saguhati tu untuk beli laptop. Satu sen pun dia tak merasa. Tapi laptop tu dah dicuri. Sedih. Sia-sia duit mak.
Kalau nak cerita pasal jasa mak, sangat banyak. Yang lain, biarlah aku saja yang tahu. Biasalah, kalau kita tengah marah, kita tak nampak jasa-jasa mak kan? Tapi bila hati dah tenang, kita berfikir secara positif, barulah kita sedar yang mak dah banyak berkorban untuk anak-anaknya. I LOVE U, MAK. :)
Bye creatures.
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI
5 days ago
Semua yang berlaku ada hikmahnya. :)
saya sayang mak saya jugak..:)
kim salam kat mak hg noh..
kata ella comel kim salam
:))
HAHA.
dia dah tidoq.
tengoklah esok kalau aku ingat.
kirim salam kat mak ank jugak.
kata DIVA PIKA SUCI kirim salam. HAHA.
sedih lah!
apa yang sedihnya? =.="
mak ayah ang bercerai?
yg aku jumpa abi ang tu>?
sapa plak?
aku tak faham
sila story di ym
Sis.. ^__^ im glad sis mengenang jasa mak sis... the best entry yang aiz pernah baca... the best entry cuz u wrote it with heart.. ^__^
hanis: kan dah stolly molly hari tu? =.="
aiz: tengs aiz. :)