..'Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya'..

Posted by : AfiqahAR | 28 February 2010 | Published in



kenapa kau bertanya?
mestilah aku nak jawab dengan jujur.
sebab kanda orang jujur.

ok. mari dengar orang jujur berkata-kata. first sekali, aku tak pernah ada or memiliki kamera. sebab? sebab aku belum jadi jutawan. haha. kalau aku dah ada, takda pekdah aku nak jawab soalan Mr. Superman ni. kenal dia pun tidak.

Mr. Superman juga PATUT (wah! caps dan bold gitew! nasib baik tak italic.) bagi aku kamera digital sebab aku baru belajar basic pasal kamera manual or DSLR masa aku diploma dulu. kalau beliau bagi DSLR memang lah aku tak reti nak guna. dah sah-sah aku pandang kamera tu dalam-dalam. lepas tu, mengeluh. kalau Mr. Superman bagi aku kamera digital, reti lah juga aku guna. at least, picit zoom in, zoom out, snap picture dan tengok gambar. ok lah tu. tapi kalau kau bagi DSLR pun, aku terima juga. aku bersyukur. lepas tu, aku pergi jual.

aku bukan expert photographer or jurugambar tegar yang tangkap gambar pengantin sampai nasi kenduri pun tak sempat rasa, gambar model dalam studio sebab kalau luar studio muka kau macam Nek Nak, gambar lipan berjalan atas daun di mana lipan nampak jelas dan daun nampak kabur or blur, gambar matahari terbit dan terbenam sampai kena bangun sebelum Subuh dan tertinggal solat Subuh sebab matahari dah terbit baru nak snap. tapi teringin nak tangkap gambar muka sendiri tanpa badan sebab kalau nampak badan terus aku delete sebab tak boleh terima kenyataan badan tak kurus, tangkap gambar mamat yang aku minat lepas tu zoom sampai nampak tahi lalat dekat muka dia (comel! haish.), tangkap gambar budak kelas aku yang tidur masa kelas Thomas Hobbs and Encik Nimay Uba, tangkap gambar couple bertiga-tigaan depan rumah aku lepas tu pass kat JAIS. eyh, tak. aku bukan jiran pen-sibuk. aku tak buat kerja-kerja tu... kecuali dibayar.

dah lah. penat menaip. aku sebenarnya nak menaip pasal ketidakpuasan hati sepanjang hari ni. hari ni saja. kalau termasuk kelmarin sehingga minggu lepas, baik aku buat novel. lepas tu jual. dapat royalty. jadi jutawan ke mana tahu? ok. merepek. tapi Mr. Superman, mungkin juga kalau kau bagi aku kamera, boleh buat aku gembira? terus aku tak jadi tulis entri ketidakpuasan hati aku tu. tapi kalau kau tak bagi, mungkin kau akan jadi watak sampingan dalam entri ketidakpuasan hati aku. ok. tak. aku tipu. aku tipu je weyh! serius aku tipu! sila jangan report ISA.

Pikalicious said: I'm entering the kau-bacalah-tajuk-entri-ini-sendiri contest. tak payah baca pun takpe. so that korang tak akan tahu pasal contest ni dan peluang aku untuk menang adalah tebal. taklah. aku tipu. ok, mungkin separa tipu. siapa tak mahu menang, ye tak? baibai!

(12) Comments

  1. AfiqahAR said...

    aku pun nak buat contest lah.
    "kenapa aku gewdik sangat kebelakangan ni masuk segala contest?" tak payah masuk lah contest ni. sebab jawapannya aku dengki tengok kawan aku menang RM100 lepas tu taknak belanja aku tengok wayang My Name is Khan.

    February 16, 2010 at 11:13 PM
  2. hans said...

    hahahahhaa
    semoga menang
    lepas nih leh pinjam snap pic makanan

    February 16, 2010 at 11:53 PM
  3. AfiqahAR said...

    haha.
    nak buat apa?
    masuk dalam rancangan jalan-jalan menketedarah ank tu? haha.

    February 17, 2010 at 1:42 AM
  4. Anonymous

    moga menang!

    February 18, 2010 at 11:19 AM
  5. AfiqahAR said...

    thanks ghostone! x)

    February 18, 2010 at 11:23 AM
  6. fara said...

    wow! menang camera!
    Gudlak k!

    :)

    February 18, 2010 at 2:23 PM
  7. AfiqahAR said...

    wow! kalau menang!
    tq btw miss independent! x)

    February 18, 2010 at 2:27 PM
  8. Cikgu Dahlia said...

    all th best!!

    nnti sis buat contest, leh laa pika join gak..hee

    pika try gi fcucommunity.net sana banyak iklankan contest2 yang ade...
    dah join gengblogger.com lum? sana pun leh cr pasal contest montest ni )

    February 18, 2010 at 5:47 PM
  9. hans said...

    xsia2 promote
    blog ang dah ramai

    February 18, 2010 at 5:48 PM
  10. AfiqahAR said...

    dahlia: ouh. belum. sy xtaw sgt psl alam blog ni. tau menaip je. huhu. oki2. nt sy usyar. thanks sis! x)

    hanis: haha. nt banja aku!

    February 18, 2010 at 7:59 PM
  11. joegrimjow said... February 19, 2010 at 7:22 AM
  12. AfiqahAR said...

    sy dh join.
    x pasan ke? =.="

    February 19, 2010 at 1:51 PM
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr