..Family..

Posted by : AfiqahAR | 28 December 2009 | Published in

tahun 1989.
cukup lengkap keluarga aku 7 beranak (mak, abah, along, bangah, bangdik, akak dan aku). not including my abi.
masa tu kami tinggal di kuantan.
aku tak ingat apa-apa lagi kenangan di kuantan sebab time tu aku masih botak, belum boleh bercakap dan tidak pandai berjalan.
but some of the moments my mak and siblings cerita yang baru aku tahu.

tahun 1994.
ketika tu, aku masih di tadika.
tadika yang sama dengan akak. tadika perpaduan.
mak dan abah ada beli rumah di taman kota permai, area bukit minyak kot. i'm not sure.
rumah teres setingkat, agak besar dan selesa. cuma ada sarang ular senduk dan agak "keras" sedikit.
jiran-jiran kami terdiri daripada cina, india dan melayu.
aku masih ingat jiran yang paling kami rapat adalah auntie puspa, kawan baik mak.
setiap deepavali, mesti pergi rumah beliau.
dan benda paling aku tak boleh lupa adalah anak kepada jiran melayu aku.
aku tak pernah tahu nama dia. sebab aku benci dia.
dah menjadi kebiasaan, aku dan akak main basikal depan rumah petang-petang.
anak kepada jiran aku ni juga menjadi kebiasaan dia untuk main basikal pada waktu kami main basikal.
tapi sibuk nak main dekat-dekat dengan rumah kami.
tahu lah dia ada knee guard, siku guard, helmet bagai. benci aku tengok dia.
kadang-kadang kalau dia tak main basikal pun, dia mandi kolam yang boleh tiup-tiup tu dengan bisingnya. benci. sampai sekarang. haha.

tahun 1997.
abah dinaikkan pangkat dan di-transferkan ke kota kinabalu, sabah.
kami tinggal di rumah teres dua tingkat kat taman asli.
rumah mewah. sebab mara bagi elaun. haha.
time ni aku darjah dua. aku sekolah di sekolah kebangsaan sri gaya. of course, dengan akak.
bangdik dan bangah masa ni dah masuk tingkatan 1 dan bersekolah di maktab sabah. tapi masa darjah 5 dan 6, diorang sekolah yang sama dengan kami juga, iaitu sk sri gaya.
time ni paling aku suka. time ni lah nak merasa dapat nombor 1 secara berturut-turut. kalau boleh masuk laci doraemon, time ni lah yang akan aku pilih. haha.
tapi aku tahu, keseronokan dapat nombor 1 berturut-turut dalam kelas tak dapat menang dengan kesedihan mak dan abah bercerai dengan hadirnya orang ketiga.
time ni aku memang tak rasa sangat kesedihan tu sebab aku masih darjah dua.
hanya mak dan along saja yang rasa.
kerana mulianya hati mak, mak bawa kami berlima tinggal bersamanya ke rumah tok di pulau pinang.
time tu kami susah sangat. rumah takda. kereta lagi lah. mak pergi kerja dengan bas.
bila cuti-cuti, mak sewa kereta dan bawa kami keluar berjalan-jalan sebab kesiankan anak-anak beliau yang menghabiskan cuti-cuti duduk di rumah.
DI SINILAH PENTINGNYA LESEN MEMANDU YA KAWAN-KAWAN!!
bila dah ada duit sikit, mak sewa rumah dalam taman yang sama dengan tok. dan mak beli kereta kancil.
bermula dari sinilah, along, bangah dan bangdik mula masuk asrama.
along masuk mrsm langkawi, dan bangah bangdik masuk sekolah teknik langkawi.
tak hairanlah, aku dan akak sangat rapat.
kebanyakan masa kami tinggal berdua kerana mak kerja dari pagi hingga lewat petang.

tahun 2003.
mak beli rumah di kulim. sebab sewa rumah lama sangat mahal.
mak kata rumah kat kulim murah-murah.
jadi, kami anak-beranak terpaksa pindah rumah. juga pindah sekolah.
kami tak pernah bersekolah di sekolah yang sama lebih daripada 3 tahun.
kami sering berpindah. sebab tu kami takda kawan-kawan rapat dari zaman sekolah dulu.
kalau ada pun, semua dah lupa yang kami pernah bersekolah di sekolah tu. abaikan.


Pikalicious said: penat pula taip banyak-banyak. sambung nanti lah. haha.

..Karnival Iktiraf..

Posted by : AfiqahAR | 20 December 2009 | Published in

on 16th December 2009, aku dan Zura pergi berdaftar untuk menjadi sukarelawan di Karnival Iktiraf anjuran UiTM Shah Alam dan FELDA.
karnival ni khas untuk warga FELDA. dan of course, semua ucapan, semua nak puji warga FELDA saja. warga UiTM?! hampeh!

on the 1st day actually dah rasa menyesal dan nak balik.
aku tahu Zura pun rasa macam tu. haha.
normal for people like us yang tak pernah join aktiviti-aktiviti sukarela ni.
kalau ada pun, aktiviti-aktiviti TIDAK sukarela. hihi.
dalam hati tertanya-tanya, siapa lah yang nak jadi sukarela buat kerja-kerja bagai. entah-entah kitorang dua saja yang semangat.
tapi kitorang silap. ramai gila yang semangat berkobar-kobar nak jadi sukarela. around 200 people tak silap aku. fuhhh! (tapi budak MassComm boleh dikira dengan jari. well.. *keningkening*)

1st day sampai, kitorang tidur di Kolej Anggerik.
sangat best ok kolej ini! bilik besar. bilik air juga besar. cuma tilam saja keras sikit.
so agak tak nyenyak aku tidur malam tu.
Zura pun ada dengar "suara" aku panggil nama dia tengah-tengah malam. tapi hakikatnya, aku tak panggil dia pun.
biasalah kena kacau di tempat baru.

2nd day kena berpindah ke Mawar.
dari Anggerik, JALAN KAKI ke Mawar. memang kami banyak berjalan di sana. since kami takda transport. kesian bukan? takpa lah. pengalaman semua tu.
kat Mawar, kami dapat bilik paling hujung dan paling dekat dengan dewan makan. itu penting. haha.

kitorang ditugaskan under Biro Tahlil (dengan gaya berdoa Nabila- hanya Faiz saja reti buat. haha) dan Astro Awani.
asalnya aku dapat Biro Keselamatan dan Zura pula takda nama dalam senarai biro-biro.
so, bila refer pada urusetia, diorang letakkan Zura under Biro Tahlil (random).
aku minta supaya Zura dimasukkan under Biro Keselamatan, tapi kakak tu kata tak boleh sebab Biro Keselamatan perempuan dah banyak. diorang cari sukarelawan lelaki.
dengan "sukarela"nya, aku minta supaya digugurkan daripada Biro Keselamatan dan masuklah Biro Tahlil bersama-sama Zura.

aktiviti-aktiviti yang kitorang buat taklah banyak sangat berbanding dengan biro-biro yang lain.
antara aktiviti-aktiviti yang Biro Tahlil buat adalah seperti pasang tag-tag peserta dan urusetia, menghadiri konvensyen bersama-sama warga FELDA, mengedarkan Yassin pada peserta-peserta, mengawasi jemaah-jemaah ketika solat berjemaah, gulung-gulung dan angkat-angkat tikar, lipat sejadah, edarkan roti-roti dan air-air kotak dan sebagainya.

and another best moment that I had time menjadi sukarelawan tu is aku dapat ramai kawan baru. yang pentingnya, kawan dari faculty lain.
ya lah. sejak keluar dari Lendu, kawan-kawan adalah among budak-budak faculty sendiri saja.
among people that I know daripada Karnival Iktiraf itu adalah Alya dan Nabila (our 1st day's roommates), Salwa, Lin, Biah, Myza, Syu, Kak Najwa, Mashi, Toha, Yati, Nieza, Gg, Daus, Asyraf dan lain-lain (sorry kalau tak sebut nama. bukan tak ingat, tapi tak sempat berkenalan dengan korang. huhu).


Pikalicious said: half of me want to join OM5, but half of me just tak sanggup since aku tak puas lagi menikmati cuti. haha. kepada korang, ada jodoh, kita jumpa lagi ye? x)

..Lately, aku mula menyukai buah..

Posted by : AfiqahAR | 07 December 2009 | Published in

dua buah yang menarik perhatian aku sejak kebelakangan ni adalah: Apple dan Berry.

bukan sebab aku diet.
bukan sebab aku mengamalkan pemakanan sihat.
bukan sebab aku ada masalah lawas.
bukan sebab aku dah takda duit nak beli makanan ruji.
bukan sebab semua di atas.

sebabnya.. sebabnya..

Apple sangat semat-dowh dia punya design! lagilagi yang kaler pink. peh! tak tidur malam aku fikir buah ni.
Berry pula akan menampakkan aku macam orang kaya dan boleh aku tweet menggunakan TwitterBerry apabila dalam kelas ataupun di mana saja.


Pikalicious said: kalau korang kawan aku, sila belikan aku untuk birthday aku yang ke-21 pada 20hb April 2010. terima kasih.

..13 going 30..

Posted by : AfiqahAR | 04 December 2009 | Published in

firstly, I'm going to post this in English as it's been quite a long time I don't post in English.
secondly, I'm not going to post about the film as people already knew about the plot and the romantic-ness of the story. *winkwink*

the film reminds me of my past.
where I made "mistakes", but I know, nothing in this world will able to change that.

back in year 2001.
when I was young.
when I was 12.
when I was in Form 1.
when I studied at High School Bukit Mertajam.
when I was in the same class with him.

at first I thought he was Muslim.
when our class teacher asked to introduce ourselves, he told us that his name was Shaun P.
i was a little bit frustrated (because I started to fall for him on the first sight).
his first introduction had made me laugh.
he's a funny guy. I like funny guys since I'm not.

in class, he sat far from my seat (3 rows gap I think).
I sat at the front beside the class door.
it was easy to watch him entered and went out class. lol.

I am a good peep-er. seriously, I am really good at it.
he would never know that I crushed on him.

at one time, he sat at the last back row.
it was really hard to peek on him.
but I had a good Chinese friend, sat right behind me.
so, you guys know what I did to keep looking at him. lol.

at one time, he sat right behind me (at my best buddie's place).
I experienced goosebumps, butterflies in my stomach.
I could not sit properly.
guess what I felt that time?
over-EXCITED and over-ANNOYED.
why? let me tell you one secret.

when I fall for someone, I don't like him to be around or near me.
but I craved to look at him from far.
and if I'm really comfortable with one guy, I don't have any heart feeling on him.
it's just a friendship.
when I fall for someone, I hardly stare into his eyes when talk to him.
or worst, I will never talk to him or approach him.
I will wait forever until he approach me first.

.... and that was the "mistake" I made when I was in Form 2.

back in year 2002.
when I was young.
when I was 13.
when I was in Form 2.
when I studied at High School Bukit Mertajam.
when I was not in the same class with him.

he was in the second class.
he was good in school. I like intelligent guys since I'm not.
I was in the third class.
our classes were next to each other.
unfortunately, we never combined class since the second class combined with the first and the third combined with the fourth.

when we were in Form 2, I noticed he started to realize my existence.
sometimes, his friends would make fun on him when I passed by.
sometimes, he stared at me when I ate at the canteen.
sometimes, he looked at the surau on Friday when Muslim guys went to mosque to do the prayer.
sometimes, he passed by my class and looked in.
sometimes, he looked at me before went into the school van when school finished.

.... but I will never forget the two best two days that had happened in my life.

Day 1st:
the bell rang.
everybody rushed out of class.
I was a little bit slow since I had a tie-the string-first-then-join-the-clip bag (I tried Google it but fail).
when I finished pack up, I went out and walked along the corridor when suddenly I saw him.
I saw him, standing at the end of the corridor, right besides the stairs (my class was in the 3rd floor).
as I wrote earlier, I pretended not to see him and started to walk down the stairs.
unexpectedly, he followed me walked down the stairs.
once again, I felt over-EXCITED and over-ANNOYED.
I slowed down my pace, he slowed down.
I fastened my pace, he fastened.
and lastly, I walked down as fast as I could and he gave up.
I succeeded to pass him. congratulate me for that.
and we had not talk along walking down the stairs.
double congratulate me.

Day 2nd (the next day):
the bell rang.
everybody rushed out of class.
I was a little bit slow since I had a tie-the string-first-then-join-the-clip bag (I tried Google it but fail).
I noticed someone passed my class.
I glanced outside.
it was him.
he went to the left side of the corridor (from my class view).
after finished pack up, I went to the right side of the corridor.
once again, as I wrote earlier, I love to watch him from far.
when I reached the stairs, I glanced back to check whether he was there, on the other side of corridor, or not.
he was. and he was walking toward me (or precisely, toward my side).
as I saw him, I started to walk away. fast. like I did yesterday.
yes. triple congratulate me.

the moral of the story is when you have the chance to do what you intended, just do.
because, we will never turn back time.
when we are 20, we will never going 13.


Pikalicious said: there is someone I crush right now. there is someone that replaces Shaun P. the feelings are same with the feelings towards Shaun P. and I still do the "mistakes". because I never think I am pretty. I think I am hideous. people do not like hideous thing. and to him, please change my principle. thanks. x)

..Korban Yok!..

Posted by : AfiqahAR | 28 November 2009 | Published in

hari ni hari raya aidiladha.
semua umat Islam sambut. termasuklah aku dan keluarga.

pagi-pagi lagi mak aku dah kejut suruh bangun sebab nak pergi beraya kat rumah tok aku dulu.
since tahun ni semua anak-anak dia tak balik, plus dia masak sangat banyak (entah kenapa), mak aku sebagai anak yang tinggal berdekatan ada lah inisiatif nak balik beraya kat sana.
kesian aku tengok tok aku. semua taknak balik.
dah jadi kebiasaan keluarga aku yang wajib balik pada setiap perayaan (yang kami sambut).

dalam pukul 11 kami pun sampai lah kat rumah tok (bukan jauh sangat pun. bertolak dalam pukul 10 lebih, sebab tu lambat sampai).
selang beberapa minit, keluarga Cik Mah (adik mak aku) pun datang.
dia pun dok dekat ja. cuma jarang balik sebab suami dia macam tak suka datang rumah tok aku.
dia lebih suka pergi rumah mak dia. begitu juga dengan anak dia (sebaya aku) yang juga berperangai pelik seperti abah dia (tak suka datang rumah tok. eyh! sedar sikit. dia tok kau juga! jangan nak kerek sangat!)
cuma Cik Mah dan adik minah kerek ni ja yang berperangai normal.
hati memang panas tengok perangai anak beranak yang abahnya tak sabar-sabar nak balik. nak sembahyang Jumaat kat tempat dia lah (padahal time tu dah pukul 12) dan si anak yang sibuk bermesej-mesejan (hp aku lagi canggih lah!) hingga tak reti-reti nak salam orang. haish.
bila mereka dah balik, memang aman.
at least, mata aku tak semak!

selepas bangdik selesai sembahyang Jumaat, kami pun keluar sekejap untuk beli bahan-bahan untuk hantaran bangah aku yang bakal berkahwin hujung bulan 12 nanti (insyaAllah).
sungguh penat tak payah nak cakap lah. dah lah bershopping pakai baju kurung. masuk pulak kedai pengantin yang kecil sebab ingatkan bahan-bahan kat sana murah.
tapi hampeh! mahal juga. "ini ar? sepuluh ringgit. itu ar? sepuluh ringgit. i bagi diskaun lah, lapan ringgit," macam hampeh ja aunty ni.
aku rasa patut aunty ni letak sign board depan kedai dia "Kedai RM10". tak payah kami masuk sebab dah tahu semua barang dia rm10. memang hampeh!

selesai shopping dalam pukul 5. singgah rumah tok sekejap dan terus balik kulim.
hari ni, taman aku belum lagi buat upacara korban.
dijadualkan keesokkan harinya baru nak korban (28hb November 2009).
dalam pukul 9 malam tadi, kakak aku dikejutkan oleh mak aku bahawa dia dah daftarkan nama kakak aku untuk pegang tali pada upacara korban esok.
menangis-nangis dia taknak. aku pun taknak kalau diikutkan hati. ngeri beb!
kalau terdetik hati kesian kat lembu tu, memang haram kita makan daging dia.
itu apa yang aku dengar lah.
dalam hidup aku, cukuplah aku pernah tengok sekali ja. time tu korban kat rumah tok aku.
walauapapun, aku harap kakak aku tak kena pegang tali esok sebab pegang tali hanya Sunnat (abi aku cakap).
kalau kakak aku kena esok, maknanya, AKU AKAN KENA TAHUN DEPAN! haish. (T-T)
minta-minta benda ini takkan berlaku. amin!

walaupun dah terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua tak kira di mana korang sambut.
terus terang aku cakap, sambutan famili aku tak berapa meriah kalau hari raya korban. huhu.
apa yang aku dengar, orang pantai timur lah yang sambut meriah, lebih daripada raya aidilfitri. betul kan? ke aku salah? biarlah. aku dengar orang cakap. bukan aku yang cakap.


Pikalicious said: bila mahu kerja part time ni? arghhhhhhhhhhhhhhhh! (agak-agak siapa nak terima aku bekerja? muka aku bukan muka rezeki. dah nasib badan. haish.)

..Mary Shaw, Frankeinstein, Jackson Curtis..

Posted by : AfiqahAR | 17 November 2009 | Published in

Beware the stare of Mary Shaw
She had no children only dolls
And if you see her in your dreams
You must not scream
For she is taking revenge upon all
Who had silenced her and made her fall
Sending out 101 dolls to rip out their tongues
So none of them will utter a single word again
Beady little eyes, turning every way you go
Leave them in the dark and you never know
Forever they wil place you down, in eternal sleep
With a picture of horror, your own blood will seep
And gone forever, she will take
All your loved ones and family
Beware of Mary Shaw
She's very angry
And whatever you do, don't appear scared
For she will murder you and leave your blood there
Her ghost is kept inside one doll
Dug from her grave, you will lose it all
Just don't say her name
Don't ask her why
She'll take your loved ones and she won't cry
Beware of the stare of Mary Shaw
Her spirit lives on


Pikalicious said: 3 movies in a week i watched- Dead Silence (2007), Death Race (2008) and 2012 (2009). all of them are marvelous! meletop2! haish. cuti sem ini sangat seronok!

..Dah Rindu..

Posted by : AfiqahAR | 15 November 2009 | Published in

haish.
baru balik, dah rindu kat kawan-kawan.
sebab?
excited sangat nak balik, tapi bila balik, things happen. sigh.
then terus teringat kawan-kawan yang tak berapa nak comel di Shit Alam itu. haish.

bila dah rindu, mula lah nak cerita pasal kawan-kawan saya.
but for this time being, saya mahu cerita pasal kawan-kawan yang saya kenali di Lendu suatu ketika dahulu. *senyum*

ingat lagi.
1st class diploma dulu adalah kelas BEL101 with Mr. Basyir.
saya taknak cerita pasal Mr. Basyir sebab dia bukan kawan saya, dia lecturer saya yang sangat baik. selalu tanya khabar saya. juga bagi saya markah banyak-banyak-banyak.
eh eh. tercerita pasal Mr. Basyir pulak.
dalam kelas tu, saya tak pernah nampak pun muka mereka masa MMS (Minggu Mesra Siswa/Siswi).
so, saya agak cool & steady di situ.
berjalan-jalan masuk ke kelas kat DM (Dewan Makan) sebelah D'Ehsan tiba-tiba ada seorang perempuan tegur saya.
dia lah Che Wan Nurul Ain Shuhada Che Wan Razlan. orang pertama yang saya kenali dalam kelas DMC1B.
saya sebenarnya agak kekok nak berkawan dengan dia since dia agak vouge di situ memakai baju kebaya purple dan berkasut tumit tinggi. ye lah. sebelum ni saya sekolah kampung. takde kawan yang free hair dan bergaya seperti beliau.
kami duduk di belakang sekali. tak sure kenapa. maybe masuk lambat.

bila Mr. Basyir suruh perkenalkan nama, saya notice ada dua orang pelajar, lelaki dan perempuan, duduk berdua time tu di meja depan saya.
di sini saya agak kekok jugak sebab saya sekolah kampung. duduk dengan perempuan je. tak pernah duduk dengan laki. so bila nampak situasi macam tu, rasa lain macam sikit.
si perempuan perkenalkan nama. "Assalammualaikum. My name is Zurashida Muhammad." diteruskan dengan si lelaki yang berbadan gempal & ketot.
bergaya dengan spek mata dan memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Nasrul Faiz Abu Azal serta memberitahu yang dia dan si perempuan dari sekolah yang sama.

setelah sesi perkenalan selesai, semua masih duduk di kelas.
Faiz sangat ramah. bertanyakan aku dari mana. aku pun menjelaskan aku dari Kulim.
lepas tu, dia cakap, "Dari Kulim? ni dari Perlis," sambil menuding jari ke arah seorang perempuan berbaju kurung depan meja beliau. namanya Juliana Yahya.

keesokan harinya, ada kelas CTU with Ustaz Hayyun (kegemaran semua orang) di kelas bawah blok B (sekarang dah jadi bilik). Ustaz Hayyun menugaskan pelajar-pelajarnya supaya form satu group untuk group assignment seramai 9-10 orang (kalau tak silap aku). aku dan Ain mendiamkan diri since kami hanya kenal antara satu sama lain.
kemudian, Mariani Ali dan Nor Fazellah Che Husain menepuk belakang kami bertanyakan kami dah ada group ke tak.
selepas itu, kami mengajak Julia, Zura dan Faiz. diikuti pula dengan Nor Reymy Salikin. sudah lapan orang semuanya.
kami ternampak seorang perempuan duduk di depan aku berseorangan tanpa menoleh atau bercakap apa-apa mengenai group assignment ni.
lalu, kami pun mengajak Ezzati Mohd Esah sebagai pelengkap orang yang ke-9 dalam group tersebut. dengan secara tidak sengaja juga, Faiz telah menamakan kami sebagai "Whatever".

bermula dari tindakan yang tak disengajakan, persahabatan kami makin lama makin akrab.
tetapi, persahabatan tu tak kekal lama. persahabatan tu hanya bertahan sehingga Part 5. sebab? nanti lah aku cerita.

special kat sini aku dedikasi kat korang berlapan 1st expression aku pada korang dulu. haha. tapi ekspresi ni just aku rasa masa aku tengok korang mula-mula dulu. mungkin sekarang tidak. mungkin juga ya. biarlah aku je yang tahu ye? x)
1. Che Wan Nurul Ain Shuhada Che Wan Razlan: ain cantik, tinggi, kurus, hot, bergaya. ramah dan baik.
2. Zurashida Muhammad: kau sombong. kau taknak cakap dengan orang lain selain drpd faiz. mentang-mentanglah dari sekolah yang sama.
3. Mohd Nasrul Faiz Abu Azal: kau sangat lawak! aku paling suka lawak kau berbunyi- "Pika, cantik kau hari ni. Macam Emylia Rosnaida..... punya orang gaji!" dan kau juga sangat ramah. ouh! aku juga ingat kau rabun.
4. Juliana Yahya: ank peramah. ank suka suruh aku, Ella or Mariani beli breakfast untuk ank kat Intekma bila kelas Ustaz Hayyun. kononnya, blok kami dekat dgn Intekma.
5. Mariani Ali: kau sangat peramah. lawak gila. plus, kau tak munasabah orangnya. baru kenal aku, dah terjah bilik aku tanpa ketuk pintu sebab nak ajak pergi tengok jadual waktu dengan Hadi (Samdu) dan Ella pukul 12 tgh malam merentasi tasik!
6. Nor Fazellah Che Husain: aku rasa paling senang bergaul dengan ank. since kita boleh cakap utara. tapi aku tak tahan perangai ank yang suka pasang skandal sangat banyak dan akhirnya mengadu kat aku dalam kelas Ustaz Hayyun.
7. Nor Reymy Salikin: aku tak tahu kalau-kalau aku pernah ada 1st expression pada kau. takde kot.
8. Ezzati Mohd Esah: kau sangat periang dan baik. masa mula-mula kenal aku, kau dah peluk aku. aku agak kekok di situ.

haish. pengalaman dengan korang berlapan sangat banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak!
ouh. lupa. "Whatever" ada pertambahan ahli apabila seorang daripada kami berpacaran (wah. berpacaran. couple dalam bahasa omputeh) dengan seorang budak kelas yang juga menjadikannya sebahagian daripada kenangan "Whatever". nanti aku cerita lagi. baibai.


Pikalicious: aku malas nak upload gambar since ada kenangan yang telah aku delete. maafkan aku. sebahagiannya sangat menyakitkan hati. tapi aku tetap ingat "Whatever" sampai mati.

37+25+8+30=100!

Posted by : AfiqahAR | 13 November 2009 | Published in

yeay!
ini post yg ke-100!
yang tu je nak bagitau.

ouh! lagi satu.
esok pagi aku balik kulim.
yeay! baibai shit alam.
u will miss me. i know.
nanti aku pikir-pikir balik ye nak datang ke tak sem depan.


Pikalicious said: mesti korang suke layout baru aku kan? hahahaha. semua orang sukaaaaaaaaaaaaaaa (kecuali Shamil)! haha.

..Random Thoughts..

Posted by : AfiqahAR | 10 November 2009 | Published in

Lokasi: di mana-mana.
Masa: pada bila-bila.
Syarat: tak memikirkan benda yang penting.

1. Manusia tak malu ke mandi atau berak dalam bilik air yang ada serangga seperti labah-labah atau lipas?

2. Labah-labah tu pikir apa ek bila tengok manusia buat aktiviti-aktiviti tu?

3. Apa jadi kat semut lepas kena flush hidup-hidup? atau hanyut dalam air sebab kena jirus dengan aku?

4. Kenapa nyamuk gigit aku walaupun dah nampak kawan dia dah mati kena tampar?

5. Labah-labah takde aktiviti lain ke selain cari makan, buat sarang dan sebagainya? main Internet ke misalnya. pergi sekolah ke.

6. Labah-labah yang ada dalam bilik air aku tu tak teringin ke nak pergi luar negara dan jumpa labah-labah jenis lain seperti tarantula misalnya? paling kuat pun pergi rumah sebelah ke.

7. Tarzan (lelaki beruk) yang takde tamadun, tak faham bahasa, cakap bahasa beruk tu, wujud tak?

8. dekat facebook tu, betul ke yang tu page zayed khan?

9. apa perasaan artis ek kalau takde orang komen status kat facebook, blog, twitter dan sebagainya? padahal fan sampai beribu.

10. ada tak orang yang popular dari golongan tak berduit, atau dalam bahasa kasarnya, miskin?


Pikalicious said: kadang-kadang aku pikir pasal benda-benda yang berkaitan dengan Agama jugak. tapi taknak pikir atau soal dalam-dalam. takut aku murtad. haha. baibai.

..Main Hoon Na..

Posted by : AfiqahAR | 08 November 2009 | Published in

Kiska hai yeh tumko intezaar main hoon na
Dekhlo idhar to ek baar
main hoon na
Khamosh kyu ho jo bhi kehna hai kaho
Dil chahe jitna pyar utna maanglo..ho..
Tumko milega utna pyar
main hoon na..

Kehne ki ho dil me koi baat mujhse kaho
Koi pal ho din ho ya ho raat mujhse kaho
Koi mushkil koi pareshaani aaye
Tumhe lage kuch theek nahi haalaat mujhse kaho
Koi ho tamanna ya ho koi aarzoo(2)
Ho..rehna kabhi na bekaraar
main hoon na..


Pikalicious said: .... (main hoon na)

..Sudah Mati. Baibai..

Posted by : AfiqahAR | 08 October 2009 | Published in

(baca tajuk sudah tahu mana aku pergi)


Pikalicious mengucap.

..Susahnya Hidup Tanpa Duit..

Posted by : AfiqahAR | 30 September 2009 | Published in

susahnya hidup tanpa duit.
hari-hari menangis.
sebab takde duit nak bayar kereta tiap2 bulan+duit minyak.
macam mana nak beli makanan kalau senior aku dah takde next semester nanti.

susahnya hidup tanpa duit.
hari-hari menangis.
sebab takde duit nak bayar kereta tiap2 bulan+duit minyak.
macam mana nak pergi klinik kalau sakit tengah2 malam.

susahnya hidup tanpa duit.
hari-hari menangis.
sebab takde duit nak bayar kereta tiap2 bulan+duit minyak.
tiap2 hari kena berhadapan dengan bas yang lambat+sikit macam hanjeng dan taknak berhenti walaupun bas bukannya penuh pun. *siyes aku doa PEMANDU bas yang buat taik macam ni takkan selamat hidup dia dunia akhirat*

susahnya hidup tanpa duit.
hari-hari menangis.
sebab takde duit nak beli printer.
nak print assignment pun susah.

susahnya hidup tanpa duit.
hari-hari menangis.
sebab takde duit nak bayar kereta tiap2 bulan+duit minyak.
nak print assignment kat cc pun payah. apatah lagi nak bind.

susahnya hidup tanpa duit.
hari-hari menangis.
sebab takde duit nak bayar kereta tiap2 bulan+duit minyak.
MACAM MANA NAK PERGI BELI PRINTER NI KALAU TAKDE KERETA?


Pikalicious said: hidup aku semester ni banyak sangat susahkan orang, terutamanya kau. aku minta maaf weh. budi kau aku takkan lupe. sampai mati. :'(

..This is My Raya Entry Post..

Posted by : AfiqahAR | 18 September 2009 | Published in

raya is going to come lagi 2 hari.
walaupun kena tengok anak bulan, tapi kalendar tak pernah silap. haha.

anyway, i'm f*cking busy for this raya (in fact, EVERY raya) and i decided to post about raya 2 days early.

lazimnya, tiap2 hari raya, my family will preparing this.
1. ketupat petak2 (i'm not sure whether it's called ketupat daun palas or what):
this is the most i-suka-to-do every raya ok! anyam2 ketupat, then bila nak masukkan beras, semua pakat2 lari sebab malas. haha. masuk2kan beras is not my thing. but amalina's (sebab dipaksa oleh mak sebab dia sorang ja tak pandai anyam.lol~). tapi, setiap tahun lah susah sangat nak dapatkan this daun. haih~ this year takde daun. so, i'm starting to count days for next raya. i'm counting..

2. lemang:
selalunya tak pernah bakar pun. kami membelinya di luar. tapi wajib ada lah sebab kegemaran semua. nanti menangis lak pagi raya nanti.

3. rendang ayam & daging:
biasanya, mak suka buat rendang daging sebab daging takkan hancur but ayam did. kalau hari raya pertama tu, nampak lah figure ayam yang sebenar. tapi dah masuk raya ketiga, keempat.. bla bla bla.. keenam dan ketujuh, dah tak rupa ayam dah. haha. sebab tu mak suka buat rendang daging (repetition. oh saya pelajar bagus, wahai cik lan.)

4. kuah kacang:
KUAH KACANG MAK ADALAH YANG TERBAIK! untuk dimakan bersama2 ketupat. nyum! nyum!

5. ketupat pulut:
or lebih dikenali dengan nama ketupat tiga segi. haha. this ketupat selalunya mak akan tempah pada jiran sebab mak sorang ja reti buat. semua orang tak reti. haha. "ha! ni jantan. cara betina lain pulak," kata my mak. ye lah mak. tak reti jugak. jantan ke betina ke. (T-T)

6. kuih raya:
YEAY! THIS IS THE MOST F*CKING LETIH TIME TAW!! sebenarnya seronok bila dah nampak depan mata hasilnya, tapi proses membuat? masyaAllah, banyak leceh lah! tiap2 hari raya, kuih yang wajib my family buat adalah london almond, crystal ball (kuih suji), coklat chip dan semperit (samperit or whatever they call it). but my favourite, mestilah coklat chip n crystal ball. jangan harap korang dapat rasa sebab dah habis dulu sebelum aku bawa balik shah alam nanti! haha.


Well, those are benda2 wajib yang akan dilakukan tiap2 hari raya. benda2 tak wajib pula atau lebih kepada sunat muakkad (sesuki) adalah seperti membeli baju raya, kasut raya, tukar langsir, tukar karpet dan sebagainya (tak boleh nak fikir sebab tengah fikir nak blend cili lepas ni).

Benda2 yang tak wajib aku buat a.k.a tak perlu buat dan tidak akan dibuat adalah seperti memasang pelita di keliling rumah (sebab rumah terlalu kecil dan tiada ruang untuk menggantung pelita), main mercun @ bunga api @ meriam buluh (aku rasa semua orang tahu kenapa aku selalu maki budak2 main mercun kat bawah flat 57 tu kan? sebab aku tak pernah diajar main mercun. kenapa mak orang lain tak seperti mak aku???!!!) dan bersalam2an dengan abah (kerana berada di Sabah. i really miss u. really. miss. u), arwah wan, arwah atok dan nenek (kerana sudah meninggal sejak aku kecil. beraya bersama arwah atok dan nenek adalah hari raya yang paling best dan TAKKAN aku lupakan. never.)


Pikalicious said: my raya selalunya takkan lengkap because of those things. macam mana dengan raya orang lain? i hope u guys have the happiest raya ever for each year! :)

Pikalicious wish: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN. JEMPUT DATANG KE RUMAH (tapi call dulu ye? hihi.)

..Puh-Liss..

Posted by : AfiqahAR | 13 September 2009 | Published in

nak lagu baru! nak lagu baru!
playlist dah berhabuk+dah uzur.
nak lagu baru! nak lagu baru!
any suggestions?


Pikalicious said: counting days for raya. started to miss my family and how kuih raya tastes. :)

..Malang Memang Takde Bau..

Posted by : AfiqahAR | 09 September 2009 | Published in

ni book jacket yang dihantar minggu lepas (front page)


(back cover)


bende ni buat aku tak tido malam. benci sungguh! minx2 cik lan xpasan. haih~


nasib baik gambar author comey. hihi. :) (ok. aku ngaku. ni kerja photoshop. pftt..)


"nk kuey teow sup tanak sayur+taugeh ek?" ni lah habuan. bangang punya abg penjual sup2 di sek 7!


ni bukan bulan. ni habuan drpd nyamuk yg sungguh banyak malam td. haram jaddah!


tak puasa pun bibir kering. heran2.


kalau aku lapar, aku cenderung untuk melukis gmbr mknn. (abaikan gmbr tahi di sebelah)


baru kena maki dengan beliau. "This is ridiculous!" kalau tak tahu cerita, tolong senyap ye!


dan ini.... sibuk sangat cerita politik.


Pikalicious said: bila nak raya ni? ish3.

..2 Tembuns in My Life..

Posted by : AfiqahAR | 05 September 2009 | Published in

now (left), a month ago (right)


haih~
dah tembun anak buah aku lagi sorang ni.
lama gila tak jumpa.
balik kulim minggu lepas, aku paksa abg dik aku turun kulim juga.
bukan rindu kat abg dik mahupun kak ipar.
tapi rindu SI TEMBUN ni!!

aku ingat lagi.
dulu, kalau angkat dia sangat ringan.
sekarang dah 6 kg (macam berat beras.lol).
tapi takpe. moksu tetap sayang kamu. ;)


dah ghupe moksu die dah.lol!


Pikalicious said: oh btw, alesya dah boleh meniarap. maybe sebab perut dah makin besar+kuat. hihi. omedeto gozaimasu! ;)

..Putrajaya, I'm in Love..

Posted by : AfiqahAR | 29 August 2009 | Published in

minggu ni cuti 4 hari tapi tak balik.
sebab minggu lepas dah balik n duit dah semakin kering kerana ke-BelomMasuk-an pinjaman.
saja bagitau. takde kena mengena dengan tajuk.

putrajaya sangat cantik ok?!
especially waktu malam.
haih~ jiwa kacau betul.
building die? tiptop! masjid? tiptop! pengcahayaan? tiptop! scenary? tiptop! pemandu? macam haram!
oh btw, terawih kat masjid besi sangat panas ok!
sebab open air dan takde air-con.
tapi selesa sebab besar (tak ramai orang pergi sebenarnya. tapi orang buat 8 ramai! haha).


Pikalicious said: gambar? aduh! laptop dlm wad lh. so, xle nak bluetooth gambar lagi since guna pc senior. nanti dah ok, i'll put them in Fb ok? yes people! my FB account has been activated again by the FB team! thanks! tapi dah tak boleh active sangat dah. fobia.

..Sial kan?..

Posted by : AfiqahAR | 25 August 2009 | Published in

4 RAMADHAN
bangun seawal 5 pagi. sahur maggi.
then tido balik.

bangun 6.20 pagi. bersiap ke kelas.

off to bus stand 7 pagi.

naik bas 7.10 pagi.

tunggu (kelas dibuka) kat cafe macam orang bodoh seorang diri 7.30 pagi.

naik tingkat 1 dan lihat pintu Lab A1 tak bukak lagi.
lepak kat bench depan lif 8 pagi.

masuk kelas 8.20 pagi.
bukak facebook. bukak design. design dikutuk.

shamil dapat panggilan dr ENCIK ZUL pukul 8.50 pagi.
ngong ngeng ngong ngeng ngong ngeng..
"Kelas BATAL," shamil kata.
dalam hati rasa nak mencarut bagai.
nasib baik 4 Ramadhan aku mampu berpuasa.

tunggu di bus stand depan fac pukul 9.01 pagi.

kaleh2 dah ada bas 604 datang.
naik bas ke rumah. rasa nak mencarut dah kurang.

sampai di rumah, text fizi suruh datang sebab laptop dah nazak.
tunggu fizi sambil online FB pukul 9.20 pagi.

dapat panggilan dari fizi pukul 10 pagi.
lepak bawah flat sambil tunggu fizi proses laptop aku.
sempat cilok software free.

bateri laptop dah nazak sebab lupa nak cas sambil tunggu laptop di-defrag pukul 10.30 pagi.
halau fizi balik sebab dia tak siap design cik lan yg kena submit petang ni.

masuk rumah, hati berbunga buka FB dan....

macam haram jaddah kan?
tiba2 teringat ayat shamil: alhamdulillah. Tuhan tu adil.
ya. aku doakan FB lingkup.


Pikalicious said: ...........*mencarut*

..Salam Ramadhan..

Posted by : AfiqahAR | 22 August 2009 | Published in

bila 1 Ramadhan mesti semua orang tawu kan?
cuba sebot 1 Zulhijjah ke, 1 Zulkaedah ke, 1 Safar ke, 1 Rabiulawal ke, 1 Rabiulakhir ke, SUMPAH korang tak tahu! ye. aku tahu sangat.

bila 1 Ramadhan mesti semua orang excited nak puasa kan?
tapi aku minta maaf lah bagi korang yg peod. sila jauhkan diri dari meja orang bersahur n berbuka nanti.
korang akan dikuarantin sebab tak puasa.
tapi bila dah 10 Ramadhan nanti, mesti orang (bukan aku) dah tak excited nak puasa.
time tu ada lah yang nak ponteng.
gastrik, dehydration adalah alasan yang biasa digunakan.
tapi tu semua hal korang dengan Tuhan lah.
aku malas nak amek port.

bila 1 Ramadhan mesti semua orang semangat bangun sahur kan?
sekali kejut je, mesti dah bangun n terus pergi gosok gigi n basuh muka.
ada yang lebih semangat, mandi terus! tapi abi aku mandi sebelum sahur bukan sebab mempunyai semangat yang sama dengan korang. dia nak sembahyang sunat. katanya lebih suci. abi aku memang bagus, tapi anak tiri dia tak. haha.
bila dah gosok gigi, sure korang dah terpacak depan meja makan.
bukan nak tolong mak korang sediakan lauk pauk. ish3.
makan pun mesti banyak kan? maklumlah, tak pernah2 korang bangun sebelum subuh n makan bersama2 famili.
kalau bangun pukul 10 pun dah dikira sangat awal! haha.
kalau dah makan banyak tu, jangan lupa rehatkan perut n sembahyang subuh ye? ;)

bila 1 Ramadhan mesti semua orang suka tengok tv kan?
banyak gila rancangan memasak sempena bulan Ramadhan.
ni 1 hal yang dr dulu aku tak faham.
apa motif korang masak depan aku? apa motif korang buat aku rasa lapar? apa motif korang buat aku rasa dahaga? apa motif korang buat aku rasa macam nak makan? apa motif korang buat aku rasa macam nak bukak peti ais dan meneguk air kosong AIS? apa motif korang? apa motif korang? tanggung lah dosa sebab buat aku ada motif macam2.
tapi tak baik kita fikir macam tu.
orang tu berhati mulia ajar kita masak juadah berbuka, ajar buat kuih raya, ajar cara kita menahan nafsu. haha.
TAPI AKU STILL TAK FAHAM APA MOTIF KORANG!!!

bila 1 Ramadhan mesti semua orang bernafsu besar kan?
tapi ada jugak orang bernafsu besar tiap2 hari. tp aku tak kisah. perut korang, bukan perut aku.
mesti korang dah terfikir2 nak berbuka dengan apa nanti, nak beli kat bazaar ramadhan, nak beli air berbungkus2, kuih muih lagi, "oh ayam goreng, ayam golek" mesti wajib, "nasi tomato ke nasi ayam? ah! beli dua2 lah."
korang nak melantak ke menketedarah ke, sila lah.
tapi terawih jangan lupa ya? oh! maghrib, isya', subuh, zuhur n asar pun jangan lah buat lupa sebab benda tu wajib. :P

bila 1 Ramadhan mesti semua orang semangat nak buat terawih kan?
sebenarnya tak sempat nak buat terawih malam sebelum puasa sebab naik bas balik kedah tiket pukul 9.30 malam. sampai kulim dah pukul 5 pagi. huhu!
"hari ni nak terawih kat surau/masjid lah. sebab dapat MORE!" haha. aku tau sangat.
kalau takde more, takde korang semangat nak pergi kan?
tapi aku tak. sebab selalu rumah aku dah banyak makanan.
tak payah amek makanan masjid. biarlah budak2 je yang berebut2 (ayat poyo).
sebenarnya sebab aku malas nak pergi masjid. haha.
kenapa aku malas? sebab masjid buat 20. kalau buat 8 kat masjid, mesti dipandang slack n tak dapat more sebab balik awal gara2 malu. haha.
tapi kalau buat kat rumah pun, tak salah kan? hehe.
oh lagi satu! kalau pergi masjid nak buat terawih, jaga selipar jepun korang tu taw! sebab time ni lah pencuri selipar nak buat kerja. haih~

walauapapun apa pun yang terjadi, nikmatilah bulan Ramadhan dengan sebaik2nya.
korang pun taw bulan Ramadhan datang sekali dalam setahun je.
sekali setahun lah kita nak bangun sebelum subuh n makan bersama2 famili.
sekali setahun lah kita nak berpuasa wajib bagi orang yang malas berpuasa sunat (bukan aku).
sekali setahun lah kita nak menahan nafsu dari perkara2 yang tak baik (makan, minum, korek2, gosip, menipu, tikam orang dari belakang, fitnah, taboh orang, tengok blue, sepak kucing, pijak lipas dsb. sebab nanti kononnya tak berkat puasa).
sekali setahun lah kita nak tengok rancangan orang buat kuih raya.
sekali setahun lah kita nak rasa suasana bazaar ramadhan.
sekali setahun lah kita nak sembahyang terawih.
sekali setahun lah kita nak makan bubur lambuk.
sekali setahun lah kita nak rasa nikmat makan setelah sehari tak makan.
sekali setahun lah kita nak niat puasa bulan Ramadhan.
sekali setahun lah aku nak post entri pasal bulan Ramadhan. haha.


Pikalicious said: oh lagi 1. sekali dalam seumur hidup lah Izyan Aqilah Abdul Rani nak sambut birthday dia pada 1 Ramadhan. happy birthday sahabat! sayang kamu! moga kamu bahagia n Allah memberkati hidupmu. part domino's jangan lupa ya? haha!

..Best, Tapi..

Posted by : AfiqahAR | 17 August 2009 | Published in

Minat kat orang memang best.
Boleh jadi stalker.
Especially stalk blog dia.
Boleh tawu current situation dia.

Minat kat orang memang best.
Boleh jadi stalker.
Especially stalk diri dia.
Boleh tawu cara dia.

Minat kat orang memang best.
Boleh jadi stalker.
Especially orang yang dekat dengan kita.
Boleh tengok dia selalu.

Minat kat orang memang best.
Boleh jadi stalker.
Especially bila dah jadi kawan.
Boleh cakap dengan dia tanpa segan.

Tapi..

Jadi tak best kalau dia tak suka kat kita.

Jadi tak best kalau dia suka orang lain.

Jadi tak best kalau dia tak faham yang kita suka dia.


Pikalicious said: kalau aku minat kat orang, mesti jadi macam ni. nak jadi terminator lah. arnold takde perasaan pun.

..Akak Tolong Baca Entri Ni..

Posted by : AfiqahAR | 07 August 2009 | Published in

akak, iqah nak minta maaf banyak2 sebab dah wat akak camtu.
tolong jangan benci iqah.
iqah janji tak buat lagi.
iqah janji tak buat lagi.
IQAH JANJI TAK BUAT LAGI.
tolong jangan benci iqah.
iqah sayang sangat kat akak.
iqah sedih sangat bila akak kata macam tu.
tapi memang salah iqah sebab pentingkan diri sendiri.
iqah nak minta maaf sangat2 kat akak.
iqah harap sangat2 akak maafkan iqah walaupun tadi akak tak cakap pun pasal maafkan iqah.
akak just cakap dah2 jangan nangis. pi lah makan.
hurm. akak jaga diri ye?
balik kulim elok2 ye?
kirim salam mak.


Pikalicious said: iqah harap sangat akak baca walaupun iqah tawu akak tak pernah bukak blog iqah. tapi iqah harap sangat akak baca. :'(

..It's Been A Month..

Posted by : AfiqahAR | 01 August 2009 | Published in

sedar x sedar dah sebulan aku kat shah alam.
masa jalan sangat cepat.
duit habis sangat laju.

sedar x sedar duit sewa rumah untuk bulan Ogos belum bayar.
duit makin lama, makin berkurangan.
pinjaman x masuk2.

sedar x sedar aku TER-paksa minta duit kat mak sebab x mampu lagi bayar sewa.
jarang sangat aku minta duit kat mak.
seingat aku, masa part 1 diploma dulu je aku pernah minta sekali sebab aku x pergi meeting masscomm dan kena bayar denda rm30.
bukan aku xnak pergi, tapi aku sampai melaka pukul 8 malam.
setelah 9 jam perjalanan dalam bas dari kulim, ada orang rasa aku mampu pergi ke meeting tu?
tapi Puan N x terima sebarang alasan.
so, aku terpaksa minta mak duit rm30.
sebab pinjaman waktu tu pun x masuk lagi.


Pikalicious said: pernah terfikir nak buat part time, tapi mampu ke? assignment pun x terbuat, ini kan pula nak buat kerja lain. sedar x sedar aku sangat misk**.. :'(

..First Time Post Letak Pic Banyak2 Y'alls!..

Posted by : AfiqahAR | 30 July 2009 | Published in







This is Mr. Bubu. She's a fairy cow (cow with wings. lol)
--------------------------------------------------------------------------------









This is Shaun. A 3-years-and-half-never-been-washed bear. haha!
--------------------------------------------------------------------------------










This is Ain Alesya Mohd Hisham. My cute-chubby-sangat-putih-adorable-A-list-actress niece.
--------------------------------------------------------------------------------




Moksu sayang kamoo! cepatlah membesar supaya boleh dibubuh inai, dimekap, diberi aksesori, diberi baju yg comel2, diajarkan kata2 kesat, diajar main game, diajar berjalan, diajar membaca, diajar macam2 lagi lahhhhhhhhhhhhhhhh..!! ;)



Pikalicious said: these are the cutest things in my life. (avoid the last pic. haha!)

..Quick Post+Pictures..

Posted by : AfiqahAR | 27 July 2009 | Published in


1. Teringat zaman kanak2 rebebina dulu. mana ada aku bw beg mcm ni. aku start pakai sling beg pun masa diploma. dulu beg galas jek aku. beg galas pun bukan jenis yg fancy2 but the bulky one. wuwuwu.. :')




2. This is not library ok? lol~ ni lah rak buku arwah wan aku. i think he loved to read books. betapa banyak nya buku dia? oh! this is one of his shelves anyway. loL~ so, cucu dia mengambil kesempatan untuk mengambil 1 buku (dengan kebenaran tok) memandangkan cucu bercita-cita untuk menjadi pelajar Publishing yg berjaya. chewahh!! xP





3. Dalam banyak2 buku, yg ni je yg sesuai untuk assignment Cik Lan. Lol~ the rest? oh! buku kitab2 dalam bahasa melayu dan juga bahasa arab. selain itu? jenis2 dosa, panduan sembahyang, nama2 bayi dalam Islam, azab2 di neraka dan sebagainya. memang aku letak balik! haha!






4. sejak arwah wan aku meninggal (since I was 7 kowt?), rak2 buku ni memang x disentuh lah (andaian secara rawak). so, its a bit dusty. look at my hand. huhu! when I took the book (no 3), tok aku tanya nak buat apa? aku cakap lecturer nak. she's a bit x bagi lah. said that nanti ada org nak baca, tgk2 buku tu hilang. then, my mak kata, just amek je. tok tu bukan apa. dia syg buku2 arwah wan. huhu! then, i took it lah! haha. *its not that my hand sebelah kecik, sebelah besar. i took different shot lh*





5. oh! this is the "best" part: makan cheezy chikaroni di KFC Taman Selasih ALONE yup. the "best" part. luckily, i can drive. so that, aku x mati sendirian di rumah. at least, ade org jumpa aku mati di KFC. lol~






6. Orang kata, kalau ada tahi lalat kat tangan, maknanya orang tu kreatif. orang kata lah. ecececececece.. sesi angkat bakul lak. shatap pika! avoid the mole n widen ur eyes people! u see that long scratch? i got it from... nowhere!! aku pun x sure bile nate hare jaddah ni ade. at first i tot it was rambut. so, aku kibas2 je lah tangan but it wont dissapear. aku tgk betul2 with my glasses (oh! xde mood nk pakai contact.lol~), n saw that it was a LONG SCRATCH! oh mak! jangan kurangkan harga hantaranku ya? calar ini akan hilang dalam beberapa jam lagi (yes. its gone already as i type this. lol~).



Pikalicious said: bila kita online but xde arah tujuan n tak tahu kenapa kita online, we tend to post entry like this rite? no? ok. maybe its just me people! (T-T)

..Quick Update..

Posted by : AfiqahAR | | Published in

there's 3 things I'm going to write but tiada-kesempatan-waktu-kerana-hendak-keluar-beli-tiket-bas-sekarang-juga-kerana-takut-kehabisan-dan-tidak-dapat-pulang-ke-shah-alam thing is bugging me. so, here's the list:
1. Mr. Bubu
2. Cik Tembun
3. Trip to Langkawi (again!)


Pikalicious said: off to buy ticket! also choc cookies ice blended to motivate myself untuk keluar rumah. haih~

..Jangkitan..

Posted by : AfiqahAR | 23 July 2009 | Published in

hari ni hari khamis. bersamaan dengan 23 Julai 2009.
takde mood. takde semangat. takde harapan nak senyum. takde semangat nak belajar. takde semangat nak usyar orang. takde keberanian nak pandang muka orang. takde sambal belacan di cafe.
so, I'm really hoping siapa2 yang terserempak dengan aku but aku buat dunno or pandang tempat lain maafkan aku.
aku ulang, TOLONG MAAFKAN AKU.
sesungguhnya aku sangat takde mood.
mungkin sebab aku dah sedar situasi sebenar.
hakikat uitm shah alam.
hakikat kelas.
hakikat ketidakpandaian aku.
ye, aku rasa sangat bodoh dalam kelas.
aku taktau kenapa tapi aku rasa macam orang di sekeliling aku tergolong daripada golongan bijak pandai.
seriously, aku rasa aku tak layak untuk belajar dengan mereka.
aku rasa aku tak layak bercakap dengan mereka.
aku rasa aku tak layak berkawan dengan mereka.


Pikalicious said: takde semangat nak ke kelas esok. kesian rikhman, salu jadi mangsa ketidaksenyuman or ketidakteguran aku pada kau. aku minta maaf. aku bukan sombong, cuma takde semangat hari ni. sorry. :(

..A Hectic Week..

Posted by : AfiqahAR | 19 July 2009 | Published in

12hb Julai 2009.
Aku macam biasa lah.
Online: bukak blog, myspace, friendster, tagged, facebook, myfwen, ym n sebagainya.
Then, tiba2 aku dibuzz oleh fyan lantas beliau mengajak aku keluar p OU.
Katanya nak jalan2 n lepak.
Aku pun on lah sebab dah takde buat apa kat rumah ni except online.
Kesimpulannya, hari ni aku jalan2 p OU.




15hb Julai 2009.
Sedapnye dapat tidur setelah kelas pack macam hape ntah.
*Tenettt.. Tenettt.." ada orang call pulak.
Tengok nama, U Kak De. Ok, jawab lah.
"Anti Pika, Anti Pika buat apa?" Kak De.
"Anti Pika tengah tidur lah. ngantok. huhu. kenapa Kak de?" Aku.
"Oh. Kak De nak ajak Anti Pika tengok wayang kat Sunway Piramid. nak ikot tak?" Kak De.
"Er, tengok wayang. Dengan sape?" Aku.
"Dengan Kiya." Kak De.
"Sape Kiya?" Aku.
"Boifren Kak De lah." Kak De.
"Oh. haha. sori tak kenal. huhu." Aku.
"Huhu. Anti Pika ajak lah Yan sekali. kita p 4 orang." Kak De.
"Ok2. nanti Anti Pika mesej Kak De lain ye?" Aku.
Setelah menekan butang End Call, aku pun call yan untuk menyampaikan hasrat Kak De.
Then, Yan setuju. aku pun setuju lah. aku rasa sangat bangga kerana berjaya korbankan waktu tidur aku. Ye, aku suka tido. so?
Kesimpulannya, aku tengok wayang cerita Ice Age 3 3D n membeli 2 pasang sandal untuk ke kelas.
*Oh. Lupa tangkap gambar time ni. haha*


17hb Julai 2009.
Selepas pulang dari kelas, senior aku datang amik.
Then, diorang kata nak keluar makan kat Putrajaya sambil gelak2 ala2 tak serius gitu.
Aku pun no hal lah sebab aku mengikut je. huhu.
So, lepas balik rumah, mandi n ciap2, terus keluar p Plaza PKNS sebab Kak As nak anta barang untuk boifrennya di Jepun. aku pun nak anta dokumen2 untuk pinjaman aku.
Then, kami makan tengahari dekat Ani Sup, SACC Mall.
Sesudahnya makan, terus kami memecut ke Putrajaya untuk bergambar motif utamanya. haha.
Kata orang, ramai filem or drama shoot kat Putrajaya.
So teringin rasanya bagaimana pemandangan Putrajaya tu kerana tak pernah pijak bumi Putrajaya, kami pun mengambil banyak gambar. Sangat cantik! Rasa seperti pelancong. lol~
Kesimpulannya, kami ke Putrajaya dan hanya mampu minum di sana kerana sangat mahal.




18hb Julai 2009.

Bangun seawal 7 pagi untuk bersiap sedia ke Air Terjun Sg. Gabai, Hulu Langat, Selangor.
Antara makanan yang ada seperti bihun goreng, sandwich sardin, keropok corntoz, air kotak dan sebagainya.
Tambah tolak sesat dan mencari Taman Midah, akhirnya kami tiba ke destinasi lebih kurang dalam pukul 11 lebih.
Walaupun baru pukul 11 pagi, orang ramai macam ada perlawanan Manchester United vs Malaysia yang berlangsung di ibu negara beberapa petang semalam.
Parking takde, so terpaksa parking kereta kancil milik Kak Izzah di bahagian bawah kawasan air terjun tersebut.
Lalu kami terpaksa menapak ke atas untuk mendapat port yang sesuai.
Malangnya, aku tak mandi kerana tiada keyakinan diri melihat kakak2 senior tak mandi.
Jadi, aku hanya berendam sahaja bersama Cik Katak yang berwarna seperti batu yang mampu memperbodohkan diri aku yang sedia pandai ni.
Kesimpulannya, makan sangat banyak. Mendaki juga tak kurang banyaknya. Sangat penat dan seronok!




19hb Julai 2009.

Bangun seawal 9 pagi setelah mendapat mesej daripada Ella suruh bangun dan bersiap untuk menonton wayang Harry Potter and The Half-Blood Prince n Skrip 7707.
Dengan semangat, terus bangun, iron baju n tudung, mandi dan mekap.
Perjalanan agak mencabar kerana 1st time ke Jusco Bukit Raja n menaiki bas ke sana dengan mengikut petua daripada senior rumahku.
Tetapi petuanya gagal dilakukan oleh kami kerana agak tidak logik untuk melintas jalan melalui pembahu jalan sebuah highway.
Lalu, kami turun di stesen bas Kelang n mengambil teksi untuk ke Jusco.
Oh, bagi sesiapa yang belum menonton wayang Harry Potter and The Half-Blood Prince, silalah jangan tengok n simpan sedikit kesabaran untuk menontonnya di Astro HBO or Star Movies kerana agak tidak berbaloi untuk menonton wayang untuk filem ini.
Prof Dumbledore mati ok? haha. Sori, tercerita klimaks pulak. xP
Untuk filem Skrip 7707 juga sangat bosan n tidak seram langsung sebaliknya unsur lawak jenaka mampu menghilangkan keseraman filem tersebut.
Kesimpulannya, teksi dari Jusco ke UiTM, Seksyen 2 n 7 berharga RM10 ya? Oh. Takde bas dari Jusco ke Shah Alam melainkan bas ke stesen bas Kelang.




Pikalicious said: This week sangat seronok dan penat! Duit juga banyak habis tapi amat berbaloi untuk menghabiskannya bersama kawan2 tersayang. ;)

..FUCK-anata!..

Posted by : AfiqahAR | 17 July 2009 | Published in

SIAL!
BAB1!
HANJENG!
DAMN IT!

bodoh lah kau! dah lah mahal. pastu rosak. menyusahkan kawan aku untuk anta kedai. dah tu tak boleh repair lak tu. anta lak kedai lain. dah boleh repair, kau makan duit aku rm65. sial kan kau?! memang kau sial! dasar sundal! dah abis duit aku rm65, kau mati pulak. tak pe. aku paham. bateri kong. dah charge, tiba-tiba kau tak nak hidup2 lak. ape kes? kau nak mampos ngan aku ke? kau nak sangat ke rase macam mane masuk tong sampah? hidup dengan bijik durian aku makan petang tadi n sampah2 lain? nak sangat ke? ingat aku heran sangat dengan kau?! memang aku heran! aku memang minat gile ngan kau. dari mula2 aku terpandang kau kat kedai, aku terus beli kau ngan duit aku, CASH!! walaupun mahal, aku tak pikir panjang. aku terus beli sebab aku dah suke sangat ngan kau. pastu? ape kau dah buat dengan aku? kau buat taik ngan aku kan?? aku minta maaf lah kalau dah termasuk kan kau dalam washer machine. tapi at least, aku ada inisiatif untuk anta kau p kedai untuk repair. kau tak kesian ngan aku ke?! dah ar. dah malas nak cakap ngan kau. kau bukan ade otak. hati n perasaan jauh sekali lah. baik aku tenangkan jiwa n p berkelah sok kat air terjun. sayonara ah aku cakap pada kau! nanti kalau aku dah belajar kata2 kesat dalam Jepun, aku maki kau lagi. salam mampos untuk kau!







Pikalicious said: should i buy a new one? should i just use a single phone with 2 sim cards? or should i take my mak's old hp? i'll choose the third choice. looks like i SHOULD tell my mak about this. (T-T)

..My name is..

Posted by : AfiqahAR | 07 July 2009 | Published in

er. nama saya afiqah abdul rashid.
korang boleh panggil aku pika, afiqah, fiqah, afiq, fiqa or pkah (but i prefer pika or pkah (^-^)v).

TAPI!!
tolong lah jangan panggil saya pikalicious or pikato ezora.
saya maloo. betul2 punya maloo ni (T-T).


Pikalicious said: ye rikhman? lol~ :">

..Bila Hati X Senang..

Posted by : AfiqahAR | 04 July 2009 | Published in

Tangan kanan..


Tangan kiri..


Ah! buruk gila inai aku pakai. adoi~ dah lah sok nak p shah alam dah. inai di jari buruk lak. kakak asek nanges2. mak hati x senang. td basuh beg x kering lagi. laptop ni dok on lagi. x off2 lagi. adoi~ x paham aku. apa dah jadi ni? betul kah sok nak p shah alam dah? macam malas ja. hurm. barang dah packing. kasot lak tapak tercabot. baru gam tadi. xtaw lah esok boleh jalan ke x kasot tu. tawakkal ja lh tampal gam pastu himpit kasot dengan kusi yang berat. harap2 kasot x rosak n tapak terlekat dengan kuat. sok nak kua pagi2 tp still x tdo lagi. tengah senang hati beronline. adoi~ apa sudah jadi? apa sudah jadi? hati x tenang lah. nak tinggal umah kesayangan. ah! ni suma hanya mimpi. sok bangun harap boleh tengok tv, main game, tgk movie, online, makan mak masak, kua p bli ice blended choc cookies, makan kfc, pastu habiskan duit kt avon, pastu p bank check kot2 ada org bank-in kan duit. adoi~ dah x boleh buat suma ni.. (T-T)


Pikalicious said: off to shah alam. see ya! -kalau korang rasa aku sombong, jangan tegur aku kat shah alam nanti. aku x kisah. sebab ramai lagi tau aku x sombong. lalalala.. (-.-")

..Kenapa korang tak tinggal kat Langkawi je?..

Posted by : AfiqahAR | 02 July 2009 | Published in

ha! kan dah terlepas.
my along ade offer untuk student PMR n SPM yang memang pandai-semua-subjek-kecuali-English yang tinggal di langkawi for HOME TUITION! yeay!
sounds great huh?
and also siapa2 yang kerosakan motor, motor xle nak hidup, enjin mati tengah jalan, tayar tercabut, skru longgar, helmet pecah (ok. yg ni korang buleh beli sendiri kat kedai lah), korang boleh gak datang umah along aku since her husband ada bukak house-shop (er?!) atau bengkel kat umah.
just send motor korang yang menyusahkan tu ke umah along aku ek?
harga murah je. (sila klik link along aku tu ye? jangan malas2 kalau nak selesaikan masalah. hahaha. sentap jek~)


Pikalicious said: ok lah. dah habis promote. lepas ni nak soh along aku buat payment trus ke maybank aku. (this program is brought to u by Pika Tomei2)

..May-dee-curl Che'-cup..

Posted by : AfiqahAR | 01 July 2009 | Published in

semalam tido pukul 5 pg sebab hari ni kena p buat pemeriksaan kesihatan pd pukul 2 ptg (padahal lupa).
then, td bangun pukul 12.30 tgh hari (yup. lunch time! tp aku breakfast) sebab mak call tanya dh bangun ke belum.
sempat berpesan, jangan lupa jumpa haji rahim (kawan abi aku) or aunty sham (kawan mak aku) kt sana nanti.
minta tolong uruskan pasal pemeriksaan kesihatan yg x buat lg.
lepas dikejut mak, aku kalut2 p iron baju (well.. nama pun artis, kena lah jaga penampilan <-- ayat dibenci ani, zura n ella. lol~) n tudung. dah habis, terus mandi (akak pun baru bangun sebab dipaksa teman oleh adik yg comel).

TING! TONG! (Pukul 2 Petang)
"mak, kami dah kua" klik butang send ke bunda cayunk.
*dari sini ke bintang2. perjalanannya sungguh panjang* berselang-seli dgn vibrate.
mak kata, "ok".

TING! TONG! (Pukul 2.30 Petang)
yeay! dah sampai ke hospital sg. b***p (ex tempat kerja abi aku).
dial no mak utk tanya apa tindakan yg perlu dibuat seterusnya.
"helo mak," -aku.
"helo. ha iqah! dah sampai ke?" -mak.
"dah. lepas jumpa haji rahim, nak cakap apa kt dia mak?" -aku.
"ala. bg je borang laporan kesihatan tu kat dia. pandai2 lah," -mak.
"dia kenal iqah ke?" -aku.
"try call abi. soh abi call haji rahim," -mak.
"ok," -aku.

then, aku call abi aku lak (agak kisah sebenarnya nak call sebab bukan dlm Teman 20. hahahaha!
xpa. pasang niat: call mesti x sampai 1 minit, tapi hajat x sampai sebab abi xangkat telefon. ok, better dr niat aku. lol~)

dengan lajunya, aku ke kaunter pertanyaan pesakit luar sebab sangat panas petang td.
sampai2, aku pun ikot cakap mak: jumpa haji rahim.
"eh, nak buat medical check-up kat sapa2 pun buleh. buat kat pakcik ni nah?" -haji rahim.
all of nurses @ MAs gelakkan aku. hurm. fine. aku ketawa sekali. whatever~
then, aku tunjuk borang n surat tawaran.
"nak buat medical check-up ya?" -pakcik MA.
"aah. tapi dah buat x-ray n urine test hari tu. rini nak ambil laporan keputusan x-ray," -aku.
"laaa.. p amek x-ray dulu. pastu, p check mata kat bilik 12. pastu, baru dtg sini," -pakcik MA (nada hish-menyusahkan-aku-lah-budak-ni kedengaran).
"oh ok. terima kasih," -aku (senyum).
pergi x-ray punya tempat pulak.
then, amek x-ray punya keputusan n patah balik ke bilik 12 untuk check mata.

"ya dik. nak buat apa?" -nurse 1.
"nak check mata. utk medical check-up. amik nombor kat sini ka?" -aku.
"aah. masuk2. amik nombor kat sana (sambil tunjuk kt nurse 2)" -nurse 1.
"ok. terima kasih," -aku.

* * * * *

"saya nak amik nombor," -aku.
(diam sambil menggaris2 dalam buku log beliau. -nurse 2.
(tunggu dengan sabar). -aku.

30 SAAT BERLALU..

"mai borang," -nurse 2.
(bagi borang). -aku.
"tunggu kat luaq," -nurse 2.
"ok" (mula berjalan nak p ke luar). -aku.
"tunggu2," -nurse 2.
(berhenti berjalan n tunggu di situ). -aku.
"tunggu kat luaq! tunggu kat luaq!" (nada ank-tak-reti-bahasa-ka-budak? kedengaran). -nurse 2.
"er.. ok" (bodoh kau!! cakap putar belit!!). -aku.

* * * * *

aku merungut kat kakak aku yg sedang tunggu di luar bilik 12.
cerita apa yang terjadi dalam bilik 12 tadi.
"bodohnye!" -akak aku.
"tu lah. bodoh kan?" (kesabaran dah semakin tipis). -aku.


10 MINIT BERLALU...


"Afiqah.." -nurse 1.
aku pun masuk dalam bilik 12 kembali dan menjalankan pemeriksaan mata.
selepas selesai, aku n akak bergegas ke kaunter pertanyaan pesakit luar semula utk berjumpa dengan Pakcik MA.


"pakcik, dah habis buat dah," -aku.
(membelek semua dokumen2..) -Pakcik MA.
"ok. tunggu depan ni nah? satgi bila doktor panggil masuk, masuk nah?" -Pakcik MA.
"depan ni? xda nombor ka?" -aku.
"xyah amik nombor. tunggu ja. nanti dia panggil," -Pakcik MA.
"oh ok2. terima kasih," -aku.


kami pun tunggu lah seiring seduduk dengan pesakit2 lain.
dari pandangan aku, aku ada lah nampak 2 3 kumpulan yg aku agak sedang buat pemeriksaan kesihatan gak.
antara kumpulan2 yg sedang menunggu, aku konfiden yg aku adalah yg paling awal yg datang.


tiba2, ada seorang makcik di kaunter pendaftaran (sebelah kaunter pertanyaan pesakit luar) panggil aku.
aku pun p lah. dah orang panggil.
"afiqah, anak wan 'aini kan?" -makcik.
"ya, saya," -aku.
"kenai makcik x?" -makcik.
"er. xknai lah. sapa ek?" -aku.
"ala.. xknai ka? ni kawan baik mak ni," -makcik.
(tiba2 teringat mak pesan soh jumpa haji rahim atau aunty sham.. aunty sham..kot?) makcik sham ek?" -aku.
"ha! kenai pun. ingat xkenai td," -makcik sham.
sebenarnya aku x kenai pun dia. cuma teringat kata2 mak aku awal pagi td.
so, aku teka ja lh. haha!


TING! TONG! (Pukul 4.30 Petang)
sedang menunggu.. menunggu dengan tidak sabar.
kalau ada hospital berdekatan yg lain, dah lama aku cabut. (mcm dalam game Theme Hospital)
* * * * *
"nor hisyam.." -nurse 3.
(tergamam! er bodoh lah kau!! aku datang dulu dari mamat ni kot?! aku baru nak check mata, dia baru nak buat x-ray. aku dah habis check mata, dia baru nk p check mata. apa ampa mmg x ikot giliran kah buta?!) -aku.
memang darah aku menyirap tahap gaban ah masa tu.
aku memang x boleh marah+geram sangat.
nanti aku akan... nanti... aku akan.. nanti aku.. akan... nanti aku akan... MENANGIS!!

aku segera bawa kua hp sony ericson k700i n dial no mak aku.
"mak.. x boleh ke buat kat klinik?" -aku.
"mana boleh. kena buat kat hospital. kenapa?" -mak.
"diorang ni x adil lah mak. iqah sampai dulu dari budak depan iqah ni. tp nama dia kena panggil dulu. benci lah iqah mak," -aku.
"xpa lh. sabar ja lh. satgi dia panggil lah tu. cuba call abi. suruh dia minta tolong kawan2 dia tengok2kan," -mak.
"ye lah," -aku.
kali ni dah x kisah pasal kredit aku. kena call abi jugak!

"assalammualaikum. dah habis dah?" -abi.
"waalaikummussalam. x abis lagi. nurse tu panggil budak depan iqah ni dulu padahal iqah datang dulu," -aku.
"eh mana aci macam tu! nak kena diorang ni. hurm. xpa lah. tunggu ja lah. nanti kalau apa2 call abi balik," -abi.
"ok," -aku.
then, baru nama aku dipanggil.
nasib baik kau panggil nama aku. kalau x...
"iqah, tengok tu: adakah anda mempunyai masalah dengan perkhidmatan kami? jom kita call. kita call pengarah terus! haha," -akak.


Pikalicious said: balik terus makan KFC. n abiskan duit beli gincu nude gold kat avon. another gincu... (T-T)
Home       Profile       Facebook       Twitter       Formspring       Tumblr